LAMBAIAN RAMADHAN: MARHABAN YA RAMADHAN!

 

Dalam keadaan kesihatan yang sangat mengganggu kebelakangan ini, akhirnya siap juga post ini. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan SALAM RAMADHAN 1432 HIJRAH kepada semua. Masih terngiang-ngiang lagi pengisytiharaan puasa yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Yang Mulia Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah pada 31 Julai lepas, pengisytiharaan yang hanya dilakukan bagi mengumumkan tarikh permulaan puasa dan hari-hari raya.

 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh permualaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 1 haribulan Ogos tahun 2011. Sekian, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Walaupun ada yang mempersoalkan status kesahihan salah satu hadis Ramadhan (Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka), setiap muslim yang merindukan kehadiran Ramadhan pastinya akan memanfaatkan setiap detik dalam bulan ini dengan memperhebatkan amal ibadah bagi memperoleh ganjaran berganda dari ALLAH SWT.

 

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dari hadis Abu Hurairah RA yang bermaksud,

Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, ALLAH Azza Wajalla berkata, ” Melainkan puasa, kerana ia untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya keranaKu.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Kasturi.

 

Bila dibangkitkan soal pahala, isu yang timbul juga terangkum berkenaan amal. Secara umumnya terdapat 11 amalan yang sunat dilakukan pada bulan Ramadhan bagi memperoleh pahala berganda. Antaranya,

 

1. Bersahur dan Melambatkan sahur

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

  • Anas RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.”
  • Zaid bin Tsabit RA berkata, “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah SAW, kemudian kami melaksanakan solat. Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, berapa lama antara sahur dengan solat itu? Baginda menjawab, “kira-kira 50 ayat.”

 

Dalam hadis riwayat Muslim:

  • ‘Amr bin ‘Ash RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”

 

2. Menyegerakan waktu berbuka

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

  • Sahl bin Sa’d RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”

 

Dalam hadis riwayat Abu Daud dan at-Tarmidzi:

  • Anas RA berkata, “Rasulullah SAW sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob, maka baginda berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tiada tamar , maka baginda meneguk air beberapa teguk.”

 

3. Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Ada 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

 

 

4. Menjauhi maksiat

Dalam hadis riwayat Bukhari:

  • Abu HurairahRA menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka ALLAHtidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.”

 

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

  • Abu Hurairah RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata, sesungguhnya aku sedang berpuasa.”

 

5. Menggosok gigi atau bersugi

Dalam hadis riwayat Bukhari:

  • Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi SAW bersugi dan bagindapada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.”
  • Abu Hurairah RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Andaikan tidak memberatkan umatku, nescaya mereka kuperintahkan bersugi pada setiap kali berwuduk.”

 

6. Memperbanyakkan derma

Dalam hadis riwayat Bukhari:

  • Ibnu Abbas RA berkata, “Rasulullah SAW adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah SAW lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.”

 

7. Membaca dan mempelajari al-Quran

Hadis Ibnu Abbas di atas (6) menyatakan bahawa Rasulullah SAW bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan. Apabila tibanya bulan Ramadhan para ulama akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada bertadarus. Membaca untuk memahami (mentadabbur) al-Quran adalah lebih utama dari membaca secara pantas untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

 

8. Menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa

Dalam hadis riwayat at-Tarmidzi:

  • Zaid bin Khalid Al-Juhanny RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang memberi makan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”

 

9. Solat sunat Tarawih

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

  • Abu Hurairah RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.”

 

10. Memperhebatkan ibadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

  • Aisyah RA berkata, ” Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.”

 

11. Beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadhan

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

  • Ibnu Umar RA berkata, ” RasulullahSAW selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”
  • Aisyah RA berkata, ” Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga baginda dipanggil ALLAH Taala. Kemudian setelah baginda wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan baginda itu.”

 

Semoga kita tidak terlepas dalam mengamalkan kesebelas-sebelas amalan di atas. Kalau boleh diistiqamahkan sampai selepas Ramadhan mengucapkan selamat tinggal, lebih baik dan dialu-alukan. Selamat menggandakan amal ibadah dan selamat mengumpul pahala!

 

 

 

Rujukan:
http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/601-status-hadis-ramadhan–keampunan-rahmat-a-bebas-neraka-kemaskini.html
http://www.iluvislam.com/design/facebook/3233-design-gandaan-ganjaran-ramadhan.html
http://feryco.com/amalan-yang-tidak-diterima-pada-bulan-ramadhan

 

 

 

Best regards

 

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
2 Ogos 2011M = 2 Ramadhan 1432H
Selasa
http://aisyahumyra.com
https://aisyahumyra.wordpress.com
http://aisya-humyra.blogspot.com
http://twitter.com/aisyahumyra
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000079150492

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: