PENULIS DAN MENULIS

Exclusive post from aisyahumyra.com

Fikiran kosong, dibawa kenangan 2 Julai...

Sejak dua tiga menjak ini saya seperti kehilangan idea untuk menulis. Terasa kosong benar fikiran sampai draf-draf yang telah tersedia pun tidak dapat saya sambung penulisannya. Bimbang kalau diteruskan menulis dalam keadaan fikiran daif untuk berfikir secara kritis dan kreatif menggunakan mata hati, artikel akan jadi tidak berfaedah atau maksud tak tersampai.

Satu cara untuk mengatasinya, memenuhkan input semaksima mungkin. Salah satu input utama ialah dengan membaca. Dan itulah yang saya lakukan, menyelak-nyelak blog Ustaz Hasrizal, blog Ustaz Pahrol dan beberapa buah buku setelah beberapa lama asyik hanya menulis.

Ustaz Hasrizal dalam salah satu artikel di blognya pernah berkata,

“Tidak semua orang boleh menulis kerana seorang penulis terlebih dahulu mesti lebih banyak membaca daripada menulis. Jika penulis lebih banyak menulis dari membaca, pasti dia segera menjadi penulis yang bankrap…

…Membaca juga tidak semestinya sekadar membaca bahan bertulis, tetapi membaca juga bermaksud memerhati, berfikir dan menafsir. Tulisan adalah proses memecahkan idea kepada butir-butir yang disusun agar apa yang dibaca dan difikirkan itu jelas, tersusun dan boleh dikenalpasti hujung pangkalnya… memastikan apa yang saya tulis itu mesti TEPAT dan JELAS.”

Seorang penulis terlebih dahulu mesti lebih banyak membaca daripada menulis. Jika penulis lebih banyak menulis dari membaca, pasti dia segera menjadi penulis yang bankrap.

Ustaz Pahrol pula pernah berkata,

“Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata. Semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita peroleh.”

Mendengar pula adalah sebahagian daripada proses memerhati, berfikir dan mentafsir. Sebab itulah sesetengah artikel saya adalah dari proses mendengar dan penulisan terhasil dari penghadaman mengikut rentak kefahaman saya sendiri.

Menulis blog adalah salah satu cara untuk saya berkongsi ilmu dan bertukar-tukar pendapat dengan orang lain sebagai menepati matlamat ‘erti hidup pada memberi’. Ilmu itu lebih mudah berkembang bila dikongsi, daripada disimpan sendiri.

Oleh itu mengambil manfaat dari kata-kata di atas, saya sedaya upaya cuba untuk memastikan artikel-artikel yang saya akan disiarkan mengandungi sumber ilmu atau sekurang-kurangnya menepati maksud yang cuba saya sampaikan. Kerana apabila semakin banyak ilmu yang kita miliki, maka semakin tinggilah darjat kita di sisi ALLAH dan manusia.

Dalam sebahagian Surah Al-Mujadilah (ayat 11) ALLAH SWT pernah berfirman yang bermaksud,

…nescaya ALLAH meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat…

Dalam sebahagian Surah Az-Zumar (ayat 9) pula ALLAH SWT pernah berfirman yang bermaksud,

…Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.

Proses menyampaikan ilmu bagi mengembangkan ilmu bukan sekadar melalui penulisan, malah melalui percakapan. Dengan bantuan internet, proses mengembangkan ilmu ini membolehkan sesiapa sahaja mempunyai ‘majalah’ sendiri, ‘surat khabar’ sendiri, ‘buku’ sendiri, ‘kedai‘ sendiri dan semuanya sendiri. Ia adalah suatu keadaan yang harus diterima sebagai sebahagian daripada perkembangan hidup manusia.

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud,

“Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Akhirat, maka berkatalah yang baik-baik atau lebih baik diam sahaja” – (Muttafaq ‘alayh)

Bercakap itu adalah lebih utama daripada mendiamkan diri, selagi ianya memberi nilai pada isi dan makna. Kerana percakapan yang bernilai lazimnya bersumber dari pemikiran yang mendahului percakapan.

Kontra kepada bercakap adalah diam. Diam pula akan jadi lebih utama bila percakapan itu tidak berunsur kebaikan walaupun kebaikan itu tidak bermakna berbahasa sopan. Mengurangkan percakapan yang tidak bermanfaat akan dapat melindungi diri daripada penyakit lagha dan dusta.

Oleh itu, saya minta doa-doa dari anda semua agar aisyahumyra.com terus kekal menjadi gedung berisi, bukan hanya tong tanpa isi agar sisi perjuangan mengembangkan ilmu dapat terus dikongsi bersama, insyaALLAH.

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
8 Julai 2010M = 25 Rejab 1431H
Khamis, terus senyum manis!

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: