BALIK KAMPUNG LAGI

Gambar hiasan. Perjalanan merentas awan... 🙂

Hujung minggu itu saya balik kampung lagi. Kali ini sebab nenek sakit, jadi rancangnya nak bawa nenek balik Ipoh untuk mendapatkan rawatan di sini. Bla bla bla… akibatnya, beberapa hari itu tak dapatlah update blog.

Saya dan famili bertolak pada Jumaat jam 2200, 2 Julai 2010 melalui Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Pulau Mutiara sebelum enter ke Perlis Darul Sunnah. Perjalanan akan memakan masa 5 jam kalau terus non-stop ke Perlis tapi memandangkan all members (except me!) yang joined the trip bekerja pada sebelah siangnya, so they decided to spent the night at Penang.

Whateverlah tapi kalau sayalah drivernya, ikutkan hati nak je saya straight ke Perlis. Bukan apa, cuti sampai Ahad je. So lagi lambat sampai Perlis, lagi tak bestlah ‘cuti-cuti’ di Perlis ni.

Kenapa saya excited sangat dengan negeri Perlis?

Magnificent views even along the way!

Mungkin anda akan komen, “Alah, pemandangan cantik je kot. Kat Perak pun banyak tempat menarik dengan pemandangan cantik. Minah kecoh betul…”

For sure lepas tu saya pula akan komen, “Memanglah. Tapi selaku ‘gadis zaman batu’, saya sangat jakun dengan flora dan fauna.”

Perjalanan menuju ke kampung halaman saya di Chuping, Perlis perlu melalui negeri Pulau Pinang dan Kedah. Dan ya, di sepanjang perjalanan Perak-Pulau Pinang-Kedah-Perlis tersebut kita akan dapat lihat pemandangan menarik di sepanjang lebuhraya.

Jadi apa bezanya pemandangan-pemandangan itu?

Gunung-ganang yang mengelilingi Perak. Gambar diambil dari Tingkat 3 Blog B SMKSA, Ipoh.

Perak: Dari selatan ke utara melalui Lebuhraya Utara-Selatan, hanya bukit-bukau yang ada di kiri kanan jalan. Banyak sungguh bukit-bukau di negeri tanah tumpah darah saya ini. Even kalau anda naik bangunan tinggi di Perak, di kejauhan anda akan dapat lihat hijau kebiruan warna gunung-ganang yang mengelilingi negeri ini.

Pulau Pinang: Kilang-rumah-asap, kilang-rumah-asap. Itu saja yang paling menarik di sepanjang lebuhrayanya, sesuai dengan status Pulau Pinang sebagai antara negeri ter’hebat’ di Malaysia selain Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Dalam erti kata yang lain, negeri batu. Rimas dan bosan sesungguh-sungguhnya. Oops! Jangan marah ye orang Penang….hehe (Harap-harap Leha dan Nisa tak baca statement ni. Ahaks! :p)

Kedah: I like! First thing yang saya suka tentang Kedah is it’s paddy field. Biasalah, Negeri Jelapang Padi pasti melaut sawah padinya. Tapi sebagai orang bandar, dapat lari dari kesibukan bandar adalah antara rahmat terbesar yang cukup disyukuri… Sawah padi menguning, bangau, kampung-kampung… Tenang.

Perlis: Jeng jeng jeng!! Negeri yang paling panas di Malaysia ini sangat terkenal dengan ladang tebu terbesar di Malaysia. Perjalanan ke kampung saya itu pasti melalui ladang tebu ini. Yang menariknya, seluas mana sawah padi di Kedah, luas lagi ladang tebu di Perlis. Jadi kepada sesiapa yang tak pernah jenguk ke Perlis, sesekali singgah jangan lupa bawa sekali kamera sebab kalau anda datang dengan tangan kosong, for sure anda akan menyesal.

Satu perkara yang perlu diingat, terdapat bulan-bulan tertentu musim panas di mana ladang tebu akan dibakar sebelum hasil tebu dapat diambil. Pada bulan tersebut, ruang udara negeri Perlis akan dipenuhi dengan abu. Rakyat negeri Perlis pun sudah lali dengan ‘hujan abu’ ini. Tapi sekarang, beberapa bahagian di ladang tebu ini telah ditaman dengan tumbuhan lain bagi menyuburkan kembali tanah ladang.

Sepanjang perjalanan itu juga, anda mungkin akan melalui Tapak Kampus Tetap Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di kawasan berbukit. Saya sempat juga snap gambar pintu masuk UniMAP pada hari pendaftaran pelajar baru. Setakat post ini ditulis UniMAP masih lagi belum siap sepenuhnya dan dalam pembinaan beberapa bangunan, jadi kampus-kampusnya masih berselerak di sekitar negeri Perlis.

(Actually saya nak masukkan semua gambar menarik tapi oleh sebab Nokia 2300 saya takde kamera, terpaksalah anda baca je cerita saya… Gambar-gambar yang ada adalah ehsan dari orang ramai.)

Sampai di kampung, jaga nenek yang sakit. Terharu sungguh saya tengok macam mana atuk jaga nenek yang sudah takde upaya berjalan. Bagai menatang air Vico yang penuh. Siang malam atuk jaga nenek, sampai hobi menoreh getah pun terpaksa dilupakan.

Time-time macam tu otak ni mulalah terfikir, masih adakah pasangan yang sanggup menjaga pasangannya yang sakit sampai hari tua macam atuk jaga nenek? Jawapannya, ada tapi dah hampir pupus pun spesis macam tu. Insaf…

Seperkara lagi tentang balik kampung, bagi yang membela haiwan pasti mengalami pening kepala memikirkan mana nak campak haiwan itu. Yelah, nak bawa haiwan ni sama macam nak bawa manusia juga. Yang lebih tepat lagi, macam nak bawa baby atau kanak-kanak yang tak reti urus diri lagi. Makanan, minuman, shampu, cage, semua kena bawa. Tak bawak karang mati kebulur pula.

Jadinya, saya pun mengalami seperti yang anda alami itu jugak. Nak-nak lagi famili saya bela encik kura-kura. Yang lagi best dalam cerita ni, saya adalah official mak angkat kura-kura tersebut so faham-faham ajelah. Macam mana saya boleh jadi official mak angkat mereka tak perlulah anda tanya. Anyway, kura-kura tak macam kucing boleh dibiar lepas bebas.

Walaupun saya masih belum ada anak sendiri tapi membela kura-kura ni rupanya lebih kurang macam membela anak orang. Ada masanya kena mandikan, ada masa bagi makan, ada masa biar lepas bermain, ada masa kena ‘piat telinga’ sebab sesuka hati beliau-beliau tersebut bermain atas jalan jalan raya.

Time-time macam itu mulalah otak ni terfikir lagi, “Penat juga bela anak ni. Kadang-kadang tension, kadang-kadang best, kadang-kadang tension balik. So dah bersediakah aku jadi mak budak ni? Oh, no!

Kesimpulan dari cerita tersebut, errmm…

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
5 Julai 2010M = 22 Rejab 1431H
Isnin

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

2 Comments

  1. Siti Zaleha Hata said,

    18/07/2010 at 07:03

    hohohhoho..penang..umah..asap..kilang..umah..asap..kilang ea..?? hahahaha….nk kn ni…marah org penang ni…tp, ada gak btulnye 2…huhuh..besa la…kwsn p’industrian…hehehehe….

    • Noor Atikah said,

      18/07/2010 at 17:40

      ahaks!! apepun macey sebab bace post nih…haha… agpon, komen 2 tentang tempat jer…orangnye still dikenang, feewitt.. heheheheee…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: