TIPS KESIHATAN: IODIN UNTUK HATI (bahagian 2)

Sambungan dari TIPS KESIHATAN: IODIN UNTUK HATI (bahagian 1)

 

 

Keempat: Luahkan perasaan.

 

Ya, sebenarnya ini adalah salah satu cara yang paling efektif untuk merawat hati yang terluka. Luahkan perasaan anda! Manusia perlu didengar kata-katanya seperti mana dia memerlukan makanan. In fact, ada banyak pilihan sebenarnya untuk anda meluahkan masalah anda. Pertama, kepada Tuhan seperti berdoa. Kedua,mengadu kepada orang yang paling dipercayai seperti ibu bapa dan sahabat. Ketiga, terus kepada sumber masalah anda. Read the rest of this entry »

Advertisements

TIPS KESIHATAN: IODIN UNTUK HATI (bahagian 1)

Exclusive post from aisyahumyra.com


Dalam blog fsyamimi.blogspot.com, adik saya ada describe some info tentang saya. ‘Selalu jadi kaunselor tak bergaji’ katanya. Dalam tak sedar mungkin ada betulnya kata adik saya itu. Hmm..mungkin suatu hari nanti saya boleh jadikan ‘part-time job’ ini sebagai pekerjaan tetap. Apa pendapat anda?

Ok, enough for the advertisement. Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas saya telah didatangi oleh suatu soalan yang berbunyi,

“Kak, macam mana nak bersihkan hati yang sering terluka? Dah try pakai iodin tapi tak baik juga..”

Parah masalah adik saya yang seorang ini. Kes terasa hati. Dengarnya seperti remeh tapi masalah yang dipendam walaupun pada mulanya sekecil-kecil biji zarah sekalipun akan membarah juga kalau tidak dirawat sebaiknya. Read the rest of this entry »

MEMAHAMI SEBELUM DIFAHAMI

Seek first to understand, then to be understood

Kata adik, “Kak Tika bertuah.”

“Huh, bertuah?” sahut saya, terpinga-pinga cuba mencari maksud tersirat di sebalik perkataan ‘bertuah’ itu.

“Yelah, hari-hari tak perlu susah-susah fikir tentang kerja. Duduk rumah, tengok TV, goyang kaki. Pagi-pagi tak perlu rushing bersiap untuk pergi kerja, even boleh siap tidur lagi lepas Subuh…bla bla bla…” Read the rest of this entry »

MENANGISLAH, TAPI…

Pada-Mu ku bersujud

Minggu ini saya agak emosional (sedih). Saya tahu apa sebabnya tapi tak pasti kenapa saya perlu bersedih. Jadinya sebagai manusia normal, saya cuba cari suatu jawapan bagi memujuk hati ini. Read the rest of this entry »

STANDING IN THE EYES OF THE WORLD (Respon keputusan permohonan kemasukan ke IPTA 2010)

Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up - Thomas Edison

Jumaat lepas, 18 Jun 2010, keputusan permohonan kemasukan ke IPTA sesi 2010 dari Unit Pusat Universiti (UPU) telah keluar. As expected, keputusan tersebut mungkin merupakan salah satu dari pintu-pintu kegembiraan atau salah satu dari pintu-pintu kesedihan pelajar-pelajar yang memohonnya.

As expected jugak, tak menang tangan jugalah handphone saya menerima message and calls dari member-member (adik-adik) seangkatan yang mahu tahu apa keputusan permohonan UPU saya. Selain itu, ramai jugalah yang mengadu kurang bernasib baik kerana permohonan mereka ditolak. Akibatnya, kepada sayalah tempat untuk mereka mengadu. Read the rest of this entry »

JANGAN MALAS MERANCANG

Asalnya apa yang saya ingin tuliskan dalam ‘Bab 1: Kisah Pengembaraan ke SIIUC’ adalah mengenai topik kedua ini. Tapi nak dijadikan cerita, sasaran tulisan saya tersasar disebabkan mood menyindir saya ketika itu berada pada tahap tip top.

Post kali ini saya tidak tajukkan dengan tajuk, ‘Bab 2: Kisah Pengembaraan ke SIIUC’ sebab rasanya scenario asalnya bukan pasal pengembaraan tapi pasal hal perancangan. Bab kedua nanti baru saya akan fokuskan pada kehidupan saya sepanjang saya bersuka-ria di SIIUC.

Refer balik pada post sebelum ini, di awal post saya banyak bangkitkan soal planning atau merancang. Ini menunjukkan bahawa merancang itu sangat perlu dalam kehidupan seseorang insan. Sampaikan ada pepatah orang putih berbunyi, ‘If you fail to plan, you plan to fail’ yang membawa maksud, ‘kalau tak nak gagal, jangan malas merancang okey.’

Bercakap soal perancangan ini teringat saya pengalaman sewaktu di kolej dulu. Satu-satunya pensyarah yang aktif mengingatkan kami pelajar-pelajar kursus Diploma in Human Resource Management tentang pengurusan masa ialah Encik Mohd Rizal bin Ab Karim, pensyarah part-time yang mengajar Financial Management subject.

Perkara yang selalu ditekankan, time line. Nak tau macam mana rupanya time line tu? Lihat di bawah…

Timeline

Ini adalah contoh time line yang simple. Time line yang lebih complicated atau precise mempunyai catatan masa dan hari. Time line sama juga fungsinya macam jadual rutin harian, cuma jadual rutin harian lebih fokus pada jadual hidup sehari-hari dari saat bangun tidur hingga tidur malam.

Time line pula membawa fungsi yang sedikit berbeza iaitu lebih fokus kepada jadual masa tugasan. Lazimnya time line adalah usaha atau target untuk seseorang menyelesaikan sesuatu tugasan mengikut masa yang ditetapkan.

Kenapa merancang itu penting?

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Dalam surah Al-‘Asr pun ada ditekankan tentang masa. Kapten Hafiz Firdaus Abdullah dalam blognya telah mengulas ayat tersebut dengan berkata,

…Sebenarnya apabila Allah SWT mengaitkannya dengan masa, bererti masa merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada keempat-empat tuntutan tersebut berjaya kita capai atau tidak. Dalam erti kata lain, sesiapa yang memiliki pengurusan masa yang efisyen akan mampu mencapai tuntutan-tuntutan tersebut sehingga akhirnya menjadi orang yang beruntung. Sebaliknya sesiapa yang tidak memiliki pengurusan masa yang efisyen, dia akan gagal sehingga akhirnya menjadi orang yang rugi…

Okey, maybe penjelasan di atas nampak complicated untuk difahami. Mari kita ambil contoh yang lebih dekat dengan hidup kita.

Katakan anda adalah seorang yang busy, jadi for sure anda tak punya masa free yang panjang. Maybe suatu hari anda merancang untuk keluar membeli barang-barang dapur (sebab dah 2 minggu peti ais tu kosong) pada suatu hari yang paling sibuk dalam hidup anda. Anda tidak ada pilihan masa lain sebab itulah satu-satunya hari anda boleh spend time kat shopping complex pun. Masa yang diperuntukkan untuk outing itu pula hanya dua jam, aduss! Camno nih?

Apa yang boleh anda lakukan?

Jawapannya, planning!

Pertama sekali senaraikan barang-barang yang perlu dibeli (sila ketepikan barang-barang yang tidak berkaitan dengan barang dapur ye). Kedua, kira bajet untuk setiap pembelian supaya anda ada cukup wang dan tidak perlu terhegeh-hegeh pergi cucuk duit pula sebab tak cukup bajet.

Ketiga, tahu mana destinasi untuk membeli barang-barang dapur tersebut. Dah tahu barang tu ada di tempat barangan basah, jangan ronda-ronda di kawasan kosmetik pula. Keempat, sediakan back-up plan. Yelah, mana tau barang yang anda nak tiada. Jadi sebelum anda blur kat situ, adalah juga back-up untuk cover kebluran anda tu haha..

Akhir sekali, disiplin! Kalau takde banyak, sikit disiplin pun jadilah daripada takde langsung. Kalau empat perkara di atas anda sudah ikut tapi sampai tang disiplin hancur, tak guna juga. Bayangkan berapa banyak masa anda boleh selamatkan sekiranya anda betul-betul berdisiplin dengan planning anda. Err..boleh juga menyelamatkan refrigerator anda daripada kosong lagi seminggu.

Remaining masa bolehlah anda gunakan untuk membeli barangan side lists (barang yang tak berapa perlulah tu…) atau window shopping bagi menghilangkan tension. Hasilnya, barang sudah beli, tension pun hilang.

Kesimpulannya, jangan malas merancang okey!

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
17 Jun 2010M = 4 Rejab 1431H
Khamis, terus tersenyum manis!

____________________________________________________________

BETUL KATA, SALAH PULA MAKNA

Sembang tengah malam

“Kak Tikah, nak dengar cerita tak?” tanya adik lelaki saya suatu malam, lebih kurang jam 2 pagi.

Malam tu kami tidur lambat, asyik sangat bercerita. Adik saya ini memang banyak cerita. Biasalah, orang panjang langkah.

“Cerita apa?” tanya saya.

“Tadi Ami pergi masjid. Di sana Ami jumpa seorang pak cik ni. Dia tanya macam mana nak uruskan anaknya yang susah nak dengar kata. Senang cerita, budak degillah.”

Tengok, adik saya ini kuat betul auranya bahagian komunikasi. Sampaikan pak cik tua tu boleh pula tanya soalan begitu pada dia. Padahal bukan kahwin lagi pun budak tu. Lagipun, boleh je pak cik tu tanya kat imam Masjid Sultan Azlan Shah tu, Ustaz Radzi Kamarul Hailan. Dapat solid answers lagi.

“Kalau pak cik tu tegur anaknya, budak tu buat derk je.” sambungnya.

“Jadi, Ami jawab apa?” tanya saya mahu menguji.

“Awal-awal Ami cakap, Ami belum pernah ada anak jadi apa yang Ami beritahu ni boleh jadi satu jalan daripada banyak penyelesaian yang pak cik boleh dapat. Ami tunjukkan jalan je.”

Bijak. Bahagian pendahuluan nasihat lulus.

“Boleh juga kalau Ami cakap nasihat Ami mewakili pendirian atau dari sudut pandangan seorang anak, sebab Ami tiada anak lagi. Ok, teruskan.”

“Ami cakap pada pak cik tu, beri nasihat mengikut arus. Maksudnya, nasihat yang mahu disampaikan itu perlulah bersesuaian dengan penerimaan anak itu sendiri. Contohnya, jangan menggunakan kata-kata yang kasar untuk menasihat anak yang sensitif. Sebab kata-kata kasar akan hanya membuatkan anak itu lebih terluka dan menjauhkan diri dari nasihat ibu bapanya.”

“Jawapan yang bagus. Tapi boleh lagi kalau Ami nak tambah jawapan tu.”

“Apa pandangan Kak Tikah?”

Well, sharing is caring.

“Ok. Apa yang Ami sebutkan tadi ada kaitan dengan mendengar dengan kata hati. Maknanya, ibu bapa perlulah mendengar dengan kata hati supaya nasihatnya memberi kesan terhadap anak tersebut.”

Saya diam sebentar, cuba mengumpul dan menyusun kata.

“Mula-mula tanya pak cik tu, betul tak cara didikan dia selama ini?”

“Katanya, dia sudah marah, pukul anaknya.” jawab Ami.

“Berapa usia anak pak cik tu?” tanya saya mahukan kepastian.

“Err…lebih kurang usia kita juga.”

“Hah, di situlah silapnya pak cik tu. Pembelajaran anak-anak terbahagi kepada 3 peringkat. Peringkat pertama dari umur 1 hingga 7 tahun. Peringkat bermain dengan anak-anak di samping mengajarnya. Even Rasulullah SAW pernah bersabda, “Berguraulah dengan anak kamu di kala usianya 1 hingga 7 tahun.”

Peringkat kedua, peringkat mendisiplinkan. Di peringkat inilah baru ibu bapa dibenarkan untuk menggunakan cara tegas (menggunakan rotan) untuk mengajar. Rangkuman usia, 8 hingga 14 tahun. Peringkat ketiga, berkawan. Pada usianya 15 hingga 21 tahun. Melayan anak-anak persis seorang kawan. Sebab apa? Sebab pada masa inilah tahap memberontak anak-anak sangat tinggi. Jadinya…”

“Jadinya kalau anak-anak masih dilayan seperti kanak-kanak usia 14 tahun, pastinya dia akan menolak dan memberontak! Sebab itulah terdapat ramai remaja seusia kita mencari kawan-kawan untuk meluahkan perasaan mereka. Sebab mereka rasa ibu bapa tak memahami perasaan mereka.” jawab Ami menyambung ayat saya.

“Betul tu. Lihat pak cik tu. Dia sudah terlewat mengajar anak-anak. Patutlah anaknya buat derk je. Tapi itulah, selalunya dalam usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dengan anak-anak. Sebab itulah anak-anak jauh dari ibu bapanya. Hasilnya makin dewasa, makin ibu bapa tak faham anak mereka sendiri.”

“Kesimpulannya, anak-anak ni, makin dia besar makin dia tahu berfikir. Tak kisahlah apa yang difikirkan itu betul atau salah. Asasnya makin dia tahu berfikir, makin dia degil. Kalau ibu bapa sekat kedegilannya dengan rotan, makin jauhlah budak itu dari ibu bapanya. Sebaliknya, kalau ibu bapa menggunakan cara psikologi bergaul dengan anak-anak seperti seorang rakan untuk mendampingi mereka, pasti anak-anak lebih akrab dengan mereka.” kata Ami dengan yakin.

“Tepat sekali.” balas saya.

“Mungkin post dari saifulislam.com ini dapat dijadikan sedikit rujukan untuk kita semua. Rajin-rajinlah ‘selak kitab’ tentang ilmu parenting ini kalau nak jadi ibu bapa mithali.” sambung saya.

“Itulah, kadang-kadang golongan remajalah yang sibuk-sibuk nak belajar ilmu itu atau sibuk-sibuk disuruh belajar ilmu itu. Tak dinafikan ilmu tersebut perlu dipelajari untuk persediaan masa depan. Tapi kalau kita sahut seruan menuntut ilmu, menuntut ilmu hingga ke liang lahat, sampai ke tua pun tanggungjawab menuntut ilmu itu terpikul di bahu kita.”

“Betul tu. Walaupun ibu bapa dah terlepas belajar ilmu itu di peringkat awal anak-anak membesar, tak bermakna bila sudah tua dia boleh lepas tangan. Kalau pembelajaran peringkat 8 hingga 14 tahun terlepas, ibu bapa masih ada tanggungjawab untuk aplikasikan ilmu pembelajaran/pendekatan terhadap anak-anak pada usia 15 hingga 21 tahun. Selepas umur 21 tahun pun ada cara pendekatan tertentu terhadap anak-anak. Sebab itu mereka perlu ada ilmu, atau sekurang-kurangnya berusaha untuk belajar ilmu itu.” jawab saya.

Diam. Melayang fikiran sebentar.

“Kadang-kadang…” kata saya memecah keheningan, “…ibu bapa terlalu cepat untuk menghukum anak-anak sebagai anak derhaka. Berkenaan hal ini, akak nak cerita suatu kisah. Pada suatu hari, seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.

Anak itu menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?”

Umar menjawab, “Ya.”

Dia bertanya lagi, “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?”

Jawab Umar, “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”

Anak itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan Ju’olan iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.

Umar lantas berkata kepada lelaki itu, “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”

Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

Kesimpulan dari cerita itu, sebelum ibu bapa nak jatuhkan hukum derhaka terhadap anak tersebut, lihat dan tanya dalam diri dulu, sudahkah ibu bapa sempurnakan hak anak-anak mereka. Jangan cakap tak serupa bikin.” kata saya panjang lebar.

“Agak-agak kalau ibu bapa dengar our discussion, apalah komen mereka ye.”

“Hahaha… Jangan cakap, ‘no comment’ sudah!”

Akhirnya, pukul 3.30 pagi kami tidur malam tu, melayan gebang tengah malam.

Best regards,

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
2 Jun 2010M = 19 Jamadilakhir 1431H
Rabu, mari timba ilmu!

____________________________________________________________

BOLEH KE KITA BERCINTA?

Adakah cinta itu satu dosa?

Teringat saya pada suatu malam di kolej, perbualan antara saya dengan seorang rakan sekursus.

“Akak, kita nak tanya satu soalan boleh?” tanya rakan itu yang membahasakan dirinya ‘kita’, tiba-tiba memecahkan sepi malam.

“Apa dia?” tanya saya.

“Kak, boleh ke kita bercinta?”

“Boleh! Hahahaa…”

Bukan soalan itu yang menjadi sebab saya ketawa, tapi orang yang bertanya itu yang membuatkan saya tak mampu menahan lucu. Yelah, rakan saya ini terkenal dengan kerajinannya dan dia merupakan rakan study saya yang utama. Dan selaras dengan kerajinan tersebut, dia tidak bercampur dengan pelajar lelaki. Jadi, dia dengan cinta pada zahirnya nampak jauh. Sebab itu saya ketawa.

“Ish akak ni gelak pula. Lain kali kita tak nak tanya lagi soalan macam ni pada akak.”

“Kamu bercinta dengan siapa ni? Hahahaa…”

“Akak ni…”

“Maaf, maaf. Akak bukan sengaja nak gelakkan kamu. Cumanya tak sangka kamu akan tanya soalan begini.”

Saya diam sebentar, cuba meredakan kelucuan.

“Habis tu, tak berdosalah kalau bercinta?”

“Tak. Sebab cinta itu satu fitrah.”

“Oh.”

“Akak bukanlah alim sangat tentang perkara ini. Kalau nak penjelasan lebih mendalam, lebih baik kamu tanya pada yang lebih pakar. Apa yang akak sampaikan ini cuma secebis yang akak mulai faham tentang cinta.”

“Ok!” jawabnya ringkas. Tapi saya rasa hatinya sedang berbunga.

“Yang penting bagaimana kita pacu cinta kita itu.”

“Maksudnya?”

“Yelah, kalau fitrah cinta itu tidak dipacu dengan betul, jadilah dia cinta fitnah! Cinta yang hanya berpaksikan nafsu dan syaitan.”

“Contohnya?” tanyanya. Mukanya nampak keliru.

“Budaya bercouple. Kita ambil contoh paling mudah. Pandangan mata. Pernah dengar tak pandangan mata itu boleh jadi salah satu panahan dari panahan-panahan syaitan. Mustahil orang yang sedang bercinta akan memandang pasangannya dengan pandangan kosong. Dari mata turun pula ke hati. Sampai ke hati takut-takut jadi zina hati pula. Na’udzubillah.

Akak bukan nak jatuhkan hukum bercouple itu haram. Tapi bukanlah juga dengan terselindung mengatakan ia halal, tidak. Akak cuma nak kita sama-sama buka fikiran tentang masalah ini.”

“Kalau macam tu, persoalan jodoh kita hanya perlu sandarkan pada takdir dan ketentuan ALLAH?”

“Salah tu. Di sini aplikasikan konsep usaha-doa-tawakal. Perkara pertamanya usaha. Kalau hanya sandarkan pada takdir dan ketentuan ALLAH, kamu dah miss dua langkah pertama, usaha dan doa.”

“Kalau couple itu bukan usahanya, apa usaha yang terbaik?”

“Berkahwin. Salurkan cinta itu kepada satu ikatan. Apa gunanya bercinta kalau tak inginkan komitmen, iaitu harapan untuk hidup berkeluarga. Dalam erti kata lain, berkahwin.”

“Takkanlah baru berkenalan terus nak ‘jabat tangan Tok Kadi’?” tanyanya masih belum berpuas hati.

“Buat apa bercinta lama-lama but in the end putus bagitu saja. Di sinilah perlunya bantuan orang tengah. Yang paling dekat dengan kita, ibu bapa atau keluarga. Orang tengah itu membawa amanah dan kewibawaannya untuk melaksanakan urusan mencari jodoh kita. Perkataan mudahnya, merisik. Kalau di kampus-kampus ada juga kumpulan-kumpulan dakwah yang akan membantu mengaturkan jodoh. Di situ keaiban dapat dicegah, maksiat pula dapat dielakkan.”

“Habis yang sudah tercinta tapi belum bersedia atau belum cukup ‘haul’ untuk berkahwin pula macam mana nak selesaikan masalah ini?”

Terdiam saya mencari kata-kata terbaik untuk disusun.

“Berdoalah supaya dipermudahkan segala urusan. Sibukkan diri dengan aktiviti lain supaya tak terbeban sangat keinginan tersebut. Yang paling penting usaha, usaha dan terus usaha untuk mencukupkan ‘haul’ tersebut. Pada masa yang sama sediakan hijab antara kita dengan calon kita tersebut supaya akhlak tetap terjaga dan iman terpelihara.”

“Begitu.”

“Rasanya orang yang berpengalaman adalah yang lebih layak memberi nasihat. Kerana mereka lebih berilmu dan berpengalaman. Jadi nasihat-nasihat mereka lebih mudah sampai ke hati, lebih mudah difahami. Akak cuma jadi penyampai pada apa yang akak faham tentang persoalan ini. Tak semestinya betul, tapi tak salah. Semoga apa yang kita sudah bincangkan tadi dapat menjawab segala persoalan yang membelenggu fikiran kamu tu.

Mungkin post dari saifulislam.com ini dapat kamu jadikan rujukan serba sedikit berkenaan masalah ini. Rajin-rajinlah semak pandangan-pandangan orang berilmu ini supaya terbuka sikit ruang pemikiran kita.”

“Terima kasih kak. Akak, nak tanya lagi satu soalan boleh tak? Ini last.” Mukanya nampak ceria semula.

“Ok.”

“Akak pernah ke bercinta?” Wah, soalan cepumas.

Hahahaa… No comment!

Best regards,

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
26 Mei 2010M = 12 Jamadilakhir 1431H
Rabu, terus timba ilmu!

____________________________________________________________

CERITA ORANG TIKAM ORANG

Beberapa hari lepas one of my sis called me untuk mengadu masalahnya. Hal berkaitan kawan-kawan. Biasalah, hidup dengan masyarakat memang mendedahkan kita dengan masalah. Tak thrill lah hidup kalau tiada masalah, kan?

Berikut merupakan perbualan saya dengan sis tersebut. Perbualan ini telah saya tapis dan modify bagi mengelakkan timbulnya sebarang su’uzoon (prasangka buruk).

*****

Sis:

Sis ade masalah lah dengan seorang budak bilik Sis ni.

Saya:

Apa sajalah masalah Sis ni. Apekehenye?

Sis:

Kakak, dalam bilik Sis ni Sis memang rapat dengan semua. Apa saja masalah kami, kami akan selesaikan sama-sama. Sampai satu tahap, rahsia-rahsia kami pun kami akan kongsikan sama-sama. Dipendekkan cerita, kami memang rapat dan percaya antara satu sama lain.

Saya:

Ok, teruskan.

Sis:

Suatu hari, kawan-kawan Sis, A dan C datang bawa satu cerita. Katanya salah seorang kawan sebilik Sis ni, B bercerita perkara buruk tentang Sis.

Saya:

Apa yang B dah buat?

Sis:

B fitnah Sis. Ikutkan apa yang Sis faham melalui cerita A dan C, B tak puas hati dengan Sis. Jadi mungkin untuk memuaskan rasa tak puas hati tu, B reka-reka cerita. Cakap begitu dan begini tentang Sis. Mungkin bab fitnah tu Sis boleh terima lagi. Tapi ada satu perkara yang buat Sis sedih sangat.

Saya:

Apeke bendenye?

Sis:

B buka semua rahsia Sis. Kakak, Sis rasa sedih sangat. Kenapa sampai begitu sekali B sanggup buat pada Sis? Apa salah Sis pada B? Habis satu aras dah tahu tentang rahsia Sis tu. Sis rasa malu, kak. Sis malu. Sanggup B buka aib Sis depan kawan-kawan lain. Pedih sangat hati ni. Depan Sis B bukan main suci lagi. Baik macam malaikat. Tapi belakang Sis rupa-rupanya B ni musuh dalam selimut!

Saya:

Sabar dik. Hmm… Nampaknya apa yang Sis alami tu, pernah juga akak alami. Kes orang tikam belakanglah ni. Memang orang begini bertopengkan muka suci. Sebab itulah kadang-kadang don’t judge a book by its cover. Akak faham apa yang Sis rasa. Dada rasa perit, kan?

Sis:

Betul kak, perit sangat. Rasa macam tak boleh nak maafkan kesalahan B ni.

Saya:

Betul tak B ni lahir bulan **, B ada gigi ** dan selalunya orang yang macam B yang akak pernah jumpa sangat pentingkan diri sendiri dan perasan bagus. Betul tak?

Sis:

Betul, betul! Macam mana kakak tau?

Saya:

Sebelum akak jawab soalan tu, Sis pernah dengar tak kata-kata ini:

Memaafkan memang mudah tapi melupakan tak semudah memaafkan.

Akak tak salahkan Sis kalau Sis masih tak boleh melupakan apa yang telah B buat pada Sis. Sebab itulah wujudnya kata-kata:

Belajar daripada pengalaman.

Kerana pengalaman tidak boleh dilupakanlah, manusia sentiasa belajar daripadanya. Perkara paling baik yang Sis boleh buat pertama sekali ialah memaafkan. Akak tahu memaafkan B pada sikap yang Sis fikir paling terkutuk yang dilakukan oleh B agak payah, tapi Sis perlu cuba untuk memaafkan. Jangan sesakkan hati ini dengan rasa amarah. Nanti memakan diri, dik.

Sis:

Tadi kakak cakap kakak pun pernah alami pengalaman macam Sis. Jadi sekarang kakak dah maafkan kesalahan orang yang tikam belakang kakak tu?

Saya:

Honestly, belum. Tapi akak dapat nasihat dari seorang kawan. Katanya, baca Surah Yasin dan niatkan sedekah pada orang yang buat jahat pada kita itu. Niatkan juga untuk lembutkan hati kita, supaya lebih mudah untuk memaafkan, lebih mudah untuk melupakan. Niatkan untuk ketenangan hati kita. Jangan fikir, “kenapa pula kita perlu bersedekah pada orang yang tikam kita dari belakang?”

Sis:

Kalau Sis nak fikir juga macam mana?

Saya:

Bak kata Ustaz Hasrizal dalam status di profil Facebooknya:

Kelemahanmu sebagai manusia adalah ruang untuk Allah berbelas ampun terhadapmu, bukan peluang engkau mengulang dosa terhadap-Nya… Demikian juga kelemahanmu sebagai manusia adalah ruang orang lain memaafkanmu, bukan peluang untuk engkau bersalah laku tanpa malu!

Sis:

Tak fahamlah.

Saya:

Begini, jangan membalas kejahatan dengan kejahatan. Sebabnya kalau kita balas kejahatan dengan kejahatan maka kita pun sama macam mereka. Sama jahat macam mereka. ALLAH Maha Adil, Sis. Apabila kejahatan dibalas dengan kebaikan, insyaALLAH hasilnya pasti yang lebih baik. Jangan pertikaikan janji ALLAH.

Sis:

Apa yang perlu Sis buat sekarang, kakak?

Saya:

Pertama, elakkan bergaul rapat dengan B. Ini bukan bermakna Sis putus kawan dengan B, tidak. Ikutkan pengalaman akak, selalunya orang yang banyak mengumpat tidak boleh dipercayai. Sebab, hari ini di depan kita mungkin dia mengumpat orang lain. Esok-esok di depan orang lain mungkin dia akan mengumpat kita pula. Hati-hati dengan orang begini.

Kedua, diam itu lebih baik. Maknanya jangan berkongsi rahsia dengannya. Yang lepas biarkan lepas. Jangan panjangkan masalah. Kadang-kadang ada baiknya Sis belajar cara-cara mengenal perwatakan seseorang melalui tarikh lahir, bulan kelahiran, sifat fizikal dan sebagainya.

Sis:

Tapi bukan semua orang boleh kita baca perwatakannya melalui tarikh lahir, bulan kelahiran, sifat fizikal…

Saya:

Betul, Sis. Akak tak kata kita perlu percaya semua yang tercatat itu betul. Manusia boleh berubah mengikut keadaan. Tapi ini adalah salah satu cara untuk kita meramal siapakah orang yang berkawan dengan kita itu. Kalau mengikut tarikh lahir kawan kita itu seorang yang sensitif, kita perlu kawal kata-kata kita. Kalau mengikut sifat fizikal kawan kita itu seorang yang tidak boleh dipercayai, jangan pandai-pandai cerita rahsia padanya.

Sis:

Oh, begitu.

Saya:

Actually, ada sesuatu yang kita boleh banggakan bila ada orang tikam dari belakang ni. Sebabnya mereka buat begitu sebab mereka rasa terancam dan cemburu. They see us 1, 2 or 3 steps ahead so mereka tak senang tengok kita lebih baik dari mereka. Jadi cara mudah untuk mereka langkah kepala kita ialah dengan menjatuhkan kita. Cara mudah yang sangat keji.

Apa pun pengalaman mendewasakan, Sis. Tak rugi Sis dapat pengalaman ditikam dari belakang ni. Pengalaman ini mengajar Sis untuk jadi lebih kuat. Mungkin in the future Sis akan berhadapan dengan masalah yang lebih berat dari ini. Ini baru permulaan, Sis. Sis pun baru 19 tahun. Banyak lagi perkara yang Sis perlu belajar. Jadi, sentiasalah bersedia dengan cabaran yang akan datang.

*****

Begitulah perbualan saya dengan sis tersebut.

Don’t jugde a book by its cover? Boleh percaya ke? Apa pendapat anda?

Pada saya, it depends on macam mana anda menilainya.

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
5 Mei 2010M = 20 Jamadilawwal 1431H
Rabu, mari tambah ilmu!

____________________________________________________________

JANGAN BERTANGGUH LAGI!

Nak jadi jutawan, perlu belajar dari jutawan!

Siang tadi saya ke klinik gigi menemani kakak. So oleh sebab saya akan jadi si penunggu jadi kakak saya suggest saya bawa sekali bahan bacaan. Yelah, adalah juga pengisian daripada jadi tunggul je di kerusi tu.

Apa yang saya nak ceritakan bukanlah tentang gigi kakak saya, tapi tentang buku yang saya baca tu. Tajuknya ‘Nota Jutawan, Nota Motivasi” dari Irfan Khairi.

Ada juga hikmahnya saya jadi penunggu tu. Akhirnya buku tu saya berjaya juga khatamkan di situ. Perasaan saya? Lega…

> Eleh, baca buku je kot… Kecoh la lu minah….

Saya bukan apa, dah lama sangat beli buku tu. Baru sekarang khatam baca.

Asalnya saya beli buku itu kerana saya mahu kaut sebanyak mungkin ilmu dari seorang usahawan berjaya. Sedikit sebanyak ada pemangkin untuk menggerakkan momentum motivasi dan semangat saya.

> Ala rilek la, takde masa lah, tu yang lambat habis tu…

Kalau sebelum baca buku tu mesti saya akan beri alasan seperti di atas. Tapi lepas baca buku tu, saya dapat belajar sesuatu.

Kata Irfan Khairi,

MENANGGUHKAN KERJA = PENCURI MASA + PENCURI HIDUP
(Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil procrastination)

Orang yang banyak beralasan bukannya tidak boleh capai matlamat, tapi matlamat itu lambat tercapai. Silap-silap haribulan terus tak dapat capai apa-apa. Sebab apa? Banyak beri alasan dan akhirnya kerja bertangguh. And peluang pun akan buat magic show, sekelip mata je hilang.

Ada 3 sebab utama kenapa kerja tertangguh:

  1. Terlalu banyak alasan
  2. Tidak serius dalam mengambil keputusan
  3. Tiada deadline dalam matlamat

Jadi, kalaulah anda orang yang banyak alasan sehingga kerja tertangguh tindakan paling bijak yang anda boleh lakukan adalah:

  1. Berhenti beralasan
  2. Serius dalam berkeputusan
  3. Tulis deadline untuk mencapai matlamat

Mudah saja kan?

Banyak masa saya sudah bazirkan hanya kerana saya beri banyak alasan untuk khatamkan buku itu. Kalaulah saya sudah khatam dari awal, sudah tentu ilmu-ilmu dari buku itu saya dapat aplikasikan lebih awal.

Lagi banyak masa terbazir alamatnya dalam sedar tak sedar banyak juga peluang berlalu begitu saja. Akibatnya, semakin terkebelakanglah kita…

Jadi saya nasihatkan anda, JANGAN BERTANGGUH LAGI!

* > = fikiran negatif

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
23 April 2010M = 8 Jamadilawwal 1431H
Jumaat penuh berkat!

____________________________________________________________

« Older entries