MENGHITUNG HARI-HARI TERAKHIRMU, YA RAMADHAN!

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur. (2:185)

Lenguh-lenguh bahu kerana mengangkat beg laptop dan beg baju semalam masih belum hilang lagi. Sengal-sengal pinggang selepas berlatih bersilat juga belum hilang. Saya keseorangan siang itu, sedang membaca novel yang dipinjam adik di dapur. Sambil membaca, telinga menangkap lagu-lagu yang dipasang di radio.

‘Huh! Lagi-lagi lagu raya. Ramadhan masih berbaki seminggu lagi, orang kita sudah sibuk dengan raya!’ hati saya mengeluh. Read the rest of this entry »