LAMBAIAN RAMADHAN: PESTA MAKAN VS PESTA IBADAH


Iklan Ramadhan TV9 2011

 
Rasa terhibur hati bila menonton iklan Ramadhan baru di TV9. Iklan yang dilakonkan oleh AG dan Leeya Hot FM itu adalah mengenai seorang lelaki (AG) yang bersaing untuk membeli juadah berbuka terbanyak dengan jirannya (Leeya). Perasaan ‘berjaya’ kerana membeli paling banyak itu menjadi sebaliknya bila mendapat tahu makanan lebih yang dibeli oleh Leeya adalah untuk didermakan kepada jemaah surau.

 
Sebenarnya inilah gambaran sebenar yang sering berlaku dalam masyarakat Malaysia hari ini pada bulan Ramadhan, sama ada kita sedar atau tidak. Sehinggakan Ramadhan itu lebih disinonimkan dengan bulan ‘pesta makan’ oleh sesetengah orang bagi menyindir tabiat buruk ini dan bukannya bulan ‘pesta ibadah’ yang sepatutnya menjadi tunggak utama bulan Ramadhan. Pelbagai juadah dibeli bukan sekadar memenuhi tunutan nafsu makan, malah turut dibazirkan, sekaligus melanggar sunnah Rasulullah SAW yang menganjurkan makan sewaktu lapar dan berhenti sebelum kenyang.

 
Diriwayatkan bahawa pada suatu masa dahulu, Nabi Yahya AS telah diperkenankan ALLAH SWT untuk berjumpa Iblis. Dalam pertemuan tersebut, Nabi Yahya melihat Iblis membawa pengait daripada pelbagai barangan. Justeru Nabi Yahya AS pun bertanya, “Wahai Iblis, pengait apakah yang kau bawa?”

 
Iblis menjawab, “Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya.”

 
Nabi Yahya AS bertanya lagi, “Adakah bahagian aku di dalamnya?”

 
Iblis menjawab, “Ya ada! Kadang kala kamu kenyang, lalu aku membuat kamu berasa berat untuk bersolat dan berzikir.”

 
Sangat jelas di sini bahawa sifat tamak bukan sahaja akan menyebabkan pembaziran, malah akan menyebabkan seseorang itu keberatan untuk beribadah. Sebagai peringatan kepada manusia mengenai sifat ini, ALLAH SWT pernah berfirman dalam Surah al-Isra’ ayat 27 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara kepada syaitan dan syaitan itu pula sememangnya ingkar kepada Tuhannya.”

 
Berdasarkan ayat ini, sangat jelas ALLAH SWT tidak menyukai hambaNya yang melakukan pembaziran kerana ia merupakan salah satu sifat syaitan. Kadangkala kegembiraan untuk berbuka itu menyebabkan umat Islam tidak menyedari mereka telah melanggari etika murni yang ditetapkan Islam iaitu berpada-pada dalam perbelanjaan.

 
Dalam Surah al-A’raaf ayat 31 ALLAH SWT pernah berfirman yang bermaksud, “Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya ALLAH tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”

 
Sewajarnya bulan Ramadhan dijadikan medan untuk melatih jiwa seseorang Muslim bertaqwa lagi penyabar iaitu dengan makan secara bersederhana seperti sabda Rasulullah SAW dalam Riwayat at-Tirmidzi yang bermaksud, “Anak Adam itu tidak memenuhi satu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Jika tidak mustahil (boleh dilakukan), suaplah sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk pernafasan.”

 
Bila dihimpunkan setiap ayat al-Quran dan hadis ini dan dikaitkan dengan iklan Ramadhan TV9 tadi, boleh disimpulkan bahawa tabiat membazir ini merupakan tabiat yang sangat merugikan. Oleh kerana nafsu, ramai daripada kita sanggup berbelanja bagi membeli pelbagai juadah yang sebenarnya tidak sesuai dengan selera dan melebihi kemampuan kenyang. Bukankah lebih baik dan berkat jika lebihan belanja dilaburkan ke arah kebajikan seperti bersedekah dan menderma. Pahala dapat, amalan pun bertingkat!

 
 

Rujukan:

Mohd Hassan Adli Yahya. Peluang Untuk Berubah. Kalam Imam Muda. Metro Ahad 7 Ogos 2011. Halaman D17.
Tabiat Buruk Dalam Berpuasa. Pedoman. Metro Ahad 7 Ogos 2011. Halaman D17.

 
 
 

Best regards

 
NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
9 Ogos 2011M = 9 Ramadhan 1432H
Selasa
http://aisyahumyra.com
https://aisyahumyra.wordpress.com
http://aisya-humyra.blogspot.com
http://twitter.com/aisyahumyra
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000079150492

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: