TIPS KESIHATAN: IODIN UNTUK HATI (bahagian 2)

Sambungan dari TIPS KESIHATAN: IODIN UNTUK HATI (bahagian 1)

 

 

Keempat: Luahkan perasaan.

 

Ya, sebenarnya ini adalah salah satu cara yang paling efektif untuk merawat hati yang terluka. Luahkan perasaan anda! Manusia perlu didengar kata-katanya seperti mana dia memerlukan makanan. In fact, ada banyak pilihan sebenarnya untuk anda meluahkan masalah anda. Pertama, kepada Tuhan seperti berdoa. Kedua,mengadu kepada orang yang paling dipercayai seperti ibu bapa dan sahabat. Ketiga, terus kepada sumber masalah anda.

 

Rasanya tidak perlu untuk saya jelaskan dengan panjang lebar tentang pilihan pertama. Di sini saya lebih fokus untuk menerangkan tentang pilihan kedua dan ketiga, iaitu mengadu kepada orang yang paling dipercayai dan meluahkan perasaan terus kepada sumber masalah anda itu.

 

Perkara pertama yang perlu diingati adalah meluahkan perasaan tidak sama dengan mengumpat. Mengumpat lebih bersifat memburukkan, sedangkan meluahkan perasaan lebih bersifat pengaduan bagi tujuan meminta nasihat selagi mana ciri-ciri megumpat itu tiada. Walaupun begitu jika tidak berhati-hati, meluahkan perasaan boleh membawa kepada mengumpat.

 

 

Dalam mencari seseorang untuk meluahkan perasaan pula, tinggalkan pengumpat. Walaupun pengumpat itu mungkin merupakan seorang pendengar yang baik, mengikut pengalaman saya setakat ini berkongsi sesuatu dengan pengumpat lebih membawa keburukan daripada kebaikan. Lebih-lebih lagi bila berada dalam ‘majlis’ mengumpat, anda pun mungkin boleh diheret sekali dalam dosa.

 

Meluahkan perasaan terus kepada sumber masalah pula bermaksud berterus terang terus kepada orang yang bermasalah dengan anda. Kadang-kadang dengan meluahkan adalah lebih baik daripada terus menyimpan rasa. Luahkan perasaan itu menggunakan perkataan dan nada yang lembut, penuh toleransi dan berniat untuk menjernihkan keadaan. Lembut itu lebih dekat dengan iman, bukan?

 

Ya, semasa berterus terang anda boleh jadi orang yang menyalahkan, tapi dalam masa yang sama cari kesalahan sendiri dengan menganggap sumbangan setiap kesilapan adalah dari diri sendiri juga. Ucapkanlah perkataan maaf sepenuh keikhlasan atas kesalahan anda itu dan ucapkan juga bila anda rasa anda tidak mampu terima kesalahan orang lain kerana perkataan maaf kadang-kala mampu jadi penawar paling mujarab untuk merawat hati anda sendiri. InshaALLAH, perkataan maaf akan menarik orang yang bermasalah dengan anda itu untuk juga meminta maaf.

 

Ada sebab kenapa anda perlu meluahkan. Antaranya:

 

  • Ada kebarangkalian apa yang berlaku antara anda dan orang yang bermasalah dengan anda itu hanyalah suatu salah faham oleh perbezaan cara pemikiran. Anda perlu faham bahawa setiap manusia ini dibentuk oleh persekitarannya, budayanya dan keluarganya. Jadi, kefahaman dan penerimaan setiap individu itu terhadap sesuatu pasti akan terdapat perbezaan. Ada kalanya apa yang anda anggap betul itu adalah salah pada cara pandangan dan pemikiran orang lain dan juga sebaliknya. Jadi luahkanlah agar perbezaan itu tidak jadi batu penghalang untuk anda dan masyarakat memahami antara satu sama lain.
  •  

  • Ada kebarangkalian juga orang yang bermasalah dengan anda tadi tidak tahu bahawa selama ini sikapnya pada anda telah menyebabkan hati anda terluka. Meluahkan adalah salah satu cara yang paling straight forward untuk memberitahu. Saya juga sebenarnya sangat menyarankan jika masalah dapat diselesaikan secara open table. Tapi walaupun perkataannya ‘open’, bukan bermakna anda boleh sewenang-wenangnya menjemput orang lain menjadi penonton. Salah konsep tu..
  •  

  • Meluahkan akan lebih membantu untuk mengurangkan stress.

 

Kelima: Mengadu kepada orang yang paling dipercayai

 

Mengadulah kepada orang-orang yang paling dipercayai. Sekiranya tiada, carilah seorang pendengar atau penasihat yang mampu meredakan emosi bukan menaikkan lagi amarah. Carilah pendengar atau penasihat yang membantu anda menemukan penyelesaian bukan membuka lagi ruang masalah. Jangan sesekali cari pendengar atau penasihat yang batu api.

 

 

Kelima: Berdiri atas kaki sendiri.

 

Berdikarilah. Berdikari akan jauhkan anda dari bergantungan dengan orang lain. Berdikari akan buatkan anda rasa yakin untuk melangkah sendiri. Orang yang berdikari tidak akan mudah terkesan dengan masalah-masalah kecil di sekelilingnya.

 

 

To be continued…

 

 

 

Best regards

 

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Post from aisyahumyra.com
19 Julai 2011M = 19 Syaaban 1432H
Selasa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: