21/04/1990 – 06/08/2010: MUHAMMAD FIRDAUS ABDUL KAHAR DALAM KENANGAN

Firdaus segak bergambar bersama Shazmi Hanisah Azmi (Nisa)

Tersentak saya petang itu bila diberitahu oleh Nisa, Firdaus sudah tiada! Ya ALLAH!

Walaupun dari kata-kata Nisa itu pun saya telah dapat mengagak apa yang Nisa maksudkan, pelbagai persoalan tetap berlegar-legar di kepala. ‘Firdaus mana yang Nisa maksudkan? Apa maksud Nisa, Firdaus sudah tiada? Nisa berguraukah?’ – seolah-olah cuba menolak perkhabaran buruk yang cuba disampaikan oleh Nisa itu.

Kata Nisa, “Kak, bila orang yang menyampaikan khabar itu cakap ada pelajar HR meninggal dunia, budak ‘Wataniah’, semester 5, orangnya kecil-kecil, Nisa terus tanya siapa nama pelajar yang meninggal dunia itu walaupun satu-satunya wajah yang Nisa terfikirkan waktu itu hanyalah Firdaus.

Nisa sendiri pun terduduk bila terdengar khabar itu. Macam tak percaya sebab baru pagi tadi Nisa tegur Firdaus dan kami sempat bergelak ketawa. Macam tak sangka sekarang dia sudah tiada. Sedih sungguh, kak.”

Jangankan Nisa, saya sendiri pun hampir menitis air mata bila mendengar perkhabaran itu. Sungguh, saya sangat terasa kehilangan. Lebih-lebih lagi apabila pemergiannya adalah disebabkan oleh gurauan rakan-rakannya. Dan perginya juga sehari sebelum Majlis Konvokesyen ke-13 KUIS, hari di mana saya akan bergraduasi dan sepatutnya menjadi antara hari yang penuh bermakna dan dinanti-nantikan dalam hidup seorang pelajar.

Saya juga tidak berkesempatan untuk bertemu Firdaus walaupun dia adalah antara junior yang ingin saya ketemu sebelum keluar dari KUIS sebagai seorang graduan. Dan yang lebih menyayat hati, Firdaus sepatutnya akan berkawad pada 7 Ogos (Hari Konvokesyen) dan sebagai simboliknya, menyambut hari graduasi kami.

Secara jujurnya saya dapat rasakan majlis graduasi pada 7 Ogos ini tidak akan menjadi majlis yang penuh gilang gemilang memandangkan pemergian Allahyarham meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati kami.

Menurut sumber yang jelas, Firdaus terjatuh tasik akibat ditolak dari belakang. Waktunya adalah antara jam 1145 hingga 1200. Lokasinya di tepi tasik berdekatan dengan kawasan flying-fox. Pada waktu yang sama sebenarnya saya baru sahaja selesai menjalani raptai untuk majlis konvokesyen untuk keesokan harinya. Mayatnya ditemui lebih kurang jam 1430 hingga 1500 oleh anggota bomba selepas solat Jumaat dan solat hajat.

Pada mulanya saya terasa seperti ingin menyalahkan rakan-rakan yang menolaknya itu tapi saya sendiri akui tiada pengetahuan yang jelas tentang kedalaman sebenar tasik itu. Dan niat rakan-rakannya itu hanyalah untuk bergurau, sesuatu yang sangat normal dalam hubungan sesama manusia. Jadi adalah sangat tidak matang untuk menyalahkan takdir kematiannya hanya kerana dia adalah manusia istimewa di hati saya.

Mungkin ada yang akan bertanya, siapa Firdaus itu sehingga kedudukannya sangat istimewa. Mungkin juga ada yang akan meneka, Firdaus itu mungkin teman istimewa saya.

Firdaus yang saya kenali hanyalah manusia biasa-biasa. Orangnya sederhana tinggi tetapi sangat baik budi pekerti, sangat berbudi bahasa, lembut dalam ketegasan dan sangat bersopan dengan orang lain. Dan secara kebetulan Firdaus berkongsi tarikh lahir yang sama dengan saya, 21 April.

Walaupun dia cuma manusia biasa-biasa pada zahirnya, sifat yang ada itulah yang meletakannya dalam kedudukan istimewa di hati siapa-siapa sahaja yang pernah mengenalinya seolah-olah aura yang lahir dari dalam dirinya menarik sesiapa sahaja untuk berasa sangat senang dengannya.

Hadirnya dinanti, perginya tidak mungkin ada pengganti. Istimewa sungguh Firdaus di hati kami yang mengenalinya. Jadi tidak hairanlah, masing-masing cukup bersedih dengan pemergiannya.

Seputar kenangan bersama Allahyarham bermain-main di minda.

Firdaus (kanan sekali), sewaktu menjadi Pengarah Program Hari Keluarga dan Makan Malam PERMASUM 2009/2010 Dari kiri: Miss Nadwatul Husna Mustapha, En. Isma Addi Jumbri, En. Syed Abbas Ali, Muhammad Ammar Mat Lazim, Shahrul Ashraf Jamaludin, MUHAMMAD FIRDAUS ABDUL KAHAR

Firdaus bersama Nasrul Izad Mohd Isa (Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa 2008/2009)
Bersama seorang rakan
Perginya pada hari Jumaat yang penuh berkat. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Ameen~

Benarlah kata-kata pujangga, “Orang yang baik itu LAHIRNYA DISYUKURI, ADANYA DISENANGI, HADIRNYA DINANTI dan MATINYA DITANGISI.”

Al-Fatihah buat ALLAHYARHAM MUHAMMAD FIRDAUS ABDUL KAHAR.

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
8 Ogos 2010M = 27 Syaaban 14311H
Ahad~

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

7 Comments

  1. Atieshu said,

    14/08/2010 at 16:51

    Ya Allah, kalau dia kawan saya mungkin terasa sangat dah kehilangan dia.
    Kawan-kawan dia pulak, niat mereka mungkin ingin bergurau, tapi mesti rasa terkesan jugak kan ??
    akak pernah tegur ke kawan-kawan dia ??

    p/s : kembar tarikh lahir la ni 😀

  2. ct amanda said,

    14/09/2010 at 18:16

    al fatihah utk arwah. rmi kwn2 dy ne sama2 study ngan ak ga d UMSKAL.

  3. Nasrul Izad said,

    08/11/2010 at 21:00

    Subhanallah…saya baru terjumpa blog ini… Takziah buat keluarga Allayarham.. akhirnya dapat juga saya lihat wajah Allahyarham kerana saya kurang cam sebelum ini…

  4. Noor Atikah said,

    21/11/2010 at 12:26

    BTW, saya baru dapat tahu bahawa terdapat pelbagai versi tentang tragedi yang menimpa allahyarham ini. walau bagaimanapun, cara kematian allahyarham hanya penyebab allahyarham meninggalkan kita. ALLAH lebih menyayangi allahyarham, insyaALLAH..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: