EH, TAK ADA AIR KE?

Exclusive post from aisyahumyra.com



Cegah pembaziran air!

Huh! Sejak dari SIIUC sampai ke UUM, tak ada soalan lain ke nak tanya? Alih-alih soalan yang sama, ayat yang sama, rhythm pun sama. Tapi yang bertanya itu bukan orang yang sama. Dan kadang-kadang saya sendiri pun tak mengenali si penyoal tersebut. Pelik… pelik… Luar biasa sangatkah apa yang saya buat ini?

Sudahnya, saya putar kepala paip dua tiga kali supaya air mengalir laju sekaligus menjawab soalan tersebut. Malas nak jawab. Yelah, saya tengah asyik berwuduk ada pulak yang sibuk tanya itu ini. Lagipun ikut hukumnya makruh bercakap ketika wuduk.

‘Oh, ingatkan tak ada air hehe..’ Tahu dah, itulah jawapan standard beliau. Dalam tak sedar tu sempat jugalah saya tersenyum sorang-sorang. Hai, masyarakat…

Soalan, ‘Eh, tak ada air ke?’ ini banyak mengundang persoalan di fikiran saya. Bukan sebab soalan itu yang pelik tapi bila sudah selalu sangat ditanya, rasanya mungkin cara ambil wuduk saya yang menerbitkan rasa pelik.

Seingat saya, untuk berwuduk selalunya saya akan buka air dengan diameter air yang keluar kurang dari diameter standard sebatang pensil. Yelah, membazir kot kalau gunakan air yang banyak. Lagipun saya sungguh tak reti guna ‘shortcuts’ semasa berwuduk jadi kalau buka air dengan banyak sudah tentu banyak juga air yang berjaya dibazirkan. Jadi pelik sangat ke kalau saya ambil wuduk menggunakan water pressure yang rendah?

Gunakan air sekadarnya.

Aha, memang pelik. Sebab apa? Sebabnya, sifat membazir air ini memang sukar dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Boros dalam menggunakan air ini amat ketara sebab kita hidup dalam iklim tropika yang lembap dan tinggi kadar taburan hujannya, maka kita kurang sedar betapa tingginya nilai setitik air.

Bila difikir-fikir balik, mungkinlah sifat boros ini terjadi sebab kita di Malaysia jarang mengalami masalah air. Selalu juga saya lihat orang kita menggunakan air yang banyak untuk berwuduk padahal hari sebelumnya air baru saja dicatu. Semacam tak ada rasa insaf langsung dalam diri tentang betapa sukarnya hidup tanpa air dan betapa berharganya air walau setitis.

Berbanding dengan pengguna lain di Malaysia, Rasulullah SAW sendiri biasanya mandi dengan menggunakan 4 hingga 5 mud air dan berwuduk hanya dengan satu mud air (Hadis Riwayat Jama’ah dari Anas RA: satu mud = 2 cebuk tangan = 40 sentimeter padu). Jadi walaupun ramai yang pelik, secara kesimpulannya air yang saya gunakan ketika berwuduk itu masih dikira di tahap membazir.

Membazir air ini tidak semestinya hanya dikaitkan dengan penggunaan air kolah dan air paip, malah sekalipun berada di laut atau di sungai. Rasulullah SAW sendiri pun sentiasa mendidik sahabat-sahabatnya akan budaya menjimatkan air sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis. Rasulullah SAW pernah menegur Saad kerana kelihatan boros dalam penggunaan air. Saad bertanya, “Apakah terhadap air juga dikatakan boros?” Nabi SAW menjawab, “Ya, hatta jika engkau berada dalam sungai yang mengalir airnya.” – Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.

Saad bertanya, “Apakah terhadap air juga dikatakan boros?” Nabi SAW menjawab, “Ya, hatta jika engkau berada dalam sungai yang mengalir airnya.”

Pembaca-pembaca sekalian, marilah kita hayati sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Abdullah Ibnu Mughaffal RA yang bermaksud, “Akan muncul segolongan dari umatku yang melampaui dalam hal bersuci dan berdoa.” Bersama-samalah kita berusaha untuk menjauhi sifat memboros ini supaya tidak digolongkan dalam golongan yang dikatakan Nabi SAW tadi.

(Rujukan: http://qawudukdanmandi.blogspot.com/2008/12/membazir-dalam-berwuduk.html)

CHOP!

Saya ada suatu persoalan yang masih membelenggu sampai sekarang yang berkaitan dengan tajuk di atas. Apa bezanya di antara a person yang ambil wuduk menggunakan air yang banyak tapi cepat dan ringkas penyempurnaan wuduknya dengan another person yang ambil wuduk menggunakan air yang sedikit tapi sedikit lambat penyempurnaan wuduknya, ceteris peribus. Dalam kes ini penggunaan air tersebut sekiranya dihitung secara kasar akan kelihatan seperti sama kuantitinya. Mana satu yang lebih baik dan paling kurang membazir? Any idea anybody?

*Ceteris peribus: tanpa mengambil kira faktor-faktor lain

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
30 Disember 2010M = 24 Muharram 1432H
Khamis

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

4 Comments

  1. 03/01/2011 at 15:42

    Asslmua’laikum…
    Bagus penyampaian tentang wuduk ni..i like it. Termuhasabah dgn pengisian akak..sbb kdg2 tak perasan diri ini terlebih guna air wuduk dek rasa seronok nak berwuduk. terlupa pulak bnyak guna air itu memebazir, dan membazir amalan syaitan. For the question, i also try to find out about that, and still did nor get the answer. If u get the answer, please inform me ya sis…salam ukhuwah..jauh d mata dekat d hati…:)

    • Noor Atikah said,

      04/01/2011 at 00:17

      wa’alaikumussalam adah sayang…

      hehe… insyaALLAH semoga info ini dapat dimanfaatkan bersama..
      dah lama akak nak tulis artikel nie tapi ni baru ada masa..
      just nak ingatkan yer, walaupun amik wuduk guna air yang banyak tu membazir tapi kalau kita berwuduk dalam keadaan kita masih ada wuduk (contohnya: walaupun wuduk solat maghrib masih ada, kita perbaharui wuduk untuk solat isya’), ini tak dikira membazir yer adik2 hehe..

      insyaALLAH… kalau akak lupa inform adah, rajin2 lar refer bog akak yer :))

  2. Atieshu said,

    03/01/2011 at 18:39

    Aduh… terkena jugak saya. Saya pon macam tu jugak sebab kalau guna air sikit saya berada di tahap kurang yakin dengan wudhu saya sempurna ke tidak. Tapi, tidaklah guna air pada kuantiti yang besar. Sampai terpercik2 tu. Besar sikit je =P

    Kak, saya ada benda nak refer kat akak ni. Nanti saya hantar email. Jangan tunggu, cek je bila ada masa. =]

    • Noor Atikah said,

      04/01/2011 at 00:26

      takpe… try gune air kecik sket pelan2
      bia sikit tapi istiqamah kata Nabi SAW 🙂

      ukeh! takde hal nak refer pape pon. lau akak dapat bantu, akak bantu.. hui, suspen2..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: