JOM BLOGGING

Exclusive post from aisyahumyra.com


4-5 hari ini saya kembali di’sesak’kan dengan satu assignment, suatu pembukaan tahun baru yang sungguh ‘menarik’. Oleh itu saya dengan tekunnya perlu menyiapkan assignment tersebut sampai terpaksa skip post pembukaan bagi tahun baru 2011. Lebih-lebih lagi saya cuma ada masa kurang 2 minggu sebelum due date (7 Januari 2011).

Apa pun alasannya, sebenarnya assignment tersebut bukanlah dipertanggungjawabkan kepada saya. Saya cuma seorang yang meng’offer’kan diri untuk menyiapkan tugasan itu. Bukan kerana merasakan diri sudah cukup bagus, tapi pengalaman dan minat yang mendalam banyak mendorong saya untuk turut menyibuk sekali. Lagipun semester baru belum lagi bermula (bagi pelajar UUM), jadi saya tiada komitmen lain yang terbeban.

Agak menarik untuk dipersembangkan di sini bahawa tugasan seperti ini semacam sudah jadi suatu trend di kalangan pensyarah IPT. Basically saya sendiri pun sebelum ini pernah diberi tugasan yang sama, cuma tema saja yang berbeza. Assignment yang saya maksudkan di sini ialah BLOGGING.

Tugasnya ialah pelajar perlu membina satu blog secara berkumpulan atau perorangan mengikut tema tertentu. Contoh tema tugasan yang saya terima untuk dipilih ialah motivasi, alam sekitar dan gejala sosial. Markah akan dikira berdasarkan unsur kreatif pada blog, post dan presentation.

MyMotivasiOnline.blogspot.com

mymotivasionline.blogspot.com yang saya bangunkan selama 2 bulan sambil bergelut dengan tugasan-tugasan lain merupakan percubaan pertama saya secara serius dengan Blogspot. Sengaja saya pilih Blogspot, tak mahu pengetahuan tentang blog hanya terangkum di pentas WordPress.

fsyamimi.blogspot.com

fsyamimi.blogspot.com pula walaupun hanya mengambil masa kurang 2 minggu untuk dibangunkan dan sedikit sebanyak mengikut cita rasa the real owner, cukup untuk membangkitkan rasa puas sebab terma, ‘Blogspot merupakan pentas termudah untuk berblogging’ sudah terbukti benar haha… (gelak puas hati!)

Bila difikir-fikirkan balik, ‘fenomena’ blogging ini merupakan pengukuran penting terhadap pengetahuan information and communication technology (ICT) di kalangan remaja masa kini. Adalah sangat penting untuk generasi muda kini mempunyai pengetahuan ICT bagi menempun cabaran era globalisasi masa depan dan ledakan teknologi maklumat.

Sekiranya seseorang individu itu terkebelakang tentang pengetahuan ICT, ini bermakna kemungkinan besar juga kedudukannya dalam persaingan era ini turut sama terkebelakang. Jadi, di sini saya amat menggalakkan pembaca-pembaca di luar sana untuk bersama-sama mengembangkan pengetahuan ICT dan secara tidak langsung turut mengembangkan ilmu pengetahuan lain dengan blogging.

Sampai jumpa! Salam blogging.


Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
5 Januari 2010M = 30 Muharram 1432H
Rabu

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

2 Comments

  1. Atieshu said,

    05/01/2011 at 10:43

    YA, saya setuju dengan Sis.
    Baru tahu ke mudah ? HAHA(gelak puas hati juga) =P

    • Noor Atikah said,

      05/01/2011 at 21:57

      kihkih… yela, lau x nak upload new template pon taktau camner haha..
      skang nie yang penting kene pandai cari resource untuk maklumat
      (sebahagian daripada proses mencari ilmu…)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: