STANDING IN THE EYES OF THE WORLD (Respon keputusan permohonan kemasukan ke IPTA 2010)

Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up - Thomas Edison

Jumaat lepas, 18 Jun 2010, keputusan permohonan kemasukan ke IPTA sesi 2010 dari Unit Pusat Universiti (UPU) telah keluar. As expected, keputusan tersebut mungkin merupakan salah satu dari pintu-pintu kegembiraan atau salah satu dari pintu-pintu kesedihan pelajar-pelajar yang memohonnya.

As expected jugak, tak menang tangan jugalah handphone saya menerima message and calls dari member-member (adik-adik) seangkatan yang mahu tahu apa keputusan permohonan UPU saya. Selain itu, ramai jugalah yang mengadu kurang bernasib baik kerana permohonan mereka ditolak. Akibatnya, kepada sayalah tempat untuk mereka mengadu.

Sampai satu ketika ada jugalah kelawakan yang terjadi. Misalnya saya ditanya dengan soalan yang bukan berkaitan dengan saya seperti, “Akak, mana nak ambil surat pengesahan tamat pengajian”, padahal yang bertanya itu pelajar politeknik dan saya pelajar kolej. Biasalah, kelam-kabut jadinya. Tapi deep inside me teringin sangat nak jawab balik, “Takpe, esok ambil kat ofis akak pas akak cop surat tu hahahaa…” Oleh sebab orang yang bertanya itu sedang bersedih, niat ‘murni’ tersebut terpaksa diconsider balik. Karang nangis susah pulak nak pujuk balik.

Kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke IPTA, setinggi-tinggi tahniah dan all the best diucapkan.

Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba

Jadi yang terbaik supaya boleh ‘standing in the eyes of the world’! Ini cabaran saya kepada anda!

Wahai adik-adik yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran ke IPTA, ini bukan masanya untuk berputus asa. Sebab apa? Sebab anda semua masih ada peluang lagi untuk masuk universiti iaitu melalui proses rayuan. Mungkin nampaknya tak grand, tapi…ahh!! Pedulikan saja! Kalau dapat tawaran ambilan kedua pun, anda masih belajar subjek sama yang pelajar-pelajar ambilan pertama ambil juga. Jadinya, tiada bezanya antara anda dan mereka. Apa nak dimalukan.

Dengar cerita, ramainya pelajar yang gagal ditawarkan adalah dari kalangan mereka yang baru menamatkan pengajian dan tidak dapat menyertakan transkrip penuh akademik kerana keputusan peperiksaan akhir belum keluar semasa memohon. Oleh itu, pihak UPU dan universiti tidak boleh memproses permohonan tersebut kerana ststus pelajar itu masih samar-samar.

Whatever pun jawapannya, yang pasti sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya untuk memohon tapi gagal mendapat sebarang tawaran, anggap saja anda tiada rezeki untuk berada dalam golongan ambilan pertama. Saya kaitkan dengan rezeki sebab USM ada juga menerima pelajar without full academic transcript even apabila ditanya oleh pelajar yang gagal mendapat tempat, jawapan yang diterima adalah, “Kami tak akan memproses permohonan tanpa transkrip penuh akademik.” Jadi, chill lah.

Kalau anda rasa keputusan akademik anda sudah cukup bagus untuk mendapat tawaran, mari sini dengar cerita ini. Di kalangan yang gagal mendapat tawaran juga ada yang merupakan pelajar kelas pertama dengan pointer 3.70 ke atas. Mereka bukan calang-calang pelajar di IPT. Sebahagian dari mereka merupakan pelajar aktif dan masih mampu mengekalkan prestasi akademik yang terunggul walaupun sibuk dengan aktiviti kelab dan sebagainya. Sekali lagi ditegaskan, ini soal rezeki.

Mungkin anda tak tahu, Thomas Edison pernah berkata, “Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.” Tau tak apa maksudnya? Dalam bahasa Melayu maksudnya, ‘Ramai orang yang gagal adalah mereka yang tidak menyedari betapa rapatnya mereka dari kejayaan di saat mereka berputus asa.’

Sekaranglah masanya untuk kita semua wake up, dan sedar bahawa untuk berjaya dalam hidup ini bukanlah semudah petik jari atau seenak makan kacang. Apa yang anda hadapi sekarang cuma secebis dari cabaran-cabaran dunia yang perlu anda hadapi dalam hidup ini. Kalau dengan sejentik cabaran ini pun semangat anda telah goyah, makin sukarlah perjalanan anda di masa depan.

Sedih? Ya, semua manusia akan sedih bila gagal. Sesadis- sadis manusia pun akan sedih juga bila gagal. Tapi yang membezakan manusia-manusia tersebut ialah semangatnya untuk bangkit bila sudah tersungkur. Dan untuk pengetahuan anda, manusia yang paling saya tabik spring ialah mereka yang mampu bangkit gagah semula bila jatuh tersungkur terhantuk batu. Kerana mereka manusia hebat!

Saya tak faham perasaan anda?

Haha.. Mungkin saya adalah manusia yang paling faham apa yang anda rasakan. Sebabnya, saya di sini dengan terbuka ingin memberitahu semua bahawasanya permohonan saya juga telah direject!

Buka pekung di dada?

Erm..saya lebih cenderung untuk mengatakan, it’s not the end of the worldlah untuk kita give up hope sekarang. Kalau anda baru pertama kali gagal untuk mendapat tempat ke IPTA, saya sudah tiga kali. Ya, TIGA. Pertama kali gagal semasa memohon untuk program pengajian lepasan SPM. Gagal kali kedua (selepas STPM) dan ketiga (sekarang) untuk program pengajian lepasan STPM/setaraf.

Teruknya? Ya, memang teruk. Sampai saya lupa bagaimana rasanya kecewa bila pertama kali gagal. Tapi ingin saya ulangi, it’s not the end of the worldlah untuk kita give up hope sekarang.

Kenapa saya cakap macam tu? Sebab dalam hidup saya tidak serahkan bulat-bulat nasib saya pada Plan A, iaitu menyambung pengajian. Saya masih ada back-up plan iaitu Plan B (meneruskan perniagaan internet), Plan C (bekerja), Plan D (mengambil program Pengajian Jarak Jauh – PJJ) dan seterusnya.

Di mana saya mendapat kekuatan?

Dari adik-adik saya… dalam erti kata lain, dari anda! Kenapa? Sebab sejak selepas SPM, saya bersekolah (Tingkatan Enam) bersama adik-adik hinggalah selepas menamatkan diploma juga bersama-sama adik-adik semuda 3 tahun dari saya.

Bila bersama dengan adik-adik, perjalanan menunut ilmu anda tidak akan lagi sama rasanya dengan menuntut bersama-sama rakan sebaya. Sayalah tempat untuk ‘pohon-pohon hijau’ ini mengadu suka duka nasib mereka. Jadi, di hadapan ‘pohon-pohon hijau’ ini saya perlu jadi lebih kuat dari mereka sebab saya juga mahu mereka jadi kuat dengan cabaran dunia. Sekiranya saya menunjukkan kerapuhan semangat pada mereka, kemungkinan juga saya akan salurkan semangat yang sama pada mereka. I can’t let that to happen because I sincerely love my sisters and brothers very much.

ALLAH Azzawajalla pernah berfirman yang bermaksud,

“Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan permintaan kamu.”

Kalau permintaan anda tidak dikabulkan, ingat kata-kata ini:

Dalam hidup ini, ALLAH tak selalu beri apa yang kita mahu tapi kita pasti terima apa yang kita perlu. Menarik bukan?

Akhir kata, mari hayati lagu ini…

STANDING IN THE EYES OF THE WORLD – ELLA

Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi demi kejayaan
Terdidik sejak mula tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini ‘standing in the eyes of the world’
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar ‘standing in the eyes of the world

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba

Be strong, guys. Be strong!

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
21 Jun 2010M = 8 Rejab 1431H
Isnin, STANDING IN THE EYES OF THE WORLD

____________________________________________________________

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Advertisements

4 Comments

  1. Siti Zaleha Hata said,

    01/07/2010 at 22:47

    kak..ur da best sister i’ve ever met…sy kagum dgn smngt akk…b’genang air mata bc post akk ni…sy kagum dgn akk…..
    trm kasih sbb sudi jd tmpt bg km pohon2 hijau ini utk meluahkn prasaan…
    sy b’syukur pd Allah sbb d’beri ksmptn utk mengenali insan yg b’nama noor atikah noordin..
    klu akk ada mslh, jgn segan silu utk msg o kol sy..x pun kwn2 kt yg laen..insyaAllah sy ada ms utk akk…
    thank u kak..

    • Noor Atikah said,

      02/07/2010 at 10:09

      akak pon bukannye semangat kuat sangat
      eksyen je depan korang hihii..
      akak pon cam manusia bese gak,
      kalo sedih nanges..
      cume akak tanak korang tengok bile akak nanges
      yela, da tue2 nie buruk kang kalo nanges hikhik..
      (kecuali aritu kat kuis…tapi 2 sebab drama sedih sangat hihii..)
      neway, TQVM leha..
      u r the bez sis!! 🙂

  2. minn said,

    23/09/2010 at 01:46

    akak..terharu sgt bace post akak ni…
    bulan 7 ari tu sy tak berjaya dapat upu..
    n skarang st tak masuk u pun…sedih tu mmg sedih sgt sbb nak ikutkan pointer sy bley msih ok la..pnat sy study…
    mgkin sy slh pilih kos…
    tp sy ade apply 2nd intake uitm…hrp2 la kali ni dapat..
    tp…klo tak dpt..macam mane agknye???? 😦
    sy pelajar lpsan matrik…akak rase kalau saya mintak upu tahun depan boleh tak??
    sbb matrik ni bukan mcm stpm…sijil matrik tak bley kerja…
    help me sis~~~!!!

    • Noor Atikah said,

      26/09/2010 at 17:42

      Pertama sekali, terima kasih sebab sudi baca post nie 🙂
      Second, sori 4 the late reply..akak bizi ngan midterm minggu nie huhuu..

      Akak tak pandai sangat bab2 UPU nie
      So akak just boleh kasi idea je apa yang adik boleh buat

      Problem:
      1) Yes, mungkin pilihan kos adik x tepat dengan kelayakan or kos yang adik apply terlalu famous. So adik kene bersaing untuk dapat tempat. Selalunye kos yang femes akan diapply oleh orang yang super terror, like maybe 4 flat students..

      2) Universiti yang adik pilih are the famous universities. So persaingan terlalu hebat. Kalau ditambah point (1), lebih2 lagi lah banyak persaingan..

      Solution:
      1) Apply, apply and apply lagi..
      X kisahlah mana2 U pun. Di UUM pun ada ambilan kedua akhir tahun. Asalkan semangat adik untuk belajar tak luntur.. X kisahlah lambat atau cepat. Ada rezeki, kita jumpa pada ambilan sesi kedua UUM.. 🙂

      2) Buat pusingan 180 degree
      Dalam kes akak, akak pernah ambil STPM – aliran sains. Oleh sebab pointer x cukup untuk apply degree, akak buat keputusan untuk ambil semula A-level (diploma) tapi tukar aliran sastera. Alhamdulillah, walaupun akak still rindu pada sains stream, sastera lebih sesuai dengan akak. Yes, lambat. Kadang2 kita risau sangat pada pandangan orang lain sampaikan malu nak sambung belajar dalam usia ‘tua’. Nasihat akak, jangan risau. Di U, ramai pelajar yang sudah ‘tua’..hehe

      3) Tukar pilihan kos atau tukar pilihan U..
      Relax, mana2 tempat belajar pun sama. Apa2 kos pun menarik. Tapi psikologi kita yang selalu kata x seronok, x menarik, x minat dll. Pernah dengar x kata2, “Kalau kita x dapat apa yang kita suka, kita perlu suka apa yang kita dapat.” – Sebab, ALLAH Yang Maha Mengatur pasti lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Yakinlah!

      4) Jumpa dan minta nasihat dari orang yang lebih layak..
      Ok, akak mungkin salah seorang yang boleh nasihatkan adik, tapi akak takde ‘tauliah’. Maybe adik boleh minta nasihat kaunselor di sekolah. InsyaALLAH, mereka pasti boleh bantu adik.

      5) Isi masa lapang
      Pastinya dengan sesuatu yang bermanfaat. Adik boleh ambil kursus2 seperti kursus bahasa, kursus IT dsbgnya. Atau adik juga boleh buat perniagaan sendiri. Simple online business should be ok. Masa itu nyawa! Manfaatkannya.

      Semoga adik terus bermotivasi untuk meneruskan hidup!
      Ingat, orang yang berjaya bukanlah kerana dia tak pernah gagal tapi dia berjaya menjadikan kegagalan tersebut sebagai pemangkin kejayaannya!
      Sentiasalah positif dengan cabaran hidup yer dik..

      p/s: Semoga bermanfaat, ameen~ 🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: