MENANGISLAH, TAPI…

Pada-Mu ku bersujud

Minggu ini saya agak emosional (sedih). Saya tahu apa sebabnya tapi tak pasti kenapa saya perlu bersedih. Jadinya sebagai manusia normal, saya cuba cari suatu jawapan bagi memujuk hati ini.

Semalam saya jalan-jalan dalam blog Aiz. Siapa si Aiz ni tak perlulah anda semua tanya sebab saya sendiri pun tak kenal dengan Mamat ni. Kebetulan saya dapat link ke blog Aiz bila merayau-rayau dalam blog Sifu Tiqa. Yang paling penting saya nak tekankan di sini, dalam salah satu post Aiz pernah nasihat, jangan menulis post kalau rasa fikiran tengah bersabut berserabut. Sebabnya nanti post tu akan jadi macam sampah takde faedah.

Somehow, betul juga kata Aiz tu. Tapi insyaALLAH, post saya kali ini berisi walaupun dalam emosi yang tengah mendung. Post ini saya rujuk sepenuhnya dari artikel Majalah Nur edisi Mac 2010 bertajuk ‘Dedikasi Air Mata’ yang ditulis oleh Sofiyah Rasin.

Pernah tak anda terfikir, boleh tak seseorang itu menghapuskan air mata orang lain pada hal air mata sendiri pun kadang-kadang boleh menitis walaupun tanpa kehendak diri? Seteguh-teguh hati seorang manusia pun boleh menangis melalak. Apa ertinya air mata dan kenapa ia mengalir hanya boleh difahami oleh yang mengalaminya saja.

Air mata ialah mekanisme fitrah manusia normal yang dikurniakan ALLAH sebagai salah satu cara seseorang meluahkan perasaannya. ALLAH pernah berfirman dalam surah An-Najm ayat 43 yang bermaksud, “Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.

Ada orang yang menangis kerana gembira dan ada juga yang menangis kerana bersedih. Itu normal. Tapi kalau ada yang ketawa kerana sedih, jangan lupa untuk menghubungi Hospital Tanjung Rambutan secepat mungkin. Sebabnya something goes wrong somewhere. Kemungkinan ada kaitannya dengan masalah mental otak.

Walaupun begitu, pemuja dunia akan menangis kerana dunianya yang hilang tapi perindu akhirat akan menangis kerana dihidangkan isi dunia. Gambaran tentang tangisan ini pernah dikisahkan ALLAH dan disabdakan Nabi SAW:

Apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud sambil memangis.” – Surah Maryam ayat 58

Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila AL-Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud. Dan mereka berkata, “Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.” Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” – Surah Al-Isra’ ayat 107-109

“Tidak akan masuk api neraka siapa yang menangis kerana takut kepada ALLAH.” – Rasulullah SAW

“Demi ALLAH, seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit tertawa dan akan banyak menangis.” – Riwayat At-Tirmidzi

“Siapa yang diberi ilmu dan tidak membuatnya menangis maka lebih baik baginya untuk tidak diberi ilmu, kerana ALLAH telah menerangkan bahawa sifat orang yang berilmu itu adalah menangis.” – Riwayat Ad-Daraami

Seseorang yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada orang berasa sombong kerana menyangka bahawa dirinya telah cukup layak menduduki syurga sedangkan ibadah itu belum cukup berfungsi untuk menjadikan seseorang itu rendah hati. Rasulullah juga pernah berpesan, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur (sombong).”

Ibnu Qayyim, seorang ulama terkenal pernah menyenaraikan 10 jenis tangisan manusia:

  1. Tangisan kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  2. Tangisan kerana rasa takut.
  3. Tangisan kerana cinta.
  4. Tangisan kerana gembira.
  5. Tangisan kerana menghadapi penderitaan.
  6. Tangisan kerana terlalu sedih.
  7. Tangisan kerana terasa hina dan lemah.
  8. Tangisan untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Tangisan kerana terikut-ikut atau terpengaruh dengan tangisan orang lain.
  10. Tangisan orang munafik yang penuh kepura-puraan.

Tak perlulah menangis bersedih atas ketentuan takdir (..ayat untuk pujuk diri…). Kalau tak mampu menahan air mata, maka menangislah tapi jangan sampai mempersoalkan ketentuan ALLAH. Menangis atas rasa rendah hati, atas rasa tak mampu, lalu dengan rasa tersebut terzahir ucapan penyerahan dan pengaduan kepada ALLAH:

Tangisan ini bukan kerana aku mempersoalkan atau mempertikaikan ketentuan-Mu ya ALLAH tetapi kerana lemahnya aku mengendali diri. Kuatkan imanku, berikan hidayah kepadaku dan limpahkanlah rahmat-Mu sebagai bekalan hidupku…

Afgan – PadaMu Kubersujud
[Janji Kekasih (slot Zehra) setiap Jumaat, 9.00 malam]

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya ALLAH

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya ALLAH
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Pada-Mu…

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
29 Jun 2010M = 16 Rejab 1431H
Selasa, tentukan hidup anda!

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

6 Comments

  1. Siti Zaleha Hata said,

    01/07/2010 at 22:34

    salam kak…sy tumpang sedih ats apa yg akk coretkn…
    sabar ye kak..sesungguhnya Allah itu Maha Luas PengetahuanNya…kerna Dia lebih mengetahui apa yg t’baik buat hambaNya..
    Pasti ada hikmah d sebalik apa yg terjadi..kuatkn semangat ye kak…
    Doa sy sntiasa bersama akk n kawan2 yg laen..

    • Noor Atikah said,

      02/07/2010 at 10:03

      huhuhuu…maceh yer leha..
      akak pon time tulis post nie x sedih
      (sebab akak sedih bukan sebab post nie hikhik..)
      leha plak yang sedih hehe…
      BTW, alhamdulillah..harap2 leha dapat ilmu dari post nie..

  2. Atieshu said,

    13/07/2010 at 09:28

    Huh ??
    Berbaloi sangat saya baca post ni.
    Sebab saya tertarik dengan tajuk dia…
    al maklum la… baru-baru ni baru lepas menangis.
    tq2…

  3. atie said,

    14/11/2010 at 16:55

    sy mmg cepat menangis…sikit2 nak nangis…terbaru, menangis masa konvo anak…bukan konvo u…tp konvo tadika…rupa2nya itu adalah…”tangisan kerana sayang dan kelembutan hati”..thanx for this info Noor…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: