TUTORIAL: ADOBE PHOTOSHOP – FILTER THE BACKGROUND

Exclusive post from aisyahumyra.com

OK, untuk pelajaran kedua ini kita akan belajar teknik filtering the background. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa saya tiba-tiba ‘berubah angin’ dengan tutorial image editing pula.

Komen saya, “Take 5 sekejap. Rilekskan minda dengan sesuatu yang ringan dan fun. Macam iklan KitKat – Berehat sebentar bersama-sama KitKat.” (Eh, ada kaitan ke?)

Tajuk: Filter the Background
Versi: Adobe Photoshop 7.0
Penerangan: Teknik ini sesuai untuk menonjolkan sesuatu imej dengan mengaburkan latar belakang gambar.

Langkah:

Buka gambar anda. Untuk tutorial kali ini saya ingin menonjolkan imej kereta pada gambar.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menyalin (duplicate) gambar. Klik LAYER >> DUPLICATE LAYER. Satu kotak akan keluar. Untuk salinan gambar ini saya namakan ‘Duplicate’.

Gunakan LASSO TOOL dan lukiskan mengikut bentuk subjek pada gambar yang ingin ditonjolkan seperti ini.

Setelah selesai, klik SELECT >> FEATHER. Satu kotak akan muncul. Setkan FEATHER RADIUS kepada 50 PIXELS atau yang mengikut kesesuaian gambar anda.

Kemudian pergi ke LAYER >> NEW >> LAYER VIA COPY.

Next, pilih semula fail ‘Duplicate’ tadi.

Untuk fail ‘Duplicate’ ini saya akan kaburkan latar belakang supaya imej kereta dapat ditonjolkan. Latar belakang untuk gambar ini saya ingin kaburkan menggunakan teknik ‘Crosshatch’. Klik FILTER >> BRUSH STROKES >> CROSSHATCH. Satu kotak akan muncul. Setkan kekaburan mengikut citarasa anda. Untuk Crosshatch ini, saya setkan Stroke Length: 25, Sharpness: 10, dan Strength: 2.

And… Siap!

Aha, tapi selain taknik Crosshatch, anda juga boleh guna Dark Strokes, Spatter, Sprayed Strokes dan sebagainya untuk sentuhan teknik yang berbeza.

Dark Strokes

Spatter

Sprayed Strokes

Selamat mencuba! 🙂

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
30 Jun 2011M = 28 Rejab 1432H
Khamis
____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: