KISAH SELEPAS BERKAHWIN…

10 Julai lepas saya berkesampatan menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan sekolah. Sebenarnya itulah kali kedua dalam sejarah hidup saya dapat hadir ke majlis perkahwinan rakan setelah 24 tahun walaupun setakat ini sudah makin ramai rakan-rakan sekolah yang berumah tangga. Kali pertama ialah semasa majlis perkahwinan seorang sahabat. Dalam majlis tersebut sempat jugalah bergambar dan melepaskan rindu pada rakan-rakan yang sudah lama tak berjumpa.

 

 

Bercakap tentang berumah tangga, sedang saya menyelak-nyelak Majalah Anis keluaran Februari 2010, Read the rest of this entry »

Advertisements

TIPS KESIHATAN: IODIN UNTUK HATI (bahagian akhir)

Sambungan dari TIPS KESIHATAN: IODIN UNTUK HATI (bahagian 2)

 

 

Keenam: Bersangka baik dengan orang lain.

 

Hubungan suci sesama manusia merupakan syariat Islam. Berlapang dada, mesra, kasihan belas, ukhuwah dan berkasih sayang adalah asas dalam perhubungan. Menjadi kewajipan untuk kita mengekalkan hubungan sesama manusia. Kita hendaklah bersangka baik dan menjauhkan sikap memandang serong kepada amalan, pegangan dan perkataan orang lain. Berbaik sangka disebut sebagai husnuzzon.

 

Jika diperhatikan hubungan sesama muslim, kita dapati satu fenomena yang mendukacitakan, dengan ikatan persaudaraan yang sudah terungkai, disebabkan oleh prasangka buruk dan tuduhan yang tidak berasas yang dikenali pula sebagai su’uzzon (bersangka buruk). Read the rest of this entry »

TIPS KESIHATAN: IODIN UNTUK HATI (bahagian 2)

Sambungan dari TIPS KESIHATAN: IODIN UNTUK HATI (bahagian 1)

 

 

Keempat: Luahkan perasaan.

 

Ya, sebenarnya ini adalah salah satu cara yang paling efektif untuk merawat hati yang terluka. Luahkan perasaan anda! Manusia perlu didengar kata-katanya seperti mana dia memerlukan makanan. In fact, ada banyak pilihan sebenarnya untuk anda meluahkan masalah anda. Pertama, kepada Tuhan seperti berdoa. Kedua,mengadu kepada orang yang paling dipercayai seperti ibu bapa dan sahabat. Ketiga, terus kepada sumber masalah anda. Read the rest of this entry »

TIDAK SEHEBAT IBNU SINA

Khamis (23 Jun) lepas, saya tergerak untuk buka emel setelah lebih dua minggu menyepi dari dunia maya. Sedang asyik men‘deleteunread emails, jiwa men ‘delete’ jadi tak keruan bila terbaca salah satu notification email dari Facebook; keputusan peperiksaan akhir semester sudah keluar!

Bagi kebanyakan pelajar, antara dua perkara yang paling ditakuti dan paling mahu dielakkan adalah sewaktu peperiksaan akhir dan sewaktu menerima keputusan peperiksaan akhir tersebut. Pertamanya kerana pada waktu peperiksaan akhirlah semua pengetahuan sepanjang semester akan teruji, manakala keputusan peperiksaan pula adalah gambaran tahap pengetahuan sebenar yang telah dikuasai (walaupun terdapat beberapa pro-kons di situ). Read the rest of this entry »

SEPERTI MAHU UCAP SELAMAT TINGGAL (Bahagian Dua)

Exclusive post from aisyahumyra.com and aisyahumyra.wordpress.com

Salam semua!

Susulan daripada post yang lepas…

Alhamdulillah, dengan bantuan dan nasihat daripada beberapa orang penasihat aisyahumyra.com dapat diselamatkan. Walaupun hasil godaman tersebut meninggalkan sedikit kesan ke atas aisyahumyra.com, tapi cukup untuk buatkan saya mengambil tahu tentang langkah-langkah keselamatan daripada digodam.

Bercerita kembali detik-detik selepas digodam, perkara pertama yang disarankan kepada saya adalah dengan membuat aduan kepada ‘syarikat hosting‘ sama ada untuk khidmat nasihat atau bantuan. Alhamdulillah Read the rest of this entry »

SEPERTI MAHU UCAP SELAMAT TINGGAL

Salam buat seluruh alam!

 

Pertengahan Jun lalu kita semua dikejutkan dengan serangan bertubi-tubi penggodam terhadap berpuluh-puluh laman web berprofil tinggi di Malaysia oleh penggodam yang menamakan diri mereka Anonymous. Walaupun isu ini merupakan isu besar yang melanda Malaysia tapi secara jujurnya saya kurang ambil tahu tentang perkembangan isu ini.

 

Read the rest of this entry »