BETUL KATA, SALAH PULA MAKNA

Sembang tengah malam

“Kak Tikah, nak dengar cerita tak?” tanya adik lelaki saya suatu malam, lebih kurang jam 2 pagi.

Malam tu kami tidur lambat, asyik sangat bercerita. Adik saya ini memang banyak cerita. Biasalah, orang panjang langkah.

“Cerita apa?” tanya saya.

“Tadi Ami pergi masjid. Di sana Ami jumpa seorang pak cik ni. Dia tanya macam mana nak uruskan anaknya yang susah nak dengar kata. Senang cerita, budak degillah.”

Tengok, adik saya ini kuat betul auranya bahagian komunikasi. Sampaikan pak cik tua tu boleh pula tanya soalan begitu pada dia. Padahal bukan kahwin lagi pun budak tu. Lagipun, boleh je pak cik tu tanya kat imam Masjid Sultan Azlan Shah tu, Ustaz Radzi Kamarul Hailan. Dapat solid answers lagi.

“Kalau pak cik tu tegur anaknya, budak tu buat derk je.” sambungnya.

“Jadi, Ami jawab apa?” tanya saya mahu menguji.

“Awal-awal Ami cakap, Ami belum pernah ada anak jadi apa yang Ami beritahu ni boleh jadi satu jalan daripada banyak penyelesaian yang pak cik boleh dapat. Ami tunjukkan jalan je.”

Bijak. Bahagian pendahuluan nasihat lulus.

“Boleh juga kalau Ami cakap nasihat Ami mewakili pendirian atau dari sudut pandangan seorang anak, sebab Ami tiada anak lagi. Ok, teruskan.”

“Ami cakap pada pak cik tu, beri nasihat mengikut arus. Maksudnya, nasihat yang mahu disampaikan itu perlulah bersesuaian dengan penerimaan anak itu sendiri. Contohnya, jangan menggunakan kata-kata yang kasar untuk menasihat anak yang sensitif. Sebab kata-kata kasar akan hanya membuatkan anak itu lebih terluka dan menjauhkan diri dari nasihat ibu bapanya.”

“Jawapan yang bagus. Tapi boleh lagi kalau Ami nak tambah jawapan tu.”

“Apa pandangan Kak Tikah?”

Well, sharing is caring.

“Ok. Apa yang Ami sebutkan tadi ada kaitan dengan mendengar dengan kata hati. Maknanya, ibu bapa perlulah mendengar dengan kata hati supaya nasihatnya memberi kesan terhadap anak tersebut.”

Saya diam sebentar, cuba mengumpul dan menyusun kata.

“Mula-mula tanya pak cik tu, betul tak cara didikan dia selama ini?”

“Katanya, dia sudah marah, pukul anaknya.” jawab Ami.

“Berapa usia anak pak cik tu?” tanya saya mahukan kepastian.

“Err…lebih kurang usia kita juga.”

“Hah, di situlah silapnya pak cik tu. Pembelajaran anak-anak terbahagi kepada 3 peringkat. Peringkat pertama dari umur 1 hingga 7 tahun. Peringkat bermain dengan anak-anak di samping mengajarnya. Even Rasulullah SAW pernah bersabda, “Berguraulah dengan anak kamu di kala usianya 1 hingga 7 tahun.”

Peringkat kedua, peringkat mendisiplinkan. Di peringkat inilah baru ibu bapa dibenarkan untuk menggunakan cara tegas (menggunakan rotan) untuk mengajar. Rangkuman usia, 8 hingga 14 tahun. Peringkat ketiga, berkawan. Pada usianya 15 hingga 21 tahun. Melayan anak-anak persis seorang kawan. Sebab apa? Sebab pada masa inilah tahap memberontak anak-anak sangat tinggi. Jadinya…”

“Jadinya kalau anak-anak masih dilayan seperti kanak-kanak usia 14 tahun, pastinya dia akan menolak dan memberontak! Sebab itulah terdapat ramai remaja seusia kita mencari kawan-kawan untuk meluahkan perasaan mereka. Sebab mereka rasa ibu bapa tak memahami perasaan mereka.” jawab Ami menyambung ayat saya.

“Betul tu. Lihat pak cik tu. Dia sudah terlewat mengajar anak-anak. Patutlah anaknya buat derk je. Tapi itulah, selalunya dalam usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dengan anak-anak. Sebab itulah anak-anak jauh dari ibu bapanya. Hasilnya makin dewasa, makin ibu bapa tak faham anak mereka sendiri.”

“Kesimpulannya, anak-anak ni, makin dia besar makin dia tahu berfikir. Tak kisahlah apa yang difikirkan itu betul atau salah. Asasnya makin dia tahu berfikir, makin dia degil. Kalau ibu bapa sekat kedegilannya dengan rotan, makin jauhlah budak itu dari ibu bapanya. Sebaliknya, kalau ibu bapa menggunakan cara psikologi bergaul dengan anak-anak seperti seorang rakan untuk mendampingi mereka, pasti anak-anak lebih akrab dengan mereka.” kata Ami dengan yakin.

“Tepat sekali.” balas saya.

“Mungkin post dari saifulislam.com ini dapat dijadikan sedikit rujukan untuk kita semua. Rajin-rajinlah ‘selak kitab’ tentang ilmu parenting ini kalau nak jadi ibu bapa mithali.” sambung saya.

“Itulah, kadang-kadang golongan remajalah yang sibuk-sibuk nak belajar ilmu itu atau sibuk-sibuk disuruh belajar ilmu itu. Tak dinafikan ilmu tersebut perlu dipelajari untuk persediaan masa depan. Tapi kalau kita sahut seruan menuntut ilmu, menuntut ilmu hingga ke liang lahat, sampai ke tua pun tanggungjawab menuntut ilmu itu terpikul di bahu kita.”

“Betul tu. Walaupun ibu bapa dah terlepas belajar ilmu itu di peringkat awal anak-anak membesar, tak bermakna bila sudah tua dia boleh lepas tangan. Kalau pembelajaran peringkat 8 hingga 14 tahun terlepas, ibu bapa masih ada tanggungjawab untuk aplikasikan ilmu pembelajaran/pendekatan terhadap anak-anak pada usia 15 hingga 21 tahun. Selepas umur 21 tahun pun ada cara pendekatan tertentu terhadap anak-anak. Sebab itu mereka perlu ada ilmu, atau sekurang-kurangnya berusaha untuk belajar ilmu itu.” jawab saya.

Diam. Melayang fikiran sebentar.

“Kadang-kadang…” kata saya memecah keheningan, “…ibu bapa terlalu cepat untuk menghukum anak-anak sebagai anak derhaka. Berkenaan hal ini, akak nak cerita suatu kisah. Pada suatu hari, seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.

Anak itu menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?”

Umar menjawab, “Ya.”

Dia bertanya lagi, “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?”

Jawab Umar, “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”

Anak itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan Ju’olan iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.

Umar lantas berkata kepada lelaki itu, “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”

Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

Kesimpulan dari cerita itu, sebelum ibu bapa nak jatuhkan hukum derhaka terhadap anak tersebut, lihat dan tanya dalam diri dulu, sudahkah ibu bapa sempurnakan hak anak-anak mereka. Jangan cakap tak serupa bikin.” kata saya panjang lebar.

“Agak-agak kalau ibu bapa dengar our discussion, apalah komen mereka ye.”

“Hahaha… Jangan cakap, ‘no comment’ sudah!”

Akhirnya, pukul 3.30 pagi kami tidur malam tu, melayan gebang tengah malam.

Best regards,

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
2 Jun 2010M = 19 Jamadilakhir 1431H
Rabu, mari timba ilmu!

____________________________________________________________

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: