BAB 1: KISAH PENGEMBARAAN KE SIIUC

Esok, 13 Jun 2010 saya akan ke SIIUC. Kedatangan saya di sana bukan untuk mendaftar tapi atas sebab yang lebih istimewa, register out dari kolej. Kali ini saya tidak bersendirian tapi ditemani oleh adik perempuan saya.

Ikut plan, saya cadang nak stay dalam dua tiga hari saja tapi it depends juga pada available tickets yang ada untuk perjalanan balik memandangkan cuti sekolah akan berakhir pada 20 haribulan ini. Risaulah juga takde tiket nak balik.

Sementara itu sebelum balik cadangnya nak jalan-jalan di sekitar Selangor. Takdelah dok terperap je dalam bilik. Lagipun bolehlah juga saya tunjuk pada adik dunia saya sepanjang di Selangor tu. Sambil jalan-jalan bolehlah shopping sikit.

Mengikut plan juga, saya akan menumpang di mana-mana bilik asrama SIIUC. If possible, apartment type A atau B. Time inilah nak merasa duduk di bilik besar dengan harga sewa antara RM1000 hingga RM1500 satu semester seorang. ‘Murah’ kan? Kami gelar asrama kami ini ‘Bangunan Orang Ternama’ (B.O.T.) walaupun sebenarnya BOT tu merujuk kepada pengertian lain.

Mungkin ada yang bertanya apa perlunya register out sedangkan di IPT lain tak perlu datang semula ke kolej untuk uruskan hal Borang Kuning atau borang tamat belajar.

Itulah ‘keistimewaan’ SIIUC yang anda perlu tahu dan dengan keistimewaan inilah sampai satu tahap saya pernah terfikir bagaimanalah nasib pelajar-pelajar overseas seperti pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak (abaikan pelajar foreigners sebab ada kebarangkalian mereka dimanjakan dengan keistimewaan lain) yang perlu bersusah payah kembali ke kolej hanya untuk menyelesaikan hal seremeh meminta cop dari tiga departments sebelum boleh diklasifikasikan sebagai ‘sudah tamat belajar’.

Dalam Borang Kuning tersebut, secara khususnya kami perlu mendapatkan cop dari library, Pejabat Bendahari dan Jabatan Kemasukan dan Rekod Pelajar. Saya sendiri tak pasti kenapa borang ini dinamakan Borang Kuning. Obviously sebab kertas terbuang yang digunakan berwarna kuning. Mungkin kalau kertas terbuang itu berwarna pink, ia akan digelar pula Borang Pink. Mungkin…

Huh, ape? Sinis? Takpe, kalau apa yang saya katakan tadi tidak berkaitan dengan mana-mana pihak tidak ada sebab munasabah untuk sesiapa pun rasa terpedas dengan ayat-ayat sinis saya. Pepatah pun pernah berkata, ‘Siapa yang makan cili, dialah yang akan terasa pedasnya.’

So, ada sesiapa yang termakan cili tak tadi? Kalau takde, bagus!

Alamak, actually saya nak tulis post berkaitan dengan perkara lain tapi lain pulak yang jadi. Takpelah, nanti saya follow up exact post dalam bab kedua. Tunggu…

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
12 Jun 2010M = 29 Jamadilakhir 1431H
Sabtu, terus maju dan maju!

____________________________________________________________

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: