TEKNIK MUDAH MEMPENGARUHI ORANG

Better communication..

Location: Tepi longkang dekat dengan bus stop
Time: 1300

Woi, mesra betul aku tengok kau bersembang dengan budak tu. Kau kenal ke dia? Tak pernah nampak pun sebelum ni kau kawan dengan dia.

Takdelah, aku pun baru kejap tadi je kenal budak tu. Aku pun pelik apa hal boleh mesra macam tu. Macam kitorang pernah kenal pulak sebelum ni.

Biar betul. Entah apa yang dia dah jampi kat kau. Pada hal bukan aku tak tahu kau tu kalau dengan orang yang tak kenal menyombong je.

Dahlah kau, tak membebel sehari memang tak sah. Jom pergi masjid, dah nak masuk Zohor ni.

Location: Cafeteria
Time: 1500

Kau kenapa? Tak baik tau termenung depan rezeki. Kalau kau tak nak aku nak.

Makan je yang kau tahu. Ini pasal hal tadilah. Aku pulak rasa pelik macam mana boleh mesra dengan budak tadi.

Hah, itulah. Tadi aku tanya kau cakap aku membebel. Kan dah terkena ‘badi’ aku.

Serious la sikit. Aku takut kena ubat guna-guna je.

Mengarutlah kau ni, tahulah kau famous. Aku rasa somehow apa yang jadi tadi ada kaitan dengan teknik mudah pengaruhi orang atau Matching and Mirroring yang aku baca dari Majalah Nur edisi Mac 2010 di bahagian Kuasai Diri. Penulisnya Mohd Rizal Hassan.

Kau biar betul. Aku tak nak jadi sewel kena ubat guna-guna.

Confirm, kau tak sewel. Bila kau belajar teknik tu, automatik kau akan jadi mesra dengan orang lain dalam masa yang singkat. Then kau boleh membaca bahasa badan seseorang sebab kau dah tahu macam mana untuk berkomunikasi secara berkesan dengannya. Ketiga, kau dapat mempengaruhi orang walaupun tanpa komunikasi.

Macam mana tu?

Teknik Matching and Mirroring tu asasnya bila ada persamaan antara kau dengan seseorang, perasaan senang antara kau dan dia akan timbul. Contohnya tadi, padanan (match) antara kau dengan budak itu ialah bahasa loghat negeri yang digunakan. Tipulah kalau kau tak rasa lebih selesa atau teruja bila bersembang dengan orang yang seloghat bahasa dengan kau di tengah-tengah masyarakat yang menggunakan loghat bahasa lain. Tak banyak, sikit.”

Tak dapat dinafikan. Aku excited jugalah bila ada seorang yang boleh bercakap loghat Perak di negeri Kelantan ni. Pening kepala nak memahamkan loghat Kelantan ni. Okey, teruskan.

Yang kedua, bahasa badan menggunakan teknik cermin (mirror). Kau perasan tak, budak tu tiru semua bahasa badan kau?

Tak.

Memanglah, sebab kau syok sangat bersembang dengan budak tu tadi. Perasan tak, di awal perbualan pada masa kau cekak pinggang tadi budak tu pun cekak pinggang jugak. Bila kau peluk tubuh, budak tu pun peluk tubuh. Bila kau lunjurkan kaki, budak tu ikut juga.

Yup, ada! Tapi waktu itu aku tak terfikir apa-apa sebab rasanya perbualan jadi semakin rancak pula.

At the end of the chat, bila budak tu pegang jam, kau pulak terikut pegang jam. Bila budak tu sengetkan kepala, kau pun ikut senget. Hahahaa… Aku agak kalau budak tu saja nak test kau, dia garu ketiak pun kau ikut garu. Hahahaa…

Wah, sebijik macam kena ilmu guna-guna.

Betul, tapi tanpa menggunakan sihir. Aku rasa ilmu ini menggunakan teknik manipulasi psikologi untuk ‘menundukkan’ seseorang. Ilmu ini bagus untuk diaplikasikan semasa proses tawar menawar, sesi temuduga, kaunseling dan sebagainya.

Bagus juga belajar ilmu ini. Tak payah lagi nak susah-susah pakai tangkal atau pelaris atau pemanis atau segala macam benda-benda syirik untuk meraih pengaruh dari orang lain.

Betul. Selain daripada teknik padan dan cermin dengan meniru bahasa badan dan topik perbualan, kau juga boleh tiru air muka, antonasi suara, nada dan sebagainya.

Cuba kau huraikan sikit.

Contoh tiru air muka, kalau kau tersengih depan muka bos kau yang tengah marah, silap hari bulan kau kena notis berhenti 24 jam. Cuba kalau kau ubah mimik muka daripada sengih kepada serius, berkemungkinan besar marah bos kau tu akan menurun. Aplikasi yang sama juga kau boleh gunakan untuk antonasi suara dan nada.

Patutlah aku boleh setuju je dengan ajakan budak tu pergi seminar Sabtu ini. Pada hal aku bukan minat pun dengan topik perbincangannya. Ish, budak tu kalau jadi promoter mesti duit masyuk.

Tapi selain banyak-banyak teknik yang aku dah cakap tadi, teknik menyamakan pernafasan adalah teknik yang paling mencabar. Untuk aku teorikan teknik ini bukanlah sesuatu yang mudah sebab ia adalah sesuatu yang sangat praktikal. Kau akan faham kalau kau dah mengalaminya. Dan kalau kau nak tahu budak itu berjaya aplikasikan teknik ini ke atas kau. Bila kau tarik nafas, budak itu pun tarik. Dah macam bahan eksperimen pulak aku tengok kau. Hahahaa… Hebat betul budak tu! Nampak sangat ilmu Matching and Mirroring ini telah dapat dikuasai dengan baik.

Macam mana kau boleh overconfident ni? Entah-entah semuanya kebetulan saja.

Ingat tak tadi aku ada cakap di akhir perbualan bila budak tu pegang jam, kau pulak terikut pegang jam. Bila budak tu sengetkan kepala, kau pun ikut senget. Inilah yang dinamakan rapport atau keadaan di mana perhubungan yang sangat erat telah terjalin antara kau dengan budak itu. Sampaikan kau sendiri boleh terikut dengan pergerakan budak tu. Yang paling jelas, bukan cara kau menyenget kepala bila bercakap.

Apa agaknya akan jadi kalau tiba-tiba aku tukar bahasa badan aku atau aku refuse untuk benarkan budak tu ikut bahasa badan aku?

Apa lagi, mismatchinglah. Bila mismatching terjadi, sekurang-kurangnya perbualan yang dahulunya rancak akan jadi kurang rancak. Paling teruk, boleh sampai terhenti terus. Dan kalau kau aplikasikan mismatching ni tadi bolehlah aku ajak kau temankan aku ke MPH Bookstore hari Sabtu ni. Tapi kau dah janji nak hadir ke seminar tu jadi selamat tinggal ajelah ye.

La… Kau memang saja aje nak uji iman aku kan? Habis tu kenapa kau pelik pulak tadi bila aku mesra dengan budak tu pada hal kau dah tahu tentang teknik ni?

Tadi aku lapar so otak aku kurang berfungsi, tapi sekarang aku dah kenyang. Otak aku lebih mudah berfungsi lepas makan. Hahahaa…

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
25 Jun 2010M = 12 Rejab 1431H
Jumaat, hari penuh berkat!

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: