BERPERANG DENGAN SI 'BLUR'!

Minggu ini mood saya untuk mengupdate blog seperti telah diflushed away. Tak tahulah kanapa. Tapi yang paling obvious lepas balik dari kampung je terus takde semangat.

Mungkinlah juga lepas tahu keputusan ambilan ke USM sidang akademik 2010 tidak berjaya telah menyebabkan semangat saya yang sememangnya low ni terus down.

Actually saya bukan menaruh harapan tinggi pun untuk dapat tawaran tu sebab kursus yang saya mahu tak ditawarkan. Saya terpaksa akur dan berpuas hati dengan hanya memilih kursus yang berkaitan dengan previous course yang diambil iaitu Degree in Management.

Habis tu kenapa saya takde semangat?

Sebabnya, dengan keputusan tersebut nampaknya terpaksalah saya menunggu lagi sehingga minggu ketiga bulan Jun untuk mengesahkan di mana pula saya akan dicampakkan selepas ini. Penantian yang mendebarkan sekaligus memenatkan… Nak-nak lagi perihal tersebut (wah, ayat skema!!) saya tahu semasa bercuti di kampung saya di Pulau Pinang. Aduss!!

Selain itu, ketidak-ada-mood-an tersebut mungkin juga disebabkan otak ini tengah fikirkan tentang plan untuk berkampung selama 2-3 hari di KUIS.

Berpusing-pusing jugalah memikirkan hal ni. Maklumlah, nanti Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tanya ada jugalah jawapan konkrit yang boleh diberi. Antara soalan yang sure ditanya pastinya:

  1. Pergi dengan siapa?
  2. Pergi nak dihantar atau pergi sendiri?
  3. Bajet?
  4. Stay berapa hari?
  5. Nanti tidur kat mana?
  6. Apesal nak stay sampai 2-3 hari?
  7. Pergi balik hari takleh ke?

Rasanya banyak lagi soalan yang akan ditanya. Yang pastinya setiap soalan perlu ada jawapan konkrit dan releven supaya request tak ditolak. Risau jugalah sebab kebanyakan jawapan saya belum boleh confirmkan lagi jawapannya.

‘Di pagi hari dah terasa lesu?’ Maybe sebenarnya saya kena minum Nesvita je kot hihi…

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
7 Jun 2010M = 24 Jamadilakhir 1431H
Isnin

____________________________________________________________

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: