JOM BLOGGING

Exclusive post from aisyahumyra.com


4-5 hari ini saya kembali di’sesak’kan dengan satu assignment, suatu pembukaan tahun baru yang sungguh ‘menarik’. Oleh itu saya dengan tekunnya perlu menyiapkan assignment tersebut sampai terpaksa skip post pembukaan bagi tahun baru 2011. Lebih-lebih lagi saya cuma ada masa kurang 2 minggu sebelum due date (7 Januari 2011).

Apa pun alasannya, sebenarnya assignment tersebut bukanlah dipertanggungjawabkan kepada saya. Saya cuma seorang yang meng’offer’kan diri untuk menyiapkan tugasan itu. Bukan kerana merasakan diri sudah cukup bagus, tapi pengalaman dan minat yang mendalam banyak mendorong saya untuk turut menyibuk sekali. Lagipun semester baru belum lagi bermula (bagi pelajar UUM), jadi saya tiada komitmen lain yang terbeban.

Agak menarik untuk dipersembangkan di sini bahawa tugasan seperti ini semacam sudah jadi suatu trend di kalangan pensyarah IPT. Basically saya sendiri pun sebelum ini pernah diberi tugasan yang sama, cuma tema saja yang berbeza. Assignment yang saya maksudkan di sini ialah BLOGGING. Read the rest of this entry »

AGENDA, OH AGENDA

Tak cukup masa atau tak pandai urus masa?

Huh~
Sudah lama saya tidak ber’blogging’ (bagi seorang blogger yang berdedikasi (ahaks!), 5 hari itu sudah cukup lama). Banyak betul agenda yang belum selesai. Antaranya:
  1. Habiskan baca buku-buku yang berlambak-lambak saya beli tapi baru baca tak sampai 10 pages.
  2. Habiskan baca eBook 101 Cara Promosi Perniagaan Internet Anda yang baru dibaca sampai point ke-13 (meanwhile saya masih lagi menunggu pakcik posmen menghantar CD Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Anda Yang Pertama! yang saya order minggu lepas…)
  3. YM dengan si Fitriah tentang HPA (dah sebulan pending disebabkan faktor masa)
  4. Jahit seluar slack (reshaping)
  5. Develop and manage my weblog
  6. bla.. bla.. bla..
  7. Read the rest of this entry »