MENJAGA WARGA TUA: ANTARA IKHLAS DAN TERPAKSA

Minggu ini atuk dan nenek ‘berkelana’ di rumah. Mereka tiba Ahad lepas dan tempoh masa mereka akan ada di sini masih belum pasti, kemungkinan besar tempohnya bukanlah sekadar dua tiga minggu. Tujuan rasmi, mendapatkan rawatan bagi nenek yang tidak begitu sihat.

Jadinya, sepanjang minggu ini saya telah menjadi second assisstant selepas atuk bagi membantu nenek yang tidak berdaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Antara perkara yang pernah saya lakukan ialah menyediakan makanan, membuang sampah (sampah daripada orang sakit – saya tak mahu sebutkan di sini), melayan nenek bersembang dan sebagainya. Read the rest of this entry »

Advertisements

SEKILAS PANDANG 1

Lama sungguh saya tak dapat update blog. Lebih kurang dua minggu jugalah aisyahumyra.com sunyi sepi. Asalnya sejak minggu lepas saya dijangkiti virus selsema yang cukup untuk buat hidup saya menderita.

Lepas kebah dari demam selsema, datang pula panggilan ke IPTA menyebabkan hidup saya huru-hara semula. Beberapa hari ini saya agak sibuk untuk mencukupkan segala keperluan sebelum mendaftar pada 25 Julai ini.

Apapun masalahnya hati tetap terkilan kerana dalam dua minggu ini saya sepatutnya sudah menyiapkan sekurang-kurangnya empat post bagi mencukupkan sasaran sekurang-kurangnya lapan post sebulan. Jadi dengan kekuatan yang ada walaupun barang-barang masih lagi belum habis dikemas, saya tetap akan menyiapkan satu post untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca sebelum berangkat ke Perlis esok, insyaALLAH.

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
23 Julai 2010M = 11 Syaaban 1431H
Jumaat, salam penuh berkat!

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

MEMAHAMI SEBELUM DIFAHAMI

Seek first to understand, then to be understood

Kata adik, “Kak Tika bertuah.”

“Huh, bertuah?” sahut saya, terpinga-pinga cuba mencari maksud tersirat di sebalik perkataan ‘bertuah’ itu.

“Yelah, hari-hari tak perlu susah-susah fikir tentang kerja. Duduk rumah, tengok TV, goyang kaki. Pagi-pagi tak perlu rushing bersiap untuk pergi kerja, even boleh siap tidur lagi lepas Subuh…bla bla bla…” Read the rest of this entry »

PENULIS DAN MENULIS

Exclusive post from aisyahumyra.com

Fikiran kosong, dibawa kenangan 2 Julai...

Sejak dua tiga menjak ini saya seperti kehilangan idea untuk menulis. Terasa kosong benar fikiran sampai draf-draf yang telah tersedia pun tidak dapat saya sambung penulisannya. Bimbang kalau diteruskan menulis dalam keadaan fikiran daif untuk berfikir secara kritis dan kreatif menggunakan mata hati, artikel akan jadi tidak berfaedah atau maksud tak tersampai. Read the rest of this entry »

BALIK KAMPUNG LAGI

Gambar hiasan. Perjalanan merentas awan... 🙂

Hujung minggu itu saya balik kampung lagi. Kali ini sebab nenek sakit, jadi rancangnya nak bawa nenek balik Ipoh untuk mendapatkan rawatan di sini. Bla bla bla… akibatnya, beberapa hari itu tak dapatlah update blog.

Saya dan famili bertolak pada Jumaat jam 2200, 2 Julai 2010 melalui Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Pulau Mutiara sebelum enter ke Perlis Darul Sunnah. Perjalanan akan memakan masa 5 jam kalau terus non-stop ke Perlis tapi memandangkan all members (except me!) yang joined the trip bekerja pada sebelah siangnya, so they decided to spent the night at Penang. Read the rest of this entry »