MEMAHAMI SEBELUM DIFAHAMI

Seek first to understand, then to be understood

Kata adik, “Kak Tika bertuah.”

“Huh, bertuah?” sahut saya, terpinga-pinga cuba mencari maksud tersirat di sebalik perkataan ‘bertuah’ itu.

“Yelah, hari-hari tak perlu susah-susah fikir tentang kerja. Duduk rumah, tengok TV, goyang kaki. Pagi-pagi tak perlu rushing bersiap untuk pergi kerja, even boleh siap tidur lagi lepas Subuh…bla bla bla…”

Aisey, itu yang dimaksudkan dengan bertuah? Duduk rumah, tengok TV, goyang kaki? Bertuah sangatkah duduk rumah, tengok TV dan goyang kaki itu? Tidur lepas Subuh? Bertuah sangatkah menolak rezeki (tidur lepas Subuh) itu? Biar benar…

Dalam buku ‘The Seven Habits of Highly Effective People‘ karangan Stephen R. Covey, tingkat kelima tabiat manusia ialah ‘Seek first to understand, then to be understood‘ (berusaha untuk memahami sebelum difahami). Praktikalnya, memperbaiki cara kita mendengar agar tidak menjadi perosak kepada komunikasi sesama insan.

Manusia perlu didengar kata-katanya seperti mana dia perlukan makanan kerana mendengar itu sendiri adalah merupakan penawar buat orang yang memperdengarkan masalahnya (adik). Adik sedang mengadu masalahnya. Dan sebagai pendengar, saya harus jadi seorang pendengar yang baik dan pemberi nasihat yang berkesan.

Walaupun fikiran berasak-asak memikirkan releven terhadap kata-kata adik itu, saya tetap tak boleh membuat kesimpulan terlalu awal. Bimbang apa yang saya fahami tak sepenuhnya dari apa yang sepatutnya saya faham.

Menurut ulasan tabiat kelima tersebut, sekiranya saya seorang pendengar yang songsang, mungkin perbualan antara saya dengan adik akan jadi begini:

  • Macam dengar tapi tak dengar
  • “Kak Tika bertuah.”

    “Hmm..”

    “Ish, dengar tak ni Mimi cakap?”

    “Huh?”

    “Huh, macam cakap dengan tunggul!”

  • Buat-buat dengar
  • “Kak Tika bertuah.”

    “Oh, okey!”

    “Yelah, hari-hari tak perlu susah-susah fikir tentang kerja. Duduk rumah, tengok TV, goyang kaki. Pagi-pagi tak perlu rushing bersiap untuk pergi kerja, even boleh siap tidur lagi lepas Subuh…bla bla bla…”

    “Yelah tu.”

    Wasting timelah cakap dengan Kak Tika ni!”

    Good listener, listens...

  • Hanya dengar apa yang mahu didengar
  • “Kak Tika bertuah.”

    “Huh, bertuah?”

    “Yelah, hari-hari tak perlu susah-susah fikir tentang kerja. Duduk rumah, tengok TV, goyang kaki. Pagi-pagi tak perlu rushing bersiap untuk pergi kerja, even boleh siap tidur lagi lepas Subuh…bla bla bla…”

    “Ha’a, tadi akak tengok tv, ada cerita best. Tapi endingnya kureng…bla bla bla…”

    “Huh, you are off the point!”

  • Mendengar hanya perkataan
  • Dalam tulisan, kita mungkin ada bantuan untuk memahami nada sesuatu ayat melalui tanda noktah, tanda soal, tanda seruan dan sebagainya. Percakapan sebenarnya hanya mewakili 7 peratus makna, 40 peratus nada dan perasaan dan 53 peratus selebihnya melalui bahasa tubuh.

    Oleh itu semasa mendengar juga kita seharusnya peka terhadap tanda-tanda tersebut yang dizahirkan melalui antonasi suara, nada, mimik muka, gaya tubuh dan sebagainya. Jadi bila adik berkata, ‘Kak Tika bertuah’, sebagai pendengar saya seharusnya menyelami perasaan adik untuk saya benar-benar faham apa yang adik rasai, bukan hanya memikirkan releven terhadap kata-kata adik itu.

  • Mendengar hanya suara sendiri
    • Penghukum, bila mengatakan ,”…Tak bersyukur langsung…”
    • menilai dengan memberi penyelesaian bersifat self-centered, bila berkata, “…Kalau akak jadi Mimi, akak akan…”
    • dan secara tak langsung menceroboh, bila mendesak adik bercerita dalam keadaan adik belum bersedia untuk meluahkan masalah sepenuhnya.
  • “Kak Tika bertuah.”

    “Huh, bertuah?”

    “Yelah, hari-hari tak perlu susah-susah fikir tentang kerja. Duduk rumah, tengok TV, goyang kaki. Pagi-pagi tak perlu rushing bersiap untuk pergi kerja, even boleh siap tidur lagi lepas Subuh…bla bla bla…”

    “Apa pulak. Kalau akak jadi Mimi, akak akan rasa seronok bekerja. You have the opportunity to do your practicum. As for me, I don’t get that opportunity. Which is, it’s a disadvantage for us because we got ZERO experience. Tak bersyukur langsung..bla bla bla…”

    “But…”

    Tidak ‘memakai kasut orang lain’ untuk melihat masalah dari sudut yang di luar lingkungan persepsi sendiri akan menyebabkan saya menjadi seorang:

Put yourself in that other person's shoes

Seiringan dengan itu, untuk menjadi pendengar yang baik kita seharusnya:

  • Mendengar dengan mata, hati dan telinga
  • Peka terhadap tanda-tanda yang dizahirkan melalui antonasi suara, nada, mimik muka, gaya tubuh dan sebagainya.

  • Put yourself in that other person’s shoes
  • Melihat dari sudut perspektif orang lain, bukan menarik orang lain menilai menurut perspektif diri sendiri.

  • Berlatih cermin-mencermin
  • Cermin tidak menghukum, tidak menilai, tidak mengkritik, tidak memberi nasihat, sebaliknya hanya memberikan refleks.

Dalam perbualan dengan adik itu, bila diaplikasikan teknik menjadi pendengar terbaik, saya mungkin akan berupaya untuk memahami maksud ‘Kak Tika bertuah’ itu. Adik sebenarnya berasa:

  • Masih belum cukup bersedia untuk memasuki alam pekerjaan
  • Lelah dengan tekanan kerja
  • Mahu berehat sebentar dari tekanan kerja
  • Perlukan teman untuk berkongsi masalah
  • Mahu saya tahu bahawa semangatnya semakin hilang
  • Mahu saya menyokong semangatnya
  • Adik tiada keyakinan diri

Dalam hal ini, adik sebenarnya hanya perlukan sokongan moral secukupnya. Bukan bebelan demi bebelan dari kakaknya!

As for me, saya tidak merasakan dengan duduk rumah, tengok TV, goyang kaki dan tidur lepas Subuh itu sesuatu yang bertuah kerana:

  • Keinginan pertama saya adalah untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi ia bukanlah sesuatu yang ‘bertuah’ bila terpaksa duduk rumah, tengok TV, goyang kaki dan tidur lepas Subuh.
  • Saya merupakan seorang pelajar aktif semasa di kolej. Aktiviti persatuan, mesyuarat, kerja kursus, mid-term tests dan final exam bukanlah suatu bebanan bagi saya memandangkan selama tiga tahun belajar di kolej, saya telah menjadikan ‘aktiviti-aktiviti’ tersebut sebagai rutin yang sangat menyeronokkan. Jadi keterpaksaan untuk 24/7 berada di rumah boleh diibaratkan sebagai suatu ‘penyeksaan’. Bosannya!
  • Ralat untuk membiarkan otak tidak berfungsi selama beberapa bulan ini. Semakin lama otak dibiarkan berehat, semakin ‘lampi’ (lambat pick-up)lah jadinya nanti. Oleh itu bagi menghindari keadaan ini, saya sendiri menetapkan deadline untuk setiap artikel di blog. Sekurang-kurangnya otak akan ditekan agar sentiasa berfikir dan bergerak. Warm-up selalu.
  • Rasanya tak perlu diingatkan, tidur selepas Subuh akan menolak rezeki pada hari tersebut.
  • Latihan industri. Kursus HRM KUIS tidak menyediakan latihan industri kepada pelajar peringkat diplomanya (setakat sehingga artikel ini ditulis). Ini pada saya merupakan suatu kekurangan yang sangat merugikan memandangkan latihan industri berpotensi untuk menyediakan persediaan awal melangkah ke alam pekerjaan. Jadi, amat rugilah jika seseorang pelajar yang berpeluang untuk menjalani latihan industri tidak memanfaatkan pengalaman tersebut sebaiknya.

Lihat! Sekiranya kita tidak mengetahui tabiat kelima manusia ini, bayangkan bagaimana perhubungan saya dan adik akan retak hanya kerana masing-masing tidak memahami sesama sendiri walaupun mengenai persoalan yang cukup remeh. Dan nilailah pula berapa banyak hati-hati yang boleh diselamatkan dari dilukai bila seseorang itu mampu untuk ‘memakai kasut orang lain’.

Berusaha untuk memahami sebelum difahami merukapan suatu tabiat yang sepatutnya diaplikasikan dalam komunikasi sesama manusia memandangkan tabiat ini merupakan suatu usaha untuk seseorang itu memperbaiki perhubungannya dengan manusia lain walaupun perkara ini tidak pernah menjadi penjamin kepada keberkesanan terhadap setiap kes.

Berusahalah untuk memahami sebelum difahami!

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
9 Julai 2010M = 26 Rejab 1431H
Jumaat, yaumul barakah!

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

2 Comments

  1. farisafhairis said,

    09/04/2011 at 03:55

    aku pun ada adik.aku arap aku dapat bagi nasihat yang berguna u adik aku.amin…….

    • Noor Atikah said,

      09/04/2011 at 12:44

      sama2lah kita jadi pendengar sekaligus penasihat terbaik! 🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: