TIPS KESIHATAN: IODIN UNTUK HATI – LOBAK, TELUR ATAU KOPI?

Exclusive post from aisyahumyra.com

A:
Beb, kau kenapa? Macam ada masalah aje aku tengok.

B:
Hmm… Biasalah. Aku stress sikit. Macam-macam masalah timbul. Kenapalah aku dipilih untuk hadapi semua dugaan ini?

A:
Let’s talk about this, shall we?

B:
Shukran jazilan, beb. Aku cuma perlukan ‘secangkir teh pengubat letih’ dari kau. Please give me your best shot.

A:
Dear friend, jom masuk dapur. Kita masak something sikit hari ini, okey?

B:
What? Masak?

A:
Beb, I will show you how to make your ‘secangkir teh’. Come please.

B:
What do we have here? Sebatang lobak, sebiji telur dan sesudu serbuk kopi… kau nak masak apa dengan tiga benda ni? Lobak masak telur berkuahkan kopi ke? Hehe…

A:
You’ll see. Now, tolong aku rebus telur, lobak dan serbuk kopi ini dalam tiga periuk berasingan. Biarkan sampai mendidih airnya.

B:
Okey, dah mendidih. Then?

A:
Masukkan ketiga-tiganya dalam bekas yang berasingan. Sekarang apa yang kau nampak?

B:
Lobak, telur dan kopilah.

A:
Spesifik sikit. Cuba pegang lobak itu. Bagaimana keadaannya?

B:
Obviously lembik.

A:
Telur? Pecahkan dan lihat bagaimana keadaan di dalamnya.

B:
Kau ni, telur rebus ni dah direbus mestilah jadi pejal. Takkan jadi asap pula.

A:
Hehe… Fine. Now cuba hidu dan rasa kopi ini pula.

B:
Wah, bau aromanya cukup wangi. Rasa dan aroma kopi. Beb, cuba kau explain sikit apa yang kau cuba sampaikan pada aku.

A:
Semua bahan ini dididihkan dalam jangka masa yang sama, kan?

B:
Exactly. Jadi?

A:
Lihat lobak ini. Mulanya ia keras. Tapi selepas dididihkan, ia jadi lembik. Nak diangkat pun payah. Silap angkat, boleh hancur jadinya. Lihat pula telur. Sebelum dididihkan, kulitnya yang rapuh melindungi isinya yang lembut. Selepas dididihkan, isi yang lembut pun bertukar menjadi pejal. Beku dan keras.

B:
Betul.

A:
Lihat pula serbuk kopi. Berbeza benar dari lobak dan telur tadi. Sebelum dikisar menjadi serbuk, ia pepejal. Keras. Setelah menjadi serbuk, mudah pula larut dalam air panas. Sifat asalnya hilang. Ia larut seolah-olah mengalah kepada air panas, tapi ia berjaya mengubah rasa, warna dan bau air tadi. Air yang jernih telah berubah sepenuhnya menjadi air kopi. Jati diri kopi tidak berubah walaupun ia larut dalam air panas, bahkan ia berjaya mangubah air kosong menjadi air kopi!

B:
Metafora kau terlalu tinggi. Cuba terangkan dalam bahasa yang lebih mudah.

A:
Begini. Lihat sifat lobak ini. Mulanya keras dengan warna yang gemilang, menjadi lemah dan lembik bila dilanda ujian dan cubaan dalam kehidupan. Meratap sepanjang hidup atas nasib malang yang menimpanya. Tercari-cari pula kepada siapa pula yang patut dipersalahkan atas ‘panas’nya penderitaan yang melanda.

Atau lihat pula telur. Mulanya memiliki hati yang lembut, kemudiannya menjadi keras bila menghadapi ujian dan cabaran kehidupan. Fizikalnya nampak masih sama, tapi dalamannya keras. Tercari-cari kepada siapa dendamnya hendak dibalas atas ‘panas’nya penderitaan yang melanda. Mengukur-ukur berapa tebal tembok yang perlu dibina antara diri dengan ‘penjahat-penjahat’ yang membuat hidup susah.

B:
Bagaimana pula dengan kopi?

A:
Renungi sifat kopi. Jati dirinya tidak pernah hilang walaupun telah dikisar dan dimasukkan pula ke dalam air mendidih hingga hilang sifat luarannya. Ujian dan cabaran tidak pernah dapat mengubah jati dirinya. Ia pasrah menerima apa jua cabaran yang mendatang. Prinsip dan nilai kebenarannya tidak pernah terbunuh dan tidak menjauhkan dari matlamat kehidupan sebagai khalifah dan hamba ALLAH di muka bumi.

Lebih banyak cabaran dan rintangan, potensi diri terus berkembang sampai mampu pula beri inspirasi dan motivasi kepada orang lain. Dari pengalaman menghadapi ke’panas’an, mampu pula membimbing orang lain.

Now, look deep inside yourself, dear friend. Which one are you? Lobak, telur atau kopi?

InshaALLAH, Dia menyayangi kau. Sebab itulah dipilihnya kau…

***

“Salam Rahmat buatmu wahai hamba-Ku. Aku ar-Rahman ar-Rahim. Aku inginkan kesejahteraan buatmu. Maka terimalah ketentuan takdir-Ku sebagai peluang untuk cinta antara kita berpadu supaya engkau dapat kembali kepada-Ku di alam yang kekal abadi.” – al-Hasyr ayat 22-24.

Saya masih merenung…

*Rujukan: Majalah Anis. Terapi Hati: Antara Lobak, Telur dan Kopi. Halaman 4. Edisi Ogos 2010.

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
10 Jun 2011M = 8 Rejab 1432H
Jumaat

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: