SEPERTI MAHU UCAP SELAMAT TINGGAL (Bahagian Dua)

Exclusive post from aisyahumyra.com and aisyahumyra.wordpress.com

Salam semua!

Susulan daripada post yang lepas…

Alhamdulillah, dengan bantuan dan nasihat daripada beberapa orang penasihat aisyahumyra.com dapat diselamatkan. Walaupun hasil godaman tersebut meninggalkan sedikit kesan ke atas aisyahumyra.com, tapi cukup untuk buatkan saya mengambil tahu tentang langkah-langkah keselamatan daripada digodam.

Bercerita kembali detik-detik selepas digodam, perkara pertama yang disarankan kepada saya adalah dengan membuat aduan kepada ‘syarikat hosting‘ sama ada untuk khidmat nasihat atau bantuan. Alhamdulillah selepas mengeemelkan aduan, tindakan pantas syarikat Serverfreak Technologies Sdn Bhd telah menyekat serangan tersebut. Berikut merupakan emel balasan daripada pihak syarikat sehari selepas emel aduan saya (dah sebulan lebih bercuti semester jadi ‘senget’ jugalah kepala mereka ‘surat aduan’ dalam bahasa omputih..):

Salah satu perkara yang paling perlu diingatkan kepada setiap blogger ialah, AMALKAN MENYIMPAN BACKUP FILES supaya usaha anda selama ini (post blog sampai kadang-kadang tak tidur malam) tak lebur begitu saja. Kebetulan, saya ada terbaca satu post tentang how to fix a hacked WordPress blog dan bagi saya ia sangat menarik walaupun nampak rumit. Boleh ke bahagian ‘Rujukan’ untuk link ke halaman post tersebut.

Berdasarkan post ini, consultant tersebut juga ada tekankan bagi sesetengah kes di mana godaman akan berulang. Jadi selepas satu godaman, sentiasa ambil langkah berjaga-jaga supaya tidak perlu ‘merana’ sekali lagi. Saya katakan begitu kerana usaha untuk memulihkan blog yang digodam kadang-kadang mengambil masa dan memerlukan bantuan pakar (lebih-lebih lagi bagi seseorang yang tiada pengalaman atau pengetahuan luas tentang blog, HTML codes etc. macam saya hehe..). aisyahumyra.com sendiri pun masih lagi dalam fasa pemulihan.

Bila bangkitkan hal tentang sama ada saya akan teruskan penggunaan domain berbayar atau tidak, jujurnya saya masih belum sampai hati untuk ‘lepaskan’ aisyahumyra.com walaupun sekarang saya sedang dalam pembinaan satu lagi blog menggunakan free domain yang boleh dikatakan ‘kembar’ kepada aisyahumyra.com .

Mengikut pendapat Sifu Tiqa , antara pro-kons WordPress dan Blogspot, beliau lebih tertarik untuk sarankan pentas Blogspot. Buktinya, ramai blogger terkenal pun menggunakannya. Bukan sahaja cantik, malah blog-blog mereka dapat menarik bilangan pembaca yang ramai. Pada pandangan mata hati saya pula, Blogspot atau WordPress atau selainnya hanyalah pentas. Yang paling penting adalah pengisiannya. Pemikiran ‘Aiman tak kisah’…

Kesimpulannya, selamat berkenalan dengan aisyahumyra.wordpress.com !

Rujukan:
http://www.jtpratt.com/how-to-fix-a-hacked-wordpress-blog

Best regards

Noor Atikah binti Noordin
Exclusive post from aisyahumyra.com and aisyahumyra.wordpress.com
12 Julai 2011M = 10 Sya’ban 1432H
Selasa

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: