TIPS KESIHATAN: IODIN UNTUK HATI (bahagian 1)

Exclusive post from aisyahumyra.com


Dalam blog fsyamimi.blogspot.com, adik saya ada describe some info tentang saya. ‘Selalu jadi kaunselor tak bergaji’ katanya. Dalam tak sedar mungkin ada betulnya kata adik saya itu. Hmm..mungkin suatu hari nanti saya boleh jadikan ‘part-time job’ ini sebagai pekerjaan tetap. Apa pendapat anda?

Ok, enough for the advertisement. Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas saya telah didatangi oleh suatu soalan yang berbunyi,

“Kak, macam mana nak bersihkan hati yang sering terluka? Dah try pakai iodin tapi tak baik juga..”

Parah masalah adik saya yang seorang ini. Kes terasa hati. Dengarnya seperti remeh tapi masalah yang dipendam walaupun pada mulanya sekecil-kecil biji zarah sekalipun akan membarah juga kalau tidak dirawat sebaiknya.

Sesuatu yang sangat saya puji pada sikap adik tersebut adalah dia tidak bertanya pada saya bagaimana untuk memperbaiki sikap orang lain, atau dalam erti kata lain dengan secara langsung tidak menyalahkan sikap orang lain yang menyebabkan hatinya terluka, sebaliknya adik tersebut mahu memperbaiki diri sendiri. Ini mengingatkan saya pada kata pujangga yang berbunyi,

“Jangan cuba untuk melawan arus kerana hasilnya hanya kesakitan tapi belajarlah untuk menempuh setiap halangan di sepanjang arus. Nescaya anda akan sampai ke tempat tujuan dengan sejahtera.”

Maksudnya, bila berada di sesuatu tempat atau keadaan, jangan harapkan tempat atau keadaan akan menjadi seperti yang kita mahukan. Itu angan-angan kosong namanya. Perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan berubah mengikut tempat atau keadaan, tapi pada masa yang sama masih berpegang pada prinsip diri. Dalam erti kata lain, adapt with the situation.

Berikut merupakan suatu jalan daripada banyak-banyak jalan untuk membantu menyembuhkan luka di hati. Saya doakan supaya pengetahuan saya ini dapat membantu adik tersebut dan juga mereka di luar sana termasuk saya untuk merawat hati yang terluka. Ingin saya tekankan di sini bahawa apa yang saya cadangkan mungkin bukanlah jalan terbaik yang boleh dilakukan, tapi inshaALLAH mengikut pengalaman dan pengetahuan, perkongsian ini mampu menjadi salah satu penyelesai masalah. Semoga bermanfaat.

Pertama: Istiqamahkan bacaan Surah Yasin.

Apa saja yang anda buat dan setiap perkara yang anda harapkan, pastikan pengharapan pertama anda adalah pada ALLAH SWT. Terdapat banyak cara untuk mendekatkan diri dengan ALLAH tapi amalan ini merupakan yang paling mudah dan menjadi pilihan bila saya menghadapi masalah.

Seorang sahabat yang pernah menjadi pendengar masalah saya telah memberi nasihat supaya dibacakan Surah Yasin sambil diniatkan untuk disedekahkan bacaan itu kepada orang yang mendatangkan masalah kepada saya. Contohnya, sekiranya anda berselisih faham dengan seorang rakan, bacalah Surah Yasin ini dan niatkan untuk disedekahkan kepada rakan tersebut. Niatkan juga agar dilembutkan hati rakan itu dan juga hati anda kerana kadang kala masalah yang timbul bukan berpunca daripada satu pihak sahaja. Semoga dengan niat itu, hati anda dan hati rakan tersebut akan lebih terbuka dan mudah untuk memaafkan dan mencari jalan penyelesaian.

Saya sangat mencadangkan agar bacaan ini dijadikan sebagai amalan harian. InshaALLAH, anda akan dapati masalah lain juga akan menjadi ringan kerana khasiat yang terkandung dalam Surah Yasin.

Kedua: Lihat gelagat haiwan atau anak kecil atau orang yang disayangi.

Dengan melihat gelagat haiwan atau anak kecil atau orang yang disayangi dapat menerbitkan rasa kasih sayang, belas kasihan dan kedamaian. Saya menjangkakan akan timbul persoalan di sini iaitu apa kaitannya kasih sayang, belas kasihan dan kedamaian dengan mengubat hati yang terluka?

Bagini, perasaan marah atau benci akan wujud apabila seseorang itu merasa terluka. Sifatnya yang negatif lebih dekat dengan sifat api. Lawan kepada sifat api adalah air. Perasaan positif yang berlawanan dengan perasaan marah atau benci adalah kasih sayang dan cinta.

Bila perasaan positif telah timbul, inshaALLAH hati akan menjadi lebih lembut untuk menerima, akal akan jadi lebih rasional untuk berfikir dan kata-kata akan jadi lebih lunak untuk didengar. Mungkin tidak perlu dibuktikan lagi bahawa orang-orang yang benci pada haiwan dan kanak-kanak adalah pemilik hati yang keras, jadi putikkanlah perasaan kasih sayang dalam diri.

Ketiga: Lihat air yang mengalir dan tumbuhan hijau.

Seperti juga dengan melihat gelagat haiwan atau anak kecil atau orang yang disayangi dapat menerbitkan rasa kasih sayang, belas kasihan dan kedamaian, melihat air yang mengalir dan tumbuhan hijau dapat menghasilkan ketenangan. Kedua-duanya membawa elemen positif. Sifat positif yang terhasil daripada air dan tumbuhan adalah sejuk. Hasilnya, hati akan lebih tenang.

Selain itu ada juga perkara lain berkaitan dengan air dan tumbuhan yang anda boleh buat untuk tenangkan hati yang sedang sakit. Misalnya minum air (kosong), berwuduk, mandi, meniram pokok bunga, bercucuk taman dan sebagainya. Tak percaya? Memang kedengaran remeh dan macam tak kena. Apa kata anda cuba dulu…

To be continued

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
7 Februari 2011M = 4 Rabiulawwal 1432H
Isnin

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

2 Comments

  1. Atieshu said,

    09/02/2011 at 12:01

    Salam…

    Whoa, tips yang baguih ni. Memang elok diamalkan.
    Tips dalam gambar dan tips no satu dari Sis pon dah buat hati saya terbuka.
    Apatah lagi yang seterusnya dan seterusnya, kan ??
    Rasanya… eloklah kalau bahagian 2 nya tu dipercepatkan. HAHA =D


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: