FORMULA KASI CAIR BAKAL MENTUA

Baru-baru ini dalam komen Facebook dengan seorang junior sekolah, selain saling berbalas cerita sempat jugalah si junior tersebut mengusik-ngusik tentang status saya. Dalam erti kata yang lebih tepat lagi, soal jodoh. Walaupun sudah dapat mengagak soalan standard tersebut pasti keluar dari ‘mulut’ si junior itu, kelangsungan perbualan tersebut membuka hati saya untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua.

 
“Eleh, nak juga pangkat ustaz depannya. Biasalah, memilih. Biarkan biarkan! Tak ada orang mau nanti baru tau!” – salah satu kata-kata usikan dalam perbualan tersebut yang mampu meledakkan tawa. Alahai…

 
Read the rest of this entry »

KISAH SELEPAS BERKAHWIN…

10 Julai lepas saya berkesampatan menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan sekolah. Sebenarnya itulah kali kedua dalam sejarah hidup saya dapat hadir ke majlis perkahwinan rakan setelah 24 tahun walaupun setakat ini sudah makin ramai rakan-rakan sekolah yang berumah tangga. Kali pertama ialah semasa majlis perkahwinan seorang sahabat. Dalam majlis tersebut sempat jugalah bergambar dan melepaskan rindu pada rakan-rakan yang sudah lama tak berjumpa.

 

 

Bercakap tentang berumah tangga, sedang saya menyelak-nyelak Majalah Anis keluaran Februari 2010, Read the rest of this entry »

BOLEH KE KITA BERCINTA?

Adakah cinta itu satu dosa?

Teringat saya pada suatu malam di kolej, perbualan antara saya dengan seorang rakan sekursus.

“Akak, kita nak tanya satu soalan boleh?” tanya rakan itu yang membahasakan dirinya ‘kita’, tiba-tiba memecahkan sepi malam.

“Apa dia?” tanya saya.

“Kak, boleh ke kita bercinta?”

“Boleh! Hahahaa…”

Bukan soalan itu yang menjadi sebab saya ketawa, tapi orang yang bertanya itu yang membuatkan saya tak mampu menahan lucu. Yelah, rakan saya ini terkenal dengan kerajinannya dan dia merupakan rakan study saya yang utama. Dan selaras dengan kerajinan tersebut, dia tidak bercampur dengan pelajar lelaki. Jadi, dia dengan cinta pada zahirnya nampak jauh. Sebab itu saya ketawa.

“Ish akak ni gelak pula. Lain kali kita tak nak tanya lagi soalan macam ni pada akak.”

“Kamu bercinta dengan siapa ni? Hahahaa…”

“Akak ni…”

“Maaf, maaf. Akak bukan sengaja nak gelakkan kamu. Cumanya tak sangka kamu akan tanya soalan begini.”

Saya diam sebentar, cuba meredakan kelucuan.

“Habis tu, tak berdosalah kalau bercinta?”

“Tak. Sebab cinta itu satu fitrah.”

“Oh.”

“Akak bukanlah alim sangat tentang perkara ini. Kalau nak penjelasan lebih mendalam, lebih baik kamu tanya pada yang lebih pakar. Apa yang akak sampaikan ini cuma secebis yang akak mulai faham tentang cinta.”

“Ok!” jawabnya ringkas. Tapi saya rasa hatinya sedang berbunga.

“Yang penting bagaimana kita pacu cinta kita itu.”

“Maksudnya?”

“Yelah, kalau fitrah cinta itu tidak dipacu dengan betul, jadilah dia cinta fitnah! Cinta yang hanya berpaksikan nafsu dan syaitan.”

“Contohnya?” tanyanya. Mukanya nampak keliru.

“Budaya bercouple. Kita ambil contoh paling mudah. Pandangan mata. Pernah dengar tak pandangan mata itu boleh jadi salah satu panahan dari panahan-panahan syaitan. Mustahil orang yang sedang bercinta akan memandang pasangannya dengan pandangan kosong. Dari mata turun pula ke hati. Sampai ke hati takut-takut jadi zina hati pula. Na’udzubillah.

Akak bukan nak jatuhkan hukum bercouple itu haram. Tapi bukanlah juga dengan terselindung mengatakan ia halal, tidak. Akak cuma nak kita sama-sama buka fikiran tentang masalah ini.”

“Kalau macam tu, persoalan jodoh kita hanya perlu sandarkan pada takdir dan ketentuan ALLAH?”

“Salah tu. Di sini aplikasikan konsep usaha-doa-tawakal. Perkara pertamanya usaha. Kalau hanya sandarkan pada takdir dan ketentuan ALLAH, kamu dah miss dua langkah pertama, usaha dan doa.”

“Kalau couple itu bukan usahanya, apa usaha yang terbaik?”

“Berkahwin. Salurkan cinta itu kepada satu ikatan. Apa gunanya bercinta kalau tak inginkan komitmen, iaitu harapan untuk hidup berkeluarga. Dalam erti kata lain, berkahwin.”

“Takkanlah baru berkenalan terus nak ‘jabat tangan Tok Kadi’?” tanyanya masih belum berpuas hati.

“Buat apa bercinta lama-lama but in the end putus bagitu saja. Di sinilah perlunya bantuan orang tengah. Yang paling dekat dengan kita, ibu bapa atau keluarga. Orang tengah itu membawa amanah dan kewibawaannya untuk melaksanakan urusan mencari jodoh kita. Perkataan mudahnya, merisik. Kalau di kampus-kampus ada juga kumpulan-kumpulan dakwah yang akan membantu mengaturkan jodoh. Di situ keaiban dapat dicegah, maksiat pula dapat dielakkan.”

“Habis yang sudah tercinta tapi belum bersedia atau belum cukup ‘haul’ untuk berkahwin pula macam mana nak selesaikan masalah ini?”

Terdiam saya mencari kata-kata terbaik untuk disusun.

“Berdoalah supaya dipermudahkan segala urusan. Sibukkan diri dengan aktiviti lain supaya tak terbeban sangat keinginan tersebut. Yang paling penting usaha, usaha dan terus usaha untuk mencukupkan ‘haul’ tersebut. Pada masa yang sama sediakan hijab antara kita dengan calon kita tersebut supaya akhlak tetap terjaga dan iman terpelihara.”

“Begitu.”

“Rasanya orang yang berpengalaman adalah yang lebih layak memberi nasihat. Kerana mereka lebih berilmu dan berpengalaman. Jadi nasihat-nasihat mereka lebih mudah sampai ke hati, lebih mudah difahami. Akak cuma jadi penyampai pada apa yang akak faham tentang persoalan ini. Tak semestinya betul, tapi tak salah. Semoga apa yang kita sudah bincangkan tadi dapat menjawab segala persoalan yang membelenggu fikiran kamu tu.

Mungkin post dari saifulislam.com ini dapat kamu jadikan rujukan serba sedikit berkenaan masalah ini. Rajin-rajinlah semak pandangan-pandangan orang berilmu ini supaya terbuka sikit ruang pemikiran kita.”

“Terima kasih kak. Akak, nak tanya lagi satu soalan boleh tak? Ini last.” Mukanya nampak ceria semula.

“Ok.”

“Akak pernah ke bercinta?” Wah, soalan cepumas.

Hahahaa… No comment!

Best regards,

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
26 Mei 2010M = 12 Jamadilakhir 1431H
Rabu, terus timba ilmu!

____________________________________________________________