MENANGISLAH, TAPI…

Pada-Mu ku bersujud

Minggu ini saya agak emosional (sedih). Saya tahu apa sebabnya tapi tak pasti kenapa saya perlu bersedih. Jadinya sebagai manusia normal, saya cuba cari suatu jawapan bagi memujuk hati ini. Read the rest of this entry »

Advertisements

TEKNIK MUDAH MEMPENGARUHI ORANG

Better communication..

Location: Tepi longkang dekat dengan bus stop
Time: 1300

Woi, mesra betul aku tengok kau bersembang dengan budak tu. Kau kenal ke dia? Tak pernah nampak pun sebelum ni kau kawan dengan dia.

Takdelah, aku pun baru kejap tadi je kenal budak tu. Aku pun pelik apa hal boleh mesra macam tu. Macam kitorang pernah kenal pulak sebelum ni. Read the rest of this entry »

BAB 2: KISAH PENGEMBARAAN KE SIIUC

Akhirnya dapat juga saya give further reports tentang kisah saya di SIIUC baru-baru ini. Penulisan saya tergendala beberapa kali kerana kelemahan power supply yang menyebabkan kesan secara langsung pada komputer dan recently banyaklah pula events yang perlu saya follow up.

Perkara-perkara tersebut menyebabkan saya terpaksa mendrafkan dahulu bab dua ini sehingga saya dapat update follow up events itu. Berat jugalah otak ini menyimpan segala info supaya tak hilang dek angin lalu.

Whatever pun, berikut merupakan catatan perjalanan saya di sana… Read the rest of this entry »

STANDING IN THE EYES OF THE WORLD (Respon keputusan permohonan kemasukan ke IPTA 2010)

Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up - Thomas Edison

Jumaat lepas, 18 Jun 2010, keputusan permohonan kemasukan ke IPTA sesi 2010 dari Unit Pusat Universiti (UPU) telah keluar. As expected, keputusan tersebut mungkin merupakan salah satu dari pintu-pintu kegembiraan atau salah satu dari pintu-pintu kesedihan pelajar-pelajar yang memohonnya.

As expected jugak, tak menang tangan jugalah handphone saya menerima message and calls dari member-member (adik-adik) seangkatan yang mahu tahu apa keputusan permohonan UPU saya. Selain itu, ramai jugalah yang mengadu kurang bernasib baik kerana permohonan mereka ditolak. Akibatnya, kepada sayalah tempat untuk mereka mengadu. Read the rest of this entry »

JANGAN MALAS MERANCANG

Asalnya apa yang saya ingin tuliskan dalam ‘Bab 1: Kisah Pengembaraan ke SIIUC’ adalah mengenai topik kedua ini. Tapi nak dijadikan cerita, sasaran tulisan saya tersasar disebabkan mood menyindir saya ketika itu berada pada tahap tip top.

Post kali ini saya tidak tajukkan dengan tajuk, ‘Bab 2: Kisah Pengembaraan ke SIIUC’ sebab rasanya scenario asalnya bukan pasal pengembaraan tapi pasal hal perancangan. Bab kedua nanti baru saya akan fokuskan pada kehidupan saya sepanjang saya bersuka-ria di SIIUC.

Refer balik pada post sebelum ini, di awal post saya banyak bangkitkan soal planning atau merancang. Ini menunjukkan bahawa merancang itu sangat perlu dalam kehidupan seseorang insan. Sampaikan ada pepatah orang putih berbunyi, ‘If you fail to plan, you plan to fail’ yang membawa maksud, ‘kalau tak nak gagal, jangan malas merancang okey.’

Bercakap soal perancangan ini teringat saya pengalaman sewaktu di kolej dulu. Satu-satunya pensyarah yang aktif mengingatkan kami pelajar-pelajar kursus Diploma in Human Resource Management tentang pengurusan masa ialah Encik Mohd Rizal bin Ab Karim, pensyarah part-time yang mengajar Financial Management subject.

Perkara yang selalu ditekankan, time line. Nak tau macam mana rupanya time line tu? Lihat di bawah…

Timeline

Ini adalah contoh time line yang simple. Time line yang lebih complicated atau precise mempunyai catatan masa dan hari. Time line sama juga fungsinya macam jadual rutin harian, cuma jadual rutin harian lebih fokus pada jadual hidup sehari-hari dari saat bangun tidur hingga tidur malam.

Time line pula membawa fungsi yang sedikit berbeza iaitu lebih fokus kepada jadual masa tugasan. Lazimnya time line adalah usaha atau target untuk seseorang menyelesaikan sesuatu tugasan mengikut masa yang ditetapkan.

Kenapa merancang itu penting?

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Dalam surah Al-‘Asr pun ada ditekankan tentang masa. Kapten Hafiz Firdaus Abdullah dalam blognya telah mengulas ayat tersebut dengan berkata,

…Sebenarnya apabila Allah SWT mengaitkannya dengan masa, bererti masa merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada keempat-empat tuntutan tersebut berjaya kita capai atau tidak. Dalam erti kata lain, sesiapa yang memiliki pengurusan masa yang efisyen akan mampu mencapai tuntutan-tuntutan tersebut sehingga akhirnya menjadi orang yang beruntung. Sebaliknya sesiapa yang tidak memiliki pengurusan masa yang efisyen, dia akan gagal sehingga akhirnya menjadi orang yang rugi…

Okey, maybe penjelasan di atas nampak complicated untuk difahami. Mari kita ambil contoh yang lebih dekat dengan hidup kita.

Katakan anda adalah seorang yang busy, jadi for sure anda tak punya masa free yang panjang. Maybe suatu hari anda merancang untuk keluar membeli barang-barang dapur (sebab dah 2 minggu peti ais tu kosong) pada suatu hari yang paling sibuk dalam hidup anda. Anda tidak ada pilihan masa lain sebab itulah satu-satunya hari anda boleh spend time kat shopping complex pun. Masa yang diperuntukkan untuk outing itu pula hanya dua jam, aduss! Camno nih?

Apa yang boleh anda lakukan?

Jawapannya, planning!

Pertama sekali senaraikan barang-barang yang perlu dibeli (sila ketepikan barang-barang yang tidak berkaitan dengan barang dapur ye). Kedua, kira bajet untuk setiap pembelian supaya anda ada cukup wang dan tidak perlu terhegeh-hegeh pergi cucuk duit pula sebab tak cukup bajet.

Ketiga, tahu mana destinasi untuk membeli barang-barang dapur tersebut. Dah tahu barang tu ada di tempat barangan basah, jangan ronda-ronda di kawasan kosmetik pula. Keempat, sediakan back-up plan. Yelah, mana tau barang yang anda nak tiada. Jadi sebelum anda blur kat situ, adalah juga back-up untuk cover kebluran anda tu haha..

Akhir sekali, disiplin! Kalau takde banyak, sikit disiplin pun jadilah daripada takde langsung. Kalau empat perkara di atas anda sudah ikut tapi sampai tang disiplin hancur, tak guna juga. Bayangkan berapa banyak masa anda boleh selamatkan sekiranya anda betul-betul berdisiplin dengan planning anda. Err..boleh juga menyelamatkan refrigerator anda daripada kosong lagi seminggu.

Remaining masa bolehlah anda gunakan untuk membeli barangan side lists (barang yang tak berapa perlulah tu…) atau window shopping bagi menghilangkan tension. Hasilnya, barang sudah beli, tension pun hilang.

Kesimpulannya, jangan malas merancang okey!

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
17 Jun 2010M = 4 Rejab 1431H
Khamis, terus tersenyum manis!

____________________________________________________________

BAB 1: KISAH PENGEMBARAAN KE SIIUC

Esok, 13 Jun 2010 saya akan ke SIIUC. Kedatangan saya di sana bukan untuk mendaftar tapi atas sebab yang lebih istimewa, register out dari kolej. Kali ini saya tidak bersendirian tapi ditemani oleh adik perempuan saya.

Ikut plan, saya cadang nak stay dalam dua tiga hari saja tapi it depends juga pada available tickets yang ada untuk perjalanan balik memandangkan cuti sekolah akan berakhir pada 20 haribulan ini. Risaulah juga takde tiket nak balik.

Sementara itu sebelum balik cadangnya nak jalan-jalan di sekitar Selangor. Takdelah dok terperap je dalam bilik. Lagipun bolehlah juga saya tunjuk pada adik dunia saya sepanjang di Selangor tu. Sambil jalan-jalan bolehlah shopping sikit.

Mengikut plan juga, saya akan menumpang di mana-mana bilik asrama SIIUC. If possible, apartment type A atau B. Time inilah nak merasa duduk di bilik besar dengan harga sewa antara RM1000 hingga RM1500 satu semester seorang. ‘Murah’ kan? Kami gelar asrama kami ini ‘Bangunan Orang Ternama’ (B.O.T.) walaupun sebenarnya BOT tu merujuk kepada pengertian lain.

Mungkin ada yang bertanya apa perlunya register out sedangkan di IPT lain tak perlu datang semula ke kolej untuk uruskan hal Borang Kuning atau borang tamat belajar.

Itulah ‘keistimewaan’ SIIUC yang anda perlu tahu dan dengan keistimewaan inilah sampai satu tahap saya pernah terfikir bagaimanalah nasib pelajar-pelajar overseas seperti pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak (abaikan pelajar foreigners sebab ada kebarangkalian mereka dimanjakan dengan keistimewaan lain) yang perlu bersusah payah kembali ke kolej hanya untuk menyelesaikan hal seremeh meminta cop dari tiga departments sebelum boleh diklasifikasikan sebagai ‘sudah tamat belajar’.

Dalam Borang Kuning tersebut, secara khususnya kami perlu mendapatkan cop dari library, Pejabat Bendahari dan Jabatan Kemasukan dan Rekod Pelajar. Saya sendiri tak pasti kenapa borang ini dinamakan Borang Kuning. Obviously sebab kertas terbuang yang digunakan berwarna kuning. Mungkin kalau kertas terbuang itu berwarna pink, ia akan digelar pula Borang Pink. Mungkin…

Huh, ape? Sinis? Takpe, kalau apa yang saya katakan tadi tidak berkaitan dengan mana-mana pihak tidak ada sebab munasabah untuk sesiapa pun rasa terpedas dengan ayat-ayat sinis saya. Pepatah pun pernah berkata, ‘Siapa yang makan cili, dialah yang akan terasa pedasnya.’

So, ada sesiapa yang termakan cili tak tadi? Kalau takde, bagus!

Alamak, actually saya nak tulis post berkaitan dengan perkara lain tapi lain pulak yang jadi. Takpelah, nanti saya follow up exact post dalam bab kedua. Tunggu…

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
12 Jun 2010M = 29 Jamadilakhir 1431H
Sabtu, terus maju dan maju!

____________________________________________________________

TUTORIAL: MEMO OF MEETING

Tak lengkap minit mesyuarat anda kalau tiada memo. Kalau anda seorang secretary dan anda dikehendaki untuk prepare minutes of meeting, bos anda takkan sesuka hati suruh anda sediakan minit mesyuarat tanpa sebarang memo mesyuarat sebagai rujukan.

Di bawah merupakan contoh memo sebagai rujukan yang merupakan kesinambungan dari post saya sebelum ini iaitu tutorial untuk menyediakan minit mesyuarat.

Sengaja saya sediakan tutorial ini sebelum segala ilmu yang telah saya pelajari semasa di kolej expired begitu saja.

Imbas balik kenangan masa diri saya sendiri perlu bina kumpulan untuk setelkan mock meeting task, memang susah-nak-lupa punya kenangan. Best tak tahu nak cerita. Yang paling exciting ialah kumpulan kami adalah satu-satunya kumpulan yang berjaya mendapat markah penuh untuk task ini.

Sila klik pada imej untuk tumbesaran sebesar alam

Berbalik kepada tajuk asal, memo perlu disediakan dan dipublish supaya individu berkenaan yang perlu menghadiri mesyuarat mendapat makluman awal berkenaan mesyuarat tersebut.

Memo pun serupa macam minit mesyuarat juga, perlu ringkas dan padat sebab minit mesyuarat bukan buku scrap yang korang boleh tulis panjang berjela-jela. Lagipun kalau minit mesyuarat yang ditulis terlalu panjang kebarangkalian untuk staf lain membacanya amat rendah, jadi jangan buang masa ye.

Perkara yang perlu ada dalam memo:

  1. Header
    1. Logo company dan label ‘MEMO’
    2. To, merujuk kepada siapa memo itu ditujukan
    3. From, merujuk kepada daripada siapa mesyuarat itu akan dipengerusikan
    4. C.C., merujuk kepada perkataan carbon copy atau ‘salinan kepada’
    5. Our ref., merujuk kepada fail
    6. Date, tarikh memo dikeluarkan
    7. Subject, try to be specific dan terang-terang menunjukkan apa tujuan mesyuarat tersebut diadakan
  2. Purpose atau tujuan. Selalunya bahagian ini akan dimulai dengan ucapan salam dan kenyataan tentang tujuan memo itu ditulis secara ringkas dan padat. Berdasarkan contoh di atas, the purpose of a memo should include:
    1. Day, hari mesyuarat akan diadakan
    2. Date
    3. Time
    4. Venue
    5. Agenda yang mengandungi Chairman’s Address, Apologies for Absence, Confirmation of Previous Minutes, Arising Matters, ‘actual matters to be arose’, Any Other Business, Date of Next Meeting and Closing
  3. Action, penegasan terhadap memo tersebut. Ayat paling mudah yang anda boleh masukkan ialah ‘attendance is compulsory for all’.
  4. Thank you.
  5. Kependekan nama bagi pengerusi mesyuarat atau individu yang mengarahkan mesyuarat tersebut diadakan. Contoh yang telah diberikan ialah S. A. J. yang merujuk kepada Shahrul Ashraf Jamaludin.

Taraa.. Sekarang memo untuk mesyuarat anda sudah siap. Lepas ni kalau bos anda atau pengerusi kelab minta anda buat memo untuk mesyuarat anda sudah tak ada masalah lagi untuk menulis memo. Tapi… kalau nak buat mesyuarat tingkap tak perlu kot memo macam ni… hihi…

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
7 Jun 2010M = 24 Jamadilakhir1431H
Isnin

____________________________________________________________

TUTORIAL: MINUTES OF MEETING

Exclusive post from aisyahumyra.com

Baru-baru ini saya ditanya tentang minutes of meeting oleh one of my sis. Even though sis itu bukan seorang secretary, tapi untuk first meeting bersama semua head of department lepas dinaikkan pangkat sebagai Senior Chemist, dia telah dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan minit mesyuarat pada hari itu.

Reaksi pertama saya?

Tentunya dengan soalan, “Ntah-ntah Sis kena buli tak? Hahaha…”

Anyway, tanda-tanda tersebut berjaya untuk membuktikan bahawa tak semestinya pangkat sebagai Senior Chemist akan dapat lari dari di’buli’ (haha..) untuk menyiapkan minit mesyuarat.

Dengan ini, dengan rasa penuh tanggungjawab saya akan share tutorial dan contoh minit mesyuarat untuk panduan sesiapa saja yang memerlukan guideline di luar sana.

Penting sekali untuk diingat, minit mesyuarat bagi setiap company tidak sama. Apa yang saya berikan ini hanya basic of minutes of meeting yang saya pelajari untuk subjek ENL6122 Occupational English. Pensyarah yang bertanggungjawab mengajar kami is Mr. Raj Ali bin Zahid Elley, pensyarah paling sporting di KUIS (promote Sir habis-habisan haha..).

Di bawah ini adalah contoh minit mesyuarat untuk kumpulan mock meeting saya. Kami budak baru belajar, jadi kalau ada kesalahan vocabulary sana sini harap anda boleh betulkan.

Sila klik pada imej untuk tumbesaran sebesar alam

Perkara yang perlu diingat tentang minutes of meeting:

  • Kesinambungan dari Memo, means perlu dirujuk dari Memo
  • Minit mesyuarat yang lepas perlu dibawa dan dibacakan di dalam mesyuarat yang akan datang
  • Minit mesyuarat perlu ringkas dan padat

Tutorial minit mesyuarat:

  1. Title atau tajuk. Perkara yang perlu dimasukkan dalam tajuk ialah ‘Minit mesyuarat ke…’, jabatan yang mengendalikan mesyuarat tersebut, hari dan tarikh
  2. Present atau kehadiran
  3. Absent atau ketidakhadiran
  4. Dua kolum, Items atau agenda yang dijalankan dalam mesyuarat tersebut dan Action atau individu yang bertanggungjawab terhadap agenda
  5. Dalam kolum Items, perkara yang perlu dimasukkan adalah Chairman’s Address, Apologies for Absence, Confirmation of Previous Minutes, Arising Matters, ‘actual matters to be arose’, Any Other Business, Date of Next Meeting & Closing
    1. Dalam Chairman’s Address atau kata-kata pendahuluan Pengerusi, perlu dicatatkan waktu mesyuarat tersebut bermula dan kata alu-aluan
    2. Dalam Apologies for Absence atau Kemaafan atas ketidakhadiran perlu dicatatkan nama individu yang tidak hadir pada mesyuarat tersebut
    3. Dalam Confirmation of Previous Minutes perlu dicatatkan nama individu yang mengesahkan minit tersebut dan individu yang menyokongnya
    4. Dalam Arising Matters atau perkara berbangkit perlu ada follow up semua perkara yang diperbincangkan dalam mesyuarat lepas (perkara belum selesai)
    5. Dalam ‘actual matters to be arose’ atau perkara sebenar yang mahu diperbincangkan dalam mesyuarat tersebut perlu dicatatkan tajuk atas perkara tersebut. Berdasarkan contoh, perkara sebenar yang ingin diperbincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berkenaan Corporate Uniform dan Taaruf Week
    6. Any Other Business ialah agenda lain yang tidak berkaitan dengan perkara yang telah berbangkit tapi ingin disuarakan dalam mesyuarat
    7. Date of Next Meeting ialah tarikh mesyuarat yang akan datang
    8. Closing ialah masa mesyuarat tersebut berakhir
  6. Dalam kolum Action perlu dicatatkan nama individu yang handle perkara itu hanya atas perkara yang belum selesai dan akan difollow up oleh individu terbabit
  7. Prepared by atas nama setiausaha atau individu yang menyediakan minit mesyuarat tersebut
  8. Verified by atas nama encik Pengerusi
  9. Kedua-dua bahagian Prepared by dan Verified by hanya boleh ditandatangan setelah minit mesyuarat tersebut disahkan

Saya harap tutorial ini dapat membantu anda menyetel minit mesyuarat anda yang belum siap lagi tu. Jangan tangguh lama-lama, nanti kena marah dengan bos!

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
7 Jun 2010M = 24 Jamadilakhir1431H
Isnin

____________________________________________________________

BERPERANG DENGAN SI 'BLUR'!

Minggu ini mood saya untuk mengupdate blog seperti telah diflushed away. Tak tahulah kanapa. Tapi yang paling obvious lepas balik dari kampung je terus takde semangat.

Mungkinlah juga lepas tahu keputusan ambilan ke USM sidang akademik 2010 tidak berjaya telah menyebabkan semangat saya yang sememangnya low ni terus down.

Actually saya bukan menaruh harapan tinggi pun untuk dapat tawaran tu sebab kursus yang saya mahu tak ditawarkan. Saya terpaksa akur dan berpuas hati dengan hanya memilih kursus yang berkaitan dengan previous course yang diambil iaitu Degree in Management.

Habis tu kenapa saya takde semangat?

Sebabnya, dengan keputusan tersebut nampaknya terpaksalah saya menunggu lagi sehingga minggu ketiga bulan Jun untuk mengesahkan di mana pula saya akan dicampakkan selepas ini. Penantian yang mendebarkan sekaligus memenatkan… Nak-nak lagi perihal tersebut (wah, ayat skema!!) saya tahu semasa bercuti di kampung saya di Pulau Pinang. Aduss!!

Selain itu, ketidak-ada-mood-an tersebut mungkin juga disebabkan otak ini tengah fikirkan tentang plan untuk berkampung selama 2-3 hari di KUIS.

Berpusing-pusing jugalah memikirkan hal ni. Maklumlah, nanti Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tanya ada jugalah jawapan konkrit yang boleh diberi. Antara soalan yang sure ditanya pastinya:

  1. Pergi dengan siapa?
  2. Pergi nak dihantar atau pergi sendiri?
  3. Bajet?
  4. Stay berapa hari?
  5. Nanti tidur kat mana?
  6. Apesal nak stay sampai 2-3 hari?
  7. Pergi balik hari takleh ke?

Rasanya banyak lagi soalan yang akan ditanya. Yang pastinya setiap soalan perlu ada jawapan konkrit dan releven supaya request tak ditolak. Risau jugalah sebab kebanyakan jawapan saya belum boleh confirmkan lagi jawapannya.

‘Di pagi hari dah terasa lesu?’ Maybe sebenarnya saya kena minum Nesvita je kot hihi…

Best regards

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
7 Jun 2010M = 24 Jamadilakhir 1431H
Isnin

____________________________________________________________

BETUL KATA, SALAH PULA MAKNA

Sembang tengah malam

“Kak Tikah, nak dengar cerita tak?” tanya adik lelaki saya suatu malam, lebih kurang jam 2 pagi.

Malam tu kami tidur lambat, asyik sangat bercerita. Adik saya ini memang banyak cerita. Biasalah, orang panjang langkah.

“Cerita apa?” tanya saya.

“Tadi Ami pergi masjid. Di sana Ami jumpa seorang pak cik ni. Dia tanya macam mana nak uruskan anaknya yang susah nak dengar kata. Senang cerita, budak degillah.”

Tengok, adik saya ini kuat betul auranya bahagian komunikasi. Sampaikan pak cik tua tu boleh pula tanya soalan begitu pada dia. Padahal bukan kahwin lagi pun budak tu. Lagipun, boleh je pak cik tu tanya kat imam Masjid Sultan Azlan Shah tu, Ustaz Radzi Kamarul Hailan. Dapat solid answers lagi.

“Kalau pak cik tu tegur anaknya, budak tu buat derk je.” sambungnya.

“Jadi, Ami jawab apa?” tanya saya mahu menguji.

“Awal-awal Ami cakap, Ami belum pernah ada anak jadi apa yang Ami beritahu ni boleh jadi satu jalan daripada banyak penyelesaian yang pak cik boleh dapat. Ami tunjukkan jalan je.”

Bijak. Bahagian pendahuluan nasihat lulus.

“Boleh juga kalau Ami cakap nasihat Ami mewakili pendirian atau dari sudut pandangan seorang anak, sebab Ami tiada anak lagi. Ok, teruskan.”

“Ami cakap pada pak cik tu, beri nasihat mengikut arus. Maksudnya, nasihat yang mahu disampaikan itu perlulah bersesuaian dengan penerimaan anak itu sendiri. Contohnya, jangan menggunakan kata-kata yang kasar untuk menasihat anak yang sensitif. Sebab kata-kata kasar akan hanya membuatkan anak itu lebih terluka dan menjauhkan diri dari nasihat ibu bapanya.”

“Jawapan yang bagus. Tapi boleh lagi kalau Ami nak tambah jawapan tu.”

“Apa pandangan Kak Tikah?”

Well, sharing is caring.

“Ok. Apa yang Ami sebutkan tadi ada kaitan dengan mendengar dengan kata hati. Maknanya, ibu bapa perlulah mendengar dengan kata hati supaya nasihatnya memberi kesan terhadap anak tersebut.”

Saya diam sebentar, cuba mengumpul dan menyusun kata.

“Mula-mula tanya pak cik tu, betul tak cara didikan dia selama ini?”

“Katanya, dia sudah marah, pukul anaknya.” jawab Ami.

“Berapa usia anak pak cik tu?” tanya saya mahukan kepastian.

“Err…lebih kurang usia kita juga.”

“Hah, di situlah silapnya pak cik tu. Pembelajaran anak-anak terbahagi kepada 3 peringkat. Peringkat pertama dari umur 1 hingga 7 tahun. Peringkat bermain dengan anak-anak di samping mengajarnya. Even Rasulullah SAW pernah bersabda, “Berguraulah dengan anak kamu di kala usianya 1 hingga 7 tahun.”

Peringkat kedua, peringkat mendisiplinkan. Di peringkat inilah baru ibu bapa dibenarkan untuk menggunakan cara tegas (menggunakan rotan) untuk mengajar. Rangkuman usia, 8 hingga 14 tahun. Peringkat ketiga, berkawan. Pada usianya 15 hingga 21 tahun. Melayan anak-anak persis seorang kawan. Sebab apa? Sebab pada masa inilah tahap memberontak anak-anak sangat tinggi. Jadinya…”

“Jadinya kalau anak-anak masih dilayan seperti kanak-kanak usia 14 tahun, pastinya dia akan menolak dan memberontak! Sebab itulah terdapat ramai remaja seusia kita mencari kawan-kawan untuk meluahkan perasaan mereka. Sebab mereka rasa ibu bapa tak memahami perasaan mereka.” jawab Ami menyambung ayat saya.

“Betul tu. Lihat pak cik tu. Dia sudah terlewat mengajar anak-anak. Patutlah anaknya buat derk je. Tapi itulah, selalunya dalam usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dengan anak-anak. Sebab itulah anak-anak jauh dari ibu bapanya. Hasilnya makin dewasa, makin ibu bapa tak faham anak mereka sendiri.”

“Kesimpulannya, anak-anak ni, makin dia besar makin dia tahu berfikir. Tak kisahlah apa yang difikirkan itu betul atau salah. Asasnya makin dia tahu berfikir, makin dia degil. Kalau ibu bapa sekat kedegilannya dengan rotan, makin jauhlah budak itu dari ibu bapanya. Sebaliknya, kalau ibu bapa menggunakan cara psikologi bergaul dengan anak-anak seperti seorang rakan untuk mendampingi mereka, pasti anak-anak lebih akrab dengan mereka.” kata Ami dengan yakin.

“Tepat sekali.” balas saya.

“Mungkin post dari saifulislam.com ini dapat dijadikan sedikit rujukan untuk kita semua. Rajin-rajinlah ‘selak kitab’ tentang ilmu parenting ini kalau nak jadi ibu bapa mithali.” sambung saya.

“Itulah, kadang-kadang golongan remajalah yang sibuk-sibuk nak belajar ilmu itu atau sibuk-sibuk disuruh belajar ilmu itu. Tak dinafikan ilmu tersebut perlu dipelajari untuk persediaan masa depan. Tapi kalau kita sahut seruan menuntut ilmu, menuntut ilmu hingga ke liang lahat, sampai ke tua pun tanggungjawab menuntut ilmu itu terpikul di bahu kita.”

“Betul tu. Walaupun ibu bapa dah terlepas belajar ilmu itu di peringkat awal anak-anak membesar, tak bermakna bila sudah tua dia boleh lepas tangan. Kalau pembelajaran peringkat 8 hingga 14 tahun terlepas, ibu bapa masih ada tanggungjawab untuk aplikasikan ilmu pembelajaran/pendekatan terhadap anak-anak pada usia 15 hingga 21 tahun. Selepas umur 21 tahun pun ada cara pendekatan tertentu terhadap anak-anak. Sebab itu mereka perlu ada ilmu, atau sekurang-kurangnya berusaha untuk belajar ilmu itu.” jawab saya.

Diam. Melayang fikiran sebentar.

“Kadang-kadang…” kata saya memecah keheningan, “…ibu bapa terlalu cepat untuk menghukum anak-anak sebagai anak derhaka. Berkenaan hal ini, akak nak cerita suatu kisah. Pada suatu hari, seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.

Anak itu menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?”

Umar menjawab, “Ya.”

Dia bertanya lagi, “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?”

Jawab Umar, “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”

Anak itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan Ju’olan iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.

Umar lantas berkata kepada lelaki itu, “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”

Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

Kesimpulan dari cerita itu, sebelum ibu bapa nak jatuhkan hukum derhaka terhadap anak tersebut, lihat dan tanya dalam diri dulu, sudahkah ibu bapa sempurnakan hak anak-anak mereka. Jangan cakap tak serupa bikin.” kata saya panjang lebar.

“Agak-agak kalau ibu bapa dengar our discussion, apalah komen mereka ye.”

“Hahaha… Jangan cakap, ‘no comment’ sudah!”

Akhirnya, pukul 3.30 pagi kami tidur malam tu, melayan gebang tengah malam.

Best regards,

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
2 Jun 2010M = 19 Jamadilakhir 1431H
Rabu, mari timba ilmu!

____________________________________________________________