SELAMAT HARI GURU KEPADA…

Pada 16 Mei kita semua meraikan Sambutan Hari Guru. Tak kira tua muda, semua hargai jasa guru. Makanya sangatlah berbangga para guru kita yang merasakan diri mereka dihargai jasanya sehingga diadakan sambutan dengan penuh gilang gemilang di seluruh negara.

Kalau para ibu rasa ‘sejuk perut mengandungkan kita 9 bulan 10 hari’ sebab kita hargai pengorbanan ibu, mungkin para guru pula rasa ‘ringan beban yang dikendong’ selama tanggungjawabnya mengajar kita menjadi harta masyarakat, bukan sampah masyarakat terbayar.

Sini sana saya dengar orang kita wish cikgu mereka, “Selamat Hari Guru, cikgu”, “Saya sayang cikgu”, “Cikgulah bintang hatiku!” (eh, tu bukan iklan Anmum Essential ke?)…dan bla bla bla lagi.

Saya bukanlah nak pertikaikan wish-wish tersebut. Baguslah masyarakat kita ringan mulut nak menunjukkan penghargaan terhadap cikgu mereka. Tapi harap-harapnya ucapan tersebut bukan sekadar menunjuk tapi seia sekata dengan lidah, hati dan perbuatan.

Maksudnya, ucapan tersebut bukan sekadar diucap kerana ‘sudah sampai masa’ atau sebab ‘orang lain pun ucap’ tapi kerana ia lahir dari hati kita yang memang sangat menghargai jasa guru tersebut. Dan sambutan Hari Guru dibuat untuk menzahirkan lagi apa yang dirasakan, macam budaya kita sambut Hari Ibu, Hari Bapa, Maulidurrasul dan sebagainya.

As for me, saya agak berat untuk ucapkan ucapan tersebut pada semua guru. Yelah, tak semua guru layak dihadiahkan dengan ucapan ‘selamat’. Oops! Saya ada hujah tersendiri, jadi jangan ‘naik angin’ dulu ye.

Pada pandangan saya, semua manusia di dunia ini layak digelar guru. Selama mana seseorang itu pernah mengajar sesuatu kepada sesiapa pun layak digelar guru. Tapi terdapat perbezaan antara guru sejati dengan guru yang hanya pada gelaran. Ciri-ciri guru sejati adalah:

  1. Ibu bapa yang tidak menswastakan 100% tugas mendidik anak kepada guru
  2. Seseorang yang mengajar bukan atas faktor duit yang diutamakan
  3. Seseorang yang mengajar sepenuh hati kerana tahu tanggungjawab mendidik merupakan pekerjaan mulia
  4. Seorang guru yang tidak menyalahgunakan tugasnya untuk kepentingan peribadi
  5. Seorang guru yang berperibadi mulia dan boleh dicontohi oleh pelajar
  6. Pendidik yang tidak mengamalkan politik dalam organisasi atau sekurang-kurangnya politik yang ‘tidak sihat’ iaitu menjatuhkan pendidik lain demi kepentingan sendiri

Mungkin anda semua pelik kenapa saya begitu memilih dan keras sekali untuk ucap Selamat Hari Guru. Hujah saya mudah saja. Saya pernah bertemu dengan ‘pendidik-pendidik’ yang tak layak langsung digelar GURU kerana buruk sekali kelaku yang ditunjukkannya.

Melihatkan ciri-ciri guru sejati yang telah saya sebutkan, mungkin anda boleh mengagak apa kelaku yang tidak berkenan sangat yang pendidik-pendidik tersebut pernah tunjukkan. Sebagai pelajar, rasanya ralat dan terkilan sungguh bila dapat kita tahu guru yang kita harapkan untuk mendidik bangsa menjadi manusia berguna merupakan manusia yang paling tidak layak diberi tanggungjawab itu. Sounds unbelievable, right? Believe it.

Apapun sekiranya anda merupakan pendidik, cubalah untuk berikan yang terbaik yang anda boleh berikan demi kebaikan anak bangsa. Jangan biarkan kelakuan buruk anda menjadi kudis yang boleh merosakkan imej guru-guru sejati yang lain. Kalau tidak sanggup tanggung beban itu, tak payah susah-susah isi borang perguruan from the start, ok!

Jadi, kepada sesiapa yang tidak tersenarai dalam senarai guru sejati boleh cuba lagi tahun depan untuk masuk pencalonan guru sejati bagi mendapat pengiktirafan ucapan Selamat Hari Guru…dari saya.

Akhir kalam, mari kita hayati lagu dari Mirwana yang bertajuk Terima Kasih Guru. Layan…

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

Selamat Hari Guru kepada semua guru sejati!

Best Regards,

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
18 Mei 2010M = 4 Jamdilakhir 1431H
Selasa, terus manfaatkan masa!

____________________________________________________________

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: