FORMULA KASI CAIR BAKAL MENTUA

Baru-baru ini dalam komen Facebook dengan seorang junior sekolah, selain saling berbalas cerita sempat jugalah si junior tersebut mengusik-ngusik tentang status saya. Dalam erti kata yang lebih tepat lagi, soal jodoh. Walaupun sudah dapat mengagak soalan standard tersebut pasti keluar dari ‘mulut’ si junior itu, kelangsungan perbualan tersebut membuka hati saya untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua.

 
“Eleh, nak juga pangkat ustaz depannya. Biasalah, memilih. Biarkan biarkan! Tak ada orang mau nanti baru tau!” – salah satu kata-kata usikan dalam perbualan tersebut yang mampu meledakkan tawa. Alahai…

 

 
Itulah dia. Rata-rata anak-anak teruna sekarang complain susahnya nak cari anak-anak dara yang sesuai untuk dijadikan pasangan dalam rumah tangga. Perempuan sekarang ini memilih sangat, kata mereka. Kalau mereka tidak memilih pun, keluarga mereka pula yang mengawal dan mengambil kuasa memilih lelaki yang selayaknya untuk anak dara mereka. Sudahlah kos ‘naik pelamin’ semakin melambung, nak dapat pasangan yang sesuai pun susah juga. Terlajak nanti baru mereka tahu!

 
Dalam hal ini, matematiknya sangat mudah. Kalau anak teruna pun sama memilih pasangan yang sesuai untuk dijadikan teman sehidup sematinya, anak dara pun lebih-lebih lagilah memilihnya. Sebabnya banyak kes yang berlaku, yang menanggung beban akibat penceraian lebih kepada wanita. Makanya sangat wajarlah mereka melihat atas, bawah, kiri dan kanan batang tubuh anak teruna serta memperhalusi ‘resume’ calon-calonnya.

 
Rupa ada, pengalaman kerja tiada. Kerja bagus, agama pula F9. Agama A1, rupa pula kureng. Tertekan juga menjadi kaum wanita. Tak memilih nanti, dapat yang tak berjenis, sendiri juga yang tanggung akibat. Memilih sangat nanti, terlajak perahu usia, mana boleh ambil gear gostan. Alamatnya, ANDALUSIA! (anak dara lanjut usia).

 
Kadang-kadang, dalam mencari pasangan calon terbaik sebagai suami ini, kita selalu lupa peranan musuh utama kita iaitu syaitan. Memang kontrak syaitan ini merosakkan anak cucu Nabi Adam dan menakut-nakutkan dan merisau-risaukan wanita solehah macam kita agar mengendurkan tali syariat ketika memilih pasangan hidup.

 
Kerja syaitan yang suka memporak perandakan hidup manusia ini, khusus buat yang telah berkahwin, sebenarnya bermula dari sebelum berkahwin lagi. Buktinya, sebelum berkahwin, masa tengah bercinta, pasti ramai yang pernah mengakui hebatnya rasa cinta. Lunaknya suara masa bercakap, senyum sentiasa, acara bertukar-tukar hadiah dan ucapan tak pernah miss, tak berjumpa sehari rasa macam dah bertahun-tahun tak berjumpa. Tapi kenapa selepas masuk alam perkahwinan, semua yang pernah dilalui berlalu pergi. Hebatnya cinta dahulu rasanya seperti mimpi malam tadi. Kenapa?

 
Jawapannya, itulah kerjanya sang syaitan. Tugasan pertamanya menyatukan, kedua memisahkan. Yang pasti kedua-duanya bermatlamatkan debit dalam akaun dosa. Masa bercinta sebelum berkahwin, masa kedua-dua lelaki dan perempuan saling ‘belum halal’, masa pandangan mata pun boleh jadi panahan syaitan, masa itulah pasangan tadi akan selalu ‘didekat-dekatkan’.Open-open dan dating-datinglah sikit. Kalau terlalu tegas sampai lelaki nak sentuh pun tak boleh, macam mana pula orang lelaki nak datang minat dan menjadikan kita calon isteri mereka.

 
Memang syaitan selalu membisikkan perkara yang bukan-bukan dalam fikiran kita. Lagi pun, mereka memang diakui profesional sungguh dalam bidang ini dan seumpamanya. Tapi pastinya, apabila kita telah merelakan aurat kita disentuh lelaki, maka pastinya ia tidak akan dibiarkan oleh sang syaitan untuk berakhir di situ. Pastinya akan ada lagi fasa dua, tiga dan seterusnya.

 
Tugasan kedua iaitu memisahkan pula mengambil tempat di era perkahwinan. Masa inilah syaitan kerja overtime berusaha bersungguh-sungguh untuk melaga-laga dan mengapi-apikan supaya pasangan halal tadi bersengketa. Saling cemburu tak bertempat, saling menyalahkan bila tak sefahaman, saling mencari kelemahan pasangan, saling rasa tak cukup. Amalan masa dulu-dulu bercinta sudah jadi tunggang terbalik. Akhirnya berpisah jua sebagai jalan terbaik.

 

 
Rupa ada, kerjaya hebat, kewangan kukuh tapi kenapa ramai pasangan muda sekarang asyik bertekak siang malam dan akhirnya ambil jalan tengah – berpisah. Jawapan mereka – “Kami tak sehaluan lagi.” Sebenarnya mungkin bukan itu, tapi mereka tak tahu menjaga adab-adab dan punca-punca berkat dalam rumah tangga.

 
Jadi, wahai kaum wanita yang sedang dilamun cinta berombak asmara, sentiasalah berwaspada. Sekali anda mengenepikan nilai-nilai agama dalam mencari pasangan, maka anda secara langsung telah mencemari nilai-nilai adab dan keberkatan. Bermula sesuatu tanpa ada keberkatan, maka bagaimana nak pastikan ALLAH SWT berkati pernikahan anda dan seterusnya alam perkahwinan anda.

 
Buat kaum lelaki pula, sebelum ada hati nak mencari pasangan solehah penuh keberkatan adalah lebih baik anda jadi dan berusaha menjadi lelaki soleh terlebih dahulu. Kumpul dan praktis amalan-amalan yang boleh menarik berkat dalam diri anda, inshaALLAH nanti ALLAH pasti akan permudahkan banyak perkara lain yang sukar dicapai. Bakal mentua yang kaki memilih pun boleh cair dengan lamaran anda kalau anda bersungguh-sungguh mengumpulkan nilai-nilai keberkatan dalam diri anda.

 
Bagaimana pula kumpul nilai-nilai berkat ini? Caranya, banyakkanlah mengamalkan amalan-amalan sunat. Solat sunat ke, puasa sunat ke dan seribu satu lagi ibadah-ibadah sunat. Ibadah fardu sudah memang dan wajib dibuat. Tapi ibadah sunat ALLAH tak wajibkan. Bergantung pada kita untuk buat atau tidak. Dari situlah akan datangnya kasih sayang dari ALLAH dan dari situlah akan mengalirnya nilai-nilai keberkatan ke dalam diri kita.

 
Tapi… kalau yang fardu pun banyak bocor, yang sunat tak payah storylah. Susah… susah…

 
 

Rujukan:
Haji Bad. Bikin Cair Bakal Mentua. Sketsa Rumah Tangga. Anis bilangan 105 Mei 2006. Halaman 24.

 
 

Best regards
 
NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
12 Ogos 2011M = 12 Ramadhan 1432H
Jumaat
http://aisyahumyra.com
https://aisyahumyra.wordpress.com
http://aisya-humyra.blogspot.com
http://twitter.com/aisyahumyra
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000079150492

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: