BAB 2: KISAH PENGEMBARAAN KE SIIUC

Akhirnya dapat juga saya give further reports tentang kisah saya di SIIUC baru-baru ini. Penulisan saya tergendala beberapa kali kerana kelemahan power supply yang menyebabkan kesan secara langsung pada komputer dan recently banyaklah pula events yang perlu saya follow up.

Perkara-perkara tersebut menyebabkan saya terpaksa mendrafkan dahulu bab dua ini sehingga saya dapat update follow up events itu. Berat jugalah otak ini menyimpan segala info supaya tak hilang dek angin lalu.

Whatever pun, berikut merupakan catatan perjalanan saya di sana…

***

Pagi yang gelap, kini sudah terang... - Pemandangan dari beranda Parcel 7 tingkat 9 Apartment Type A

Saya dan adik (Farah Syamimi binti Noordin bin Taib bin Ahmad) selamat tiba di SIIUC selepas waktu Zohor pada Ahad, 13 Jun 2010. Alhamdulillah kami berjaya menumpang di satu apartment kosong tingkat sembilan Type A Parcel 7. Asalnya saya bercadang untuk menumpang di bilik member tapi nak dijadikan cerita bilik mereka semua telah penuh. Saya pula tak punya ramai kenalan di SIIUC jadi sebab itulah saya terpaksa juga mencari bilik kosong.

Hari ini kami tidak ke mana-mana. Letih mengemas dan menempuh perjalanan selama dua jam setengah menyebabkan saya tidur awal. Lagipun esok saya perlu keluar awal untuk menyelesaikan urusan tamat pengajian dan konvokesyen.

Apa pun, saya amat berterima kasih kepada Riz sebab sudi datang jadi tetamu saya hari itu. Daripada Rizlah saya dapat update recent information about SIIUC.

Obviously perbincangan kami pada masa itu banyak bertumpu pada luahan rasa tension Riz sebab katanya suasana hidup peringkat degree sangat jauh berbeza dengan suasana hidup semasa bejalar diploma dulu. Pelajaran lebih sukar, lecturer makin straight, hati bertambah lonely. Sampai suatu tahap terkeluar juga soalan, ‘bilalah nak habis belajar ni’ padahal baru sebulan pembelajaran bermula.

Biasalah, makin tinggi tingkat ilmu maka makin mencabarlah proses untuk mencari ilmu itu. Tak thrilllah hidup tanpa cabaran, kan?

Esoknya saya bersiap awal macam nak pergi kelas pagi. Dah lama juga tak rasa suasana seperti ini, syahdu pula rasanya. Cadangnya saya akan bertolak pada jam 10 pagi dan alhamdulillah, saya tidak ber’janji Melayu’ pada diri sendiri. Sebelum bertolak, sempatlah juga ambil simple breakfast memandangkan saya sendiri tak tahu berapa lama masa yang perlu diambil untuk selesaikan urusan ini. Jadi better not to keep an empty stomach with me.

Lokasi tujuan saya hari itu, One Stop Center (OSC). Sekali sampai je sana, fullamak!! Wah, benda ni ke yang diorang bina sejak dua tiga semester lepas. Canggih gitu. Manalah SIIUC kaut duit nak buat benda ni. Perkara kedua yang saya fikirkan, “Alamak, camner nih. Ah, redah jelah…

Dengar cerita dari Riz semalam, sekarang sistem dah totally lain. Dah tak perlu berkerumun di Jabatan Pambangunan Mahasiswa (JPM) atau menapak ke jabatan-jabatan lain untuk setelkan semua urusan. Pergi saja ke OSC, ambil nombor, isi borang dan tunggu saja di kerusi empuk sampai nombor dipanggil. Silap-silap siap tertidur sekali dalam bilik itu melayan sejuk air-conditioner di hari yang panas.

OSC ialah pusat untuk pelajar selesaikan urusan berkaitan JPM, Jabatan Kemasukan dan Rekod Pelajar (JKRP), Jabatan Akademik dan Peperiksaan (JAP) dan Jabatan Bendahari. Mungkin ada jabatan-jabatan lain lagi tapi saya kurang arif tentang hal tersebut.

Sekarang dah ada sistem ambil nombor giliran untuk berurusan di kaunter OSC, sebijik macam di bank. Kalau ada antara anda yang tak pernah masuk bank, jangan bimbang. Mungkin akan tidak akan berhadapan dengan kesukaran untuk berurusan sebab anda boleh bertanya kepada Pak Cik Guard yang all the time berdiri di tepi pintu masuk OSC. Siap dibukakan pintu lagi untuk anda haha..

Maaflah, saya over happy pulak. Bukan apa, recently susah nak jumpa kakitangan kaunter yang berhemah macam di OSC. Even in SIIUC, inilah antara hari yang saya rasa paling mudah dan menyenangkan sebab tak perlu berhadapan dengan kakitangan yang mood swing tak kira kakitangan lelaki atau perempuan.

Tup tup dua tiga langkah sebelum masuk terserempak pula dengan Azian dan Hidayah. Adalah juga teman memandangkan masing-masing memang no idea dengan sistem baru ini. Saya sendiri pun kalau takde briefing dari Riz, mungkin akan blur juga. Alhamdulillah, walaupun hari itu agak sesak kami berjaya selesaikan Borang Pengesahan Tamat Pengajian dalam tempoh tak sampai sejam.

Komen saya tentang SIIUC yang baru? Peningkatan yang memberangsangkan. Saya amat menyokong usaha SIIUC menaik taraf sistem bagi melicinkan lagi segala urusan. Yang paling penting, takdelah tension-tension lagi every time balik saja dari berurusan dengan Kakitangan Kaunter Jabatan. Fikiran tenang, hati pun senang.

Perlu diingat, komen ini saya tujukan hanya pada OSC. Segala tempat lain selain OSC tak masuk kategori. Sebab penjaga kaunter koperasi dan kafeteria still dengan mood yang sama. Tak tahulah kalau-kalau perbezaan layanan ini berkait rapat dengan persamaan gender. Harap-harapnya bukanlah.

Lepas itu macam biasalah, bila fikiran tenang perut pun mula menyanyi. Lalu ke cafeterialah kaki melangkah. Bila hati senang, beli pun macam-macam.

On the way ke last check point untuk beli makanan rapu, terserempak pula dengan Nisa, Riz, Bariah, Nana dan Adah yang juga on the way ke tempat yang sama. Masing-masing masih menunjukkan muka yang happy walaupun deep inside maybe tengah tension dengan assignment yang berlambak-lambak.

Petang itu, Nisa datang bilik. Dua jam jugalah kami berborak. Macam-macam yang nisa cerita. Tapi basically lebih kurang macam cerita Riz walaupun banyak juga info baru yang saya dapat. Kami sembang pasal UPU, pasal tension banyak assignment, pasal hidup, pasal Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang performance makin malap (tula, ingat senang ke nak jadi leader? Time orang lain jadi leader dulu bukan main lagi drop orang tu…) dan macam-macam lagi. Terima kasih Nisa kerana sudi jadi tetamu saya.

***

Tamatlah sudah kisah ini. Keseluruhan pengalaman memang menarik. Yang paling saya tak boleh lupa ialah betapa sepatutnya pelajar-pelajar yang menginap di Parcel 6, 7 dan 8 perlu bersyukur sebab pemandangan luarnya sangat-sangat indah. Pagi dengan kabusnya, petang dengan burung camarnya. Even adik saya pun entah berapa banyak kali ucap terima kasih sebab saya sudi ajak dia tinggal sekali.

Kesimpulannya, bayaran RM700-RM1500 per semester memang berbaloi untuk tempat seperti ini (keadaan tandas untuk penghuni Type C dan D dikecualikan). Mungkin universiti awam lain pun tak dapat sediakan tempat tinggal mewah seperti ini untuk pelajarnya. Sebab itulah sampai sekarang saya tak pernah berkira dengan yuran asrama yang sangat tinggi.

Syukran jazilan untuk segala kebaikan yang saya dapat rasai di SIIUC dan all the best untuk masa depan SIIUC. Selamat tinggal SIIUC

Gambatte, SIIUC!!

Ruang tamu dan ruang makan

Matahari terbit

Sungai Semenyih

Gerimis

Petang yang terang, kini sudah malam...

Malam yang gelap, tapi sudah terang..

Pemandangan malam

Sempat ambil gambar kenang-kenangan di laluan buluh

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
22 Jun 2010M = 9 Rejab 1431H
Selasa

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

1 Comment

  1. 25/08/2010 at 19:53

    kadang wanita termasuk ciptaan tuhan yang sulit dimengerti. pengennya aneh-aneh Sulit dimengerti. dan cewek memang lebih banyak bicara. kata-kata yang dilontarkan rata-rata 2 kali lipat lebih banyak daripada seorang cowok. Menurut survey – memang begitu, dan harus dipenuhi. biar gak cepat tua kali ya…. :d jadi tanggapilah dia…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: