TIDAK SEHEBAT IBNU SINA

Khamis (23 Jun) lepas, saya tergerak untuk buka emel setelah lebih dua minggu menyepi dari dunia maya. Sedang asyik men‘deleteunread emails, jiwa men ‘delete’ jadi tak keruan bila terbaca salah satu notification email dari Facebook; keputusan peperiksaan akhir semester sudah keluar!

Bagi kebanyakan pelajar, antara dua perkara yang paling ditakuti dan paling mahu dielakkan adalah sewaktu peperiksaan akhir dan sewaktu menerima keputusan peperiksaan akhir tersebut. Pertamanya kerana pada waktu peperiksaan akhirlah semua pengetahuan sepanjang semester akan teruji, manakala keputusan peperiksaan pula adalah gambaran tahap pengetahuan sebenar yang telah dikuasai (walaupun terdapat beberapa pro-kons di situ).

Anyway, berbalik kepada keputusan peperiksaan akhir saya yang telah keluar itu, jiwa yang tak keruan jadi terus hambar selepas access keputusan peperiksaan. Bukan sebab tak dapat access portal dan bukan juga sebab ada subjek yang gagal, tapi mengenangkan betapa sukarnya untuk kekalkan prestasi terbaik seperti semasa diploma dulu. Akal pun mulalah terkira-kira mencari apa punca.

Alasan pun seberapa pantas mengambil tempat. Semester pendek, sangat sibuk, banyak tugasan, subjek berat, sistem pemarkahan, straight lecturers, tekanan masa dan bermacam-macam lagi alasan untuk membela diri. Apa pun alasannya, bukan untuk membidas (kerana ketidak sempurnaan manusia menyebabkan alasan tidak dapat dielakkan) tapi untuk menegaskan bahawa semua ini sangat berkait rapat dengan rezeki.

Sebenarnya dalam berusaha, terdapat 11 amalan penarik rezeki iaitu:

1. Berdasarkan surah al-A’raf ayat 96.
2. Banyakkan doa dan zikir.
3. Banyakkan sedekah.
4. Berbuat baik kepada ibu bapa.
5. Banyakkan istighfar.
6. Solat Dhuha.
7. Melazimi surah al-Waqiah.
8. Beri makan kepada haiwan.
9. Jangan menyeksa haiwan.
10. Menyambung silaturrahim.
11. Membayar zakat.

Bila sudah dinamakan rezeki maka perlu diingat, bila ketentuan rezeki itu adalah milik kita, kepada kita juga ia akan datang. Tapi jika ketentuannya bukan milik kita, sekuat dan segagah mana pun usaha tak akan mampu untuk menariknya datang. Yang penting teruskan usaha kerana kita tidak tahu di mana ALLAH tempatkan rezeki itu dan hanya ALLAH yang lebih tahu bila ia akan diberi.

Bercakap soal rezeki teringat saya akan suatu kisah mengenai seorang hamba ALLAH yang bekerja sebagai penggali kubur. Yang ganjilnya mengenai hamba ALLAH ini ialah beliau bukan menggali kubur untuk menanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, hamba ALLAH ini akan datang dan gali semula kubur tersebut.

Tujuannya adalah untuk melihat rupa mayat setelah ‘bertemu’ malaikat Munkar dan Nakir. Setelah menggali 100 buah kubur hamba ALLAH ini menemui seorang alim dan bertanya kepadanya, “Wahai Imam, mengapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, hanya dua mayat di dalamnya masih menghadap kiblat? Selebihnya sudah membelakangi kiblat!”

Jawab orang alim tersebut, “Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu terletak di ‘tangan’ ALLAH. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezekinya di tangan ALLAH.”

Wallahu a’lam. Saya kurang pengetahuan tentang dalil kesahihan kisah tersebut. Tapi fokusnya begitu jelas iaitu mengenai kedudukan rezeki yang terletak di ‘tangan’ ALLAH. Kita mungkin tidak dapat menarik rezeki ‘sehebat’ Ibnu Sina , seorang hafiz yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya ilmu perubatan, tapi dengan meletakkan kepercayaan bahawa pembahagian rezeki ALLAH untuk setiap hamba adalah sama, setiap individu harus yakin bahawa ALLAH pasti kurniakan rezekinya pada setiap yang berusaha. Yakininya!

Rujukan:
http://rawatansyifa.blogspot.com/2010/03/amalan-menarik-rezeki-money-magnet-2.html
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=989.0
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/zuraidah.html

Best Regards

Noor Atikah binti Noordin
post from aisyahumyra.com and aisyahumyra.wordpress.com
16 Julai 2011M = 16 Syaaban 1432H
Sabtu

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: