JOM BLOGGING

Exclusive post from aisyahumyra.com


4-5 hari ini saya kembali di’sesak’kan dengan satu assignment, suatu pembukaan tahun baru yang sungguh ‘menarik’. Oleh itu saya dengan tekunnya perlu menyiapkan assignment tersebut sampai terpaksa skip post pembukaan bagi tahun baru 2011. Lebih-lebih lagi saya cuma ada masa kurang 2 minggu sebelum due date (7 Januari 2011).

Apa pun alasannya, sebenarnya assignment tersebut bukanlah dipertanggungjawabkan kepada saya. Saya cuma seorang yang meng’offer’kan diri untuk menyiapkan tugasan itu. Bukan kerana merasakan diri sudah cukup bagus, tapi pengalaman dan minat yang mendalam banyak mendorong saya untuk turut menyibuk sekali. Lagipun semester baru belum lagi bermula (bagi pelajar UUM), jadi saya tiada komitmen lain yang terbeban.

Agak menarik untuk dipersembangkan di sini bahawa tugasan seperti ini semacam sudah jadi suatu trend di kalangan pensyarah IPT. Basically saya sendiri pun sebelum ini pernah diberi tugasan yang sama, cuma tema saja yang berbeza. Assignment yang saya maksudkan di sini ialah BLOGGING. Read the rest of this entry »