AKU KEMBALI!

Exclusive post from aisyahumyra.com

Salamullahi’alaykum warahmatuhu wabarakatuh!

Akhirnya saya kembali setelah lebih 3 bulan saya menghilang. Rasanya masa 3 bulan sudah cukup lama untuk menerbitkan rasa rindu Sifu Tiqa (miss you too Sifu!) dan mereka-mereka yang selalu menjenguk aisyahumyra.com pada new updates saya.

Well, saya sendiri pun terasa kehilangan bila terpaksa melupakan sebentar ‘anak kesayangan’ saya ini. Melupakan sampai saya sendiri pun terpaksa study semula tentang WordPress kerana semua ‘shortcuts’, ‘applications’ dan perkara-perkara berkaitan weblog hampir hilang dari kotak memori. Serabut… serabut…  Hahaha… Tragic isn’t it?

‘Ke mana saya?’ – Soalan popular setakat ini.

Well, jawapan pasti dari saya – ‘Tidak ke mana-mana. Saya cuma kekangan waktu untuk manulis. Menjenguk sekadarnya bila wireless line di tahap sekurang-kurangnya low.’

‘Takkan tiada waktu langsung?’ – Sambung soalan tadi.

‘Ada… bukan untuk aisyahumyra.com, tapi untuk kembara mencari ilmu mengharung buku-buku.’

Sebenarnya ketiadaan saya banyak terpengaruh oleh sibuknya kembara di menara ilmu. Saya masih ingat post terakhir saya pun saya sediakan dalam keadaan tergesa-gesa. Bila review balik post itu, ALLAHuakbar! Tutup mata sajalah!

Masa! Faktor terpenting yang paling saya bimbangi selepas dikhabarkan tentang permohonan kemasukan ke IPTA sesi pertama ambilan kedua saya diterima/berjaya. Saya akan ‘tercampak’ nun jauh ke Sintok, Kedah Darul Aman, negeri yang baru-baru ini dilanda banjir. Universiti Utara Malaysia (UUM) nama tempatnya.

Jadinya memandangkan saya tidak berkesempatan untuk menghadap aisyahumyra.com seperti sebelumnya, banyak juga informasi-informasi baru yang tak sempat saya kongsikan bersama. Apa pun, marilah kita semua berdoa semoga selepas ini saya diberikan kekuatan istiqamah dan kesempatan masa untuk berkongsi ilmu untuk menepati maksud hadis Nabi SAW yang bermaksud,

Sampaikan olehmu dariku walau sepotong ayat.

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan. Nantikan post terkini dari saya sedikit masa lagi, insyaALLAH dan jumpa lagi.

Wallahu a’lam.

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
24 Disember 2010M = 18 Muharram 1432H
Jumaat, salam penuh berkat!

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

2 Comments

  1. Atieshu said,

    27/12/2010 at 18:52

    Salam…

    Ye, memang rindu ok. Berapa kali jenguk tak update2 jugak. Geram je. HEHE.
    Congrates, Sis ! Semoga berjaya dalam hidup untuk mencari Ilmu.

    • Noor Atikah said,

      28/12/2010 at 00:07

      hehe… inshaALLAH pasni akak akan istiqamah untuk sentiasa update.. doakan daku hhehe..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: