MENJAGA WARGA TUA: ANTARA IKHLAS DAN TERPAKSA

Minggu ini atuk dan nenek ‘berkelana’ di rumah. Mereka tiba Ahad lepas dan tempoh masa mereka akan ada di sini masih belum pasti, kemungkinan besar tempohnya bukanlah sekadar dua tiga minggu. Tujuan rasmi, mendapatkan rawatan bagi nenek yang tidak begitu sihat.

Jadinya, sepanjang minggu ini saya telah menjadi second assisstant selepas atuk bagi membantu nenek yang tidak berdaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Antara perkara yang pernah saya lakukan ialah menyediakan makanan, membuang sampah (sampah daripada orang sakit – saya tak mahu sebutkan di sini), melayan nenek bersembang dan sebagainya.

Mahu tak mahu, suka tak suka, paksa atau rela, kerja-kerja ‘amal’ tersebut perlu juga saya laksanakan memandangkan saya seorang saja yang tidak bekerja atau dalam perkataan yang lebih tepat, 24/7 melangut di rumah. Jadi, daripada statik, lebih baik aktif.

Walaupun hukum menjaga orang yang sakit ini fardhu kifayah, tapi untuk mewujudkan perasaan ikhlas sepenuh hati sebenarnya agak payah, kecuali bagi mereka yang sudah biasa menguruskan orang tua yang sakit. Dan itulah yang saya rasa setakat ini, sukarnya mengikhlaskan diri menjaga nenek.

Bukan kerana tak suka, malah saya selalu memandang simpati ke arah nenek. Tapi perasaan tersebut mungkin wujud kerana sebelum ini saya tidak pernah disusahkan untuk menjaga seorang pesakit, even sebelum ini adik lelaki saya sendiri pernah terlantar lebih sebulan di rumah akibat kemalangan jalan raya.

Dalam kes adik ini saya masih boleh ‘ponteng’ dari menjaga adik sebab pada waktu adik terlantar itu saya masih lagi bertarung dengan jihad ilmu di kolej. Jadi basically saya memang tiada sebarang praktikal dalam hal ini.

Dalam menjaga orang yang sakit ini, terdapat adab-adab tertentu yang seharusnya dititikberatkan kerana orang sakit ini secara mentalnya agak sensitif. Situasi ini akan jadi lebih sukar sekiranya orang yang menjaga pesakit merupakan seorang yang kurang sabar.

Antara adab-adab menjaga orang sakit ialah:

* Memberi peringatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah

* Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah

* Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu

* Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut

* Memahami keperintannya menaggung kesakitan

* Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis

* Memastikan pesakit bersih tubuh badan, pakaian dan tempat

* Menghantar pesakit ke tempat rawatan yang sesuai

* Mengingatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang dijadualkan

Pada saya, peluang untuk menjaga nenek yang sakit merupakan suatu peluang untuk saya menginsafi diri. Mengambil iktibar dari peluang sihat sebelum sakit. Dari situ juga kita akan terdidik untuk menyemai sifat sabar. Yelah, mana tahu bila datang masanya saya pula yang menjadi seorang pesakit, at least saya akan lebih faham perasaan orang yang menjaga saya itu – penatnya menjaga orang sakit, physically and mentally exhausted! Huhuhu…

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
23 Julai 2010M = 11 Syaaban 1431H
Jumaat, ikhlaskan hatimu!

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

2 Comments

  1. Atieshu said,

    24/07/2010 at 18:19

    Ya Allah, akak…
    kalau ditakdirkan kite untuk menjaga org2 mcm tu, kena banyak2 la bersabar…
    bukan senang nak bersabar dalam hal2 macam ni…
    kira akak beruntungla dipilih Allah untuk diuji…
    yang penting Allah sayang akak 🙂

    • Noor Atikah said,

      25/07/2010 at 00:02

      hehe…yelah..
      still istiamah untuk mengikhlaskan hati hehe…
      semuga dapat didik diri akak jadi dak chumel yang penyabar ahaks!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: