TITIAN SYAWAL: IBADAH HANGUS SEHANGUS KUIH RAYA TAK JADI?

Ada orang kata tanda Ramadhan sudah dekat ialah apabila iklan buah kurma bertalu-talu di radio dan TV. Petanda raya sudah dekat pula ialah apabila Ramadhan bermula. Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar, diam tak diam, dalam masa kita terkira-kira hari yang telah berlalu dalam bulan Ramadhan ini, rupa-rupanya Ramadhan sudah pun sampai ke penghujungnya, memberi laluan kepada Syawal. Justeru, mari kita sama-sama renung kembali jejak-jejak Ramadhan yang baru meninggalkan kita itu bagi mengukur tahap pencapaian iman kita.

 
Ramadhan – penghulu segala bulan, suatu pengiktirafan ALLAH SWT terhadap satu bulan yang di dalamnya ALLAH SWT sendiri telah janjikan ganjaran dan gandaan pahala yang berlipat ganda. Dalam bulan inilah para ahli ibadah akan menggunakan setiap saat peluang untuk menggandakan ibadah mereka.

 

 
Tapi kebiasaannya kita selalu lihat dalam masyarakat kita sendiri semangat Ramadhan kita seiring dengan semangat buah kurma. Berkobar-kobar, bersemangat, bersungguh-sungguh sebelum bermula Ramadhan sehinggakan persediaan awal Ramadhan disusun cukup rapi bagi memastikan permulaan Ramadhan rancak dengan pesta ibadah. Bertarawih di masjid sebulan penuh, khatam al-Quran 30 juzuk, rancakkan berzikir, tutup aurat ikut syariat, jaga sahsiah soleh solehah dan bermacam-macam lagi perancangan rapi kita agar sedikit pun bulan Ramadhan ini tidak tersia-sia.

 
Pendek kata azam kita nak lakukan yang sesungguh sempurna dalam sebulan Ramadhan ini. Nak score pahala dan ganjaran berganda Ramadhan banyak-banyak. Sebiji macam semangat buah kurma yang famous setahun sekali itu. Cuma bezanya buah import itu mampu bertahan sehingga ke penghujung Ramadhan, sedangkan kita larat untuk bertahan sehingga sepuluh Ramadhan saja. Offer hebat Ramadhan yang sering dilaungkan oleh ustaz dan tok guru ketika tazkirah gagal memikat dan menawan hati kita untuk terus ke penghujung Ramadhan. Akhirnya ahli jemaah surau dan masjid yang mampu bertahan adalah muka-muka yang sama juga!

 

 
“Ops, biskut itu tak elok, hangus, kena asingkan. Biskut yang elok saja masukkan dalam tin. Yang hangus itu rezeki korang la waktu berbuka nanti.” Itulah yang selalu dipesan oleh ibu sewaktu membakar kuih raya. Biskut yang finest quality saja yang layak untuk tetamu yang beraya nanti. Takkan nak jamu tetamu dengan biskut hangus?

 
Cuba renung sejenak apa yang selalu disibukkan orang bila makin ke penghujung Ramadhan dan semakin hampir dengan Syawal. Shopping baju raya sampai sanggup berhabis masa dan wang semata-mata untuk mencari sepasang baju idaman di mega sale, sibuk cari resepi nak buat kuih raya untuk bersaing dengan jiran-jiran lain, tukar segala perabot, dinding cat baru, dan bermacam-macam lagi perancangan. Yang pastinya, dalam tak sedar itu banyak sangat waktu emas Ramadhan yang kita curi dan rompak demi ‘kemuliaan Syawal’ kita. Dan sekali lagi offer Ramadhan yang hebat dan istimewa kita abaikan dan lalaikan demi ‘kegemilangan Syawal’ kita.

 
Anak-anak bila berziarah raya kerap diingatkan supaya menjada adab sopan. Biar semuanya nampak sempurna di mata tuan rumah. Ini adalah syarat asas apabila kita bertamu ke rumah saudara-mara dan rakan taulan pada bulan Syawal yang mulia. Inilah pesan yang sering diingatkan pada anak-anak. Tapi kita sering lupa dan buat-buat lupa apabila kita bertandang dan menjadi tetamu Ramadhan. Ramadhan menuntut kita perbanyakkan amal, perhebatkan solat sunat, panjangkan zikrullah dan selawat, perhalusi bacaan al-Quran, dalamkan penghayatan istighfar dan doa, musahabah diri dan macam-macam lagi tapi bersungguh mana kita dalam amalan-amalan ini? Kasihan, biskut finest quality kita persembahkan buat tetamu Syawal, tapi ibadah ‘hangus’ yang kita persembahkan buatNya pada Ramadhan yang penuh berkat ini!

 
SALAM PERAYAAN FITRAH 1432 HIJRAH.

 

 
 

Rujukan:
Haji Bad. Ibadah ‘Hangus’… . Sketsa Rumah Tangga. Majalah Anis Bilangan 150 Ogos 2010. Halaman 30.

 
 

Best regards
 
NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
30 Ogos 2011M = 1 Syawal 1432H
Selasa
http://aisyahumyra.com
https://aisyahumyra.wordpress.com
http://aisya-humyra.blogspot.com
http://twitter.com/aisyahumyra
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000079150492

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: