KISAH SELEPAS BERKAHWIN…

10 Julai lepas saya berkesampatan menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan sekolah. Sebenarnya itulah kali kedua dalam sejarah hidup saya dapat hadir ke majlis perkahwinan rakan setelah 24 tahun walaupun setakat ini sudah makin ramai rakan-rakan sekolah yang berumah tangga. Kali pertama ialah semasa majlis perkahwinan seorang sahabat. Dalam majlis tersebut sempat jugalah bergambar dan melepaskan rindu pada rakan-rakan yang sudah lama tak berjumpa.

 

 

Bercakap tentang berumah tangga, sedang saya menyelak-nyelak Majalah Anis keluaran Februari 2010, salah satu artikel di dalamnya menarik untuk saya kongsikan bersama khususnya buat rakan-rakan yang sudah berumah tangga dan secara amnya untuk pengetahuan kita semua.

 

Wanita solehah. Setiap lelaki yang berkahwin pastinya mahukan seorang isteri solehah, walaupun dirinya sendiri bukanlah seorang lelaki yang soleh. Walau isterinya tidak bercirikan watak solehah tetap di sudut hatinya mahu isteri bersikap seperti isteri solehah.

 

Antara ciri-cirinya pandai menjaga suami, mendahului suami dalam semua urusan, tunduk dan patuh pada arahan suami, berhias-hias hanya untuk suami, suami ditatang dan dijunjung sentiasa, bangun subuh ada orang kejutkan, pakaian kerja dah siap diseterika, buka tudung saji makanan terhidang sentiasa, nak masuk tidur pun pandai mencari lipstick dan eye shadow malah nak potong kuku dan sarungkan stoking pun si solehah ini sedia lakukan…

 

Begitu juga wanita memasang niat dan azam yang sama bila berumah tangga. Mahu taati suami sepenuh jiwa setulus hati, senyum selalu pada suami dan harungi susah senang hidup bersama suami. Pendek kata seluruh hidup ini hanya mahu didambakan buat suami. Tak ada satu apa pun yang dipinta selain untuk memberi saja.

 

Pastinya ramai suami bertuah kerana telah memiliki isteri begini. Hidup ini terasa macam raja walaupun duit selalu tak ada. Hidup pun terasa indah belaka sebab isteri tak pandai bermasam muka dan bermuram durja. Cerianya hati bila melihat wajah isteri solehahnya itu sampai berderai segala masalah dan derita. Begitulah adatnya bila si solehah berada di sisi. Aduh bahagianya…

 

Tapi sampai bila isteri solehah itu mampu untuk beri tip top service macam tu? Waktu mula-mula kahwin dulu bolehlah begitu. Bagaimana bila isteri sudah berbadan dua? Kena pulak yang jenis datang angin pus-pus satu badan. Sikit-sikit uwekk, sikit-sikit uwekk. Tengok muka suami pun uwekk. Cium bau baju busuk suami uwekk. Dengar suara suami uwekk. Dengar bunyi kereta suami… (sabo je lah bang!). itu baru permulaan ujian berumah tangga. Belum lagi ujian bila menjadi bapa. Anak pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

 

Rasanya sukar dan mungkin juga mustahil ada isteri yang mampu memberi yang terbaik dan istiqamah buat suami apabila usia perkahwinan bertambah dan anak-anak dah semakin ‘meriah’. Yelah, usia semakin lanjut, tenaga semakin terhakis, beban tanggungjawab semakin berat. Kena pula solehah yang berkerjaya. Nak kejar pejabat lagi, nak tengokkan anak-anak lagi, suami pun nak kena tengok juga. Buka tudung saji tengok-tengok kosong je atas meja, kecil hati pula orang tua yang kelaparan (dan kesepian) tu.

 

 

Time nak pergi kerja time itulah terkial-kial seterika baju kemeja. Tiada lagi sambutan bidadari yang ceria dan penuh kecintaan apabila pulang kerja. Lipstick dan eye shadow pun tak tahu tercampak kat mana. Huhuhu…

 

Jadi buat para suami yang tersisih dan kesepian, apa yang perlu anda buat sekarang? Jawapannya buatlah kerja macam biasa. Sisihlah rasa marah dan kecil hati itu bila isteri lambat atau tak sempat memberi. Buanglah sifat raja ditatang, yang merasakan segala keperluannya perlu dipenuhi walaupun sedar kesibukan isteri. Tapi sifat ketua rumah tangga itu perlu dikekalkan.

 

Belajarlah berdikari, belajarlah memahami, belajarlah ringan-ringankan beban isteri, belajarlah untuk lebihkan memberi kerana orang yang memberi itu pasti akan diberi. Bukankah hidup dalam berumah tangga itu saling bantu membantu. Kalau mampu jangan bagi isteri kerja lagi bagus, biar isteri layan suami saja. Isteri pun sebenarnya pencinta duduk di rumah, tapi apa nak buat poket selalu tiris…

 

 

Best regards

 

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
29 Julai 2011M = 27 Syaaban 1432H
Jumaat
http://aisyahumyra.com
https://aisyahumyra.wordpress.com
http://aisya-humyra.blogspot.com
http://twitter.com/aisyahumyra

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: