SEPERTI MAHU UCAP SELAMAT TINGGAL

Salam buat seluruh alam!

 

Pertengahan Jun lalu kita semua dikejutkan dengan serangan bertubi-tubi penggodam terhadap berpuluh-puluh laman web berprofil tinggi di Malaysia oleh penggodam yang menamakan diri mereka Anonymous. Walaupun isu ini merupakan isu besar yang melanda Malaysia tapi secara jujurnya saya kurang ambil tahu tentang perkembangan isu ini.

 

 

Tup tup.. sempana bulan Julai ini aisyahumyra.com pula yang menjadi mangsa penggodam. Aiseh! Bila batang hidung sendiri yang kena baru terasa betapa panasnya hati bila hak milik kita sewenang-wenangnya diperlakukan sesuka hati. Dan setakat post ini ditulis aisyahumyra.com masih lagi dalam wad ICU.

 

Menurut sumber, serangan itu dilancarkan oleh kumpulan ‘anonymous’ sebagai tindak balas terhadap ketegasan kerajaan Malaysia mengenakan sekatan terhadap Internet, tayangan filem serta siaran televisyen. Bahagian footer laman web cidb.gov.my yang telah digodam Anonymous pada 14 Jun 2011 pula berbunyi begini:

 

Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people.

 

This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.We are Anonymous , We are Legion, We do not forgive, We do not forget, Expect us.

 

Yang menjadi kepelikannya, apa motif dan faedah yang si penggodam dapat bila hack aisyahumyra.com ? Nak kata saya menyokong perhimpunan BERSIH 2.0, sebelum ini tiada pun sebarang kenyataan yang saya keluarkan dalam aisyahumyra.com berkaitan isu tersebut. Berhubung sekatan yang dilakukan Malaysia pula, pada saya ia adalah sesuatu yang positif dan patut disokong. Kalau boleh disekat semua jenis laman web yang tidak bermanfaat, silakan! Hai, masyarakat…kalau pun nak jadi hacker, jadilah yang bermanfaat untuk AGAMA, BANGSA dan NEGARA, okey!

 

Yang lebih pelik lagi walaupun ‘anak’ masih sakit, mungkin kerana sudah bersedia dengan kebarangkalian untuk digodam, hati masih lagi boleh cool. Terlalu cool pun masalah juga sebenarnya. Sebabnya saya mula tertanya-tanya berapa tinggi rasa sayang saya pada ‘anak’ saya yang satu itu. Semacam kurang rasa sayang mungkin.

 

Jujurnya sejak menjejakkan kaki di UUM, dalam kesesakan menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan dan menyesuaikan diri dengan satu lagi peringkat pendidikan, saya mula berkira-kira untuk mengucapkan selamat tinggal kepada aisyahumyra.com .

 

Bukan bermakna meninggalkan dunia blog secara total, tetapi meninggalkan penggunaan domain berbayar buat sementara waktu atau kekal dan beralih kepada domain percuma. Sekurang-kurangnya kalau menggunakan domain percuma, saya tidak perlu terlalu fikirkan tentang isu ‘kilang tanpa hasil’ atau dalam erti kata yang lebih mudahnya blog tanpa post. Kesannya sudah tentulah liabiliti yang perlu ditanggung atas pembayaran tahunan domain berbayar. Lagipun, bak kata Sifu Tiqa, “Blogger famous pong guna blogspot (free domain). Tak payah pening2. =P”

 

Semuanya bergantung kepada keadaan aisyahumyra.com selepas ‘sembuh’ nanti sebab yang paling saya ingin selamatkan adalah ‘harta-harta’ di dalamnya . Semoga keadaan aisyahumyra.com tidak memaksa hukuman mandatori ini dijalankan!

 

Apa pun keputusan saya nanti pasti akan dimaklumkan melalui Facebook. Sementara itu sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk aisyahumyra.com . Ameen..

 

 

p/s: Ada sesiapa yang boleh bantu tak? =_=

 

 

Rujukan:
Utusan Malaysia Online
denaihati.com
amanz.my
en.wikipedia.org

 

 

 

Best regards

 

Noor Atikah binti Noordin
8 Julai 2011M = 6 Sya’ban 1432H
Jumaat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: