MESEJ UNTUK SEMUA

Tak kisahlah apa orang nak fikir tentang saya. Yang penting saya tahu siapa saya!

Ah, akhirnya apa yang saya risaukan selama ini terjadi jua! Aduiihh…

Teknologi mengaburi realiti! Kenapa? Sebab teknologi tak dapat melahirkan apa yang ada dalam hati, penyelesaian dari hati ke hati. Tak terlahir emosi dalam teknologi. Akibatnya, ada yang tersalah sangsi dengan teknologi!

Teknologi sangat daif untuk melahirkan penyelesaian hati ke hati. Kerana teknologi sangat mudah disalah tafsir. Kerana manusia selalunya menilai berdasarkan pandangan peribadi. Apa yang dibaca mengikut penilaian sendiri. Dan pandangan peribadi kadang-kala menidakkan realiti.

Habis tu apesal saya menulis blog sedangkan saya tahu kedaifan ini? Kenapa saya menggunakan blog sebagai medium untuk menulis? Sengaja cari penyakit? Atau dah takde kerja lain?

  • Kenapa saya menulis blog?

Ini jawapan saya.

Pertama, tujuan utama saya menulis blog bukanlah untuk berkongsi kisah hidup peribadi. Bukan dan bukan. Saya perahsia orangnya. Lagi-lagi tentang hidup peribadi. Mine our own business, ok!

Apa yang saya ingin kongsi hanya pendapat saya tentang sesuatu topik. Keseluruhannya berdasarkan pengalaman, pemahaman dan persepsi saya tentang topik itu. Yalah, negara demokrasi. Takkan kongsi pandangan pun salah.

Beri satu terima seribu. Satu ilmu seribu hikmah! – moto blog saya.

Sharing is caring dan lain-lain. Alah, takkan ayat-ayat begini tak pernah dengar kot.

Erm…ada sesiapa nak bantah? Hands up!

Kedua, online business. Nak cari duit. Semua masih in progress. Wait for my new updates…kalau nak tunggu la.

  • Apa yang saya tulis dalam blog?

Ini jawapan saya.

Pertama sekali apa yang saya coretkan dalam blog cuma secebis luahan dari saya. Ia bukan luahan keseluruhan perasaan hati sebab saya tak mahu jadikan blog tempat melonggokkan seluruh emosi apatah lagi untuk menagih simpati.

Jadi apa yang anda baca bukanlah mewakili keseluruhan luahan hati saya. Masih ada banyak lagi rongga-rongga persoalan yang tidak saya perjelaskan, dan tak mungkin akan saya luahkan dalam blog. Nak berkongsi dengan orang lain apatah lagi. Sebab pada saya, apa yang saya rasa, saya seorang saja yang faham.

Kata pakar motivasi, “Manusia perlu didengar kata-katanya sepertimana dia perlukan makanan.” Maksudnya sejauh mana pun saya pendam masalah dalam hati, sampai satu tahap saya perlu luahkan juga. Sebab itu saya berblogging. Walaupun tak semua yang dapat saya curahkan dalam blog, tapi sedikit sebanyak saya dapat rasa beban tu semakin ringan.

Kedua, saya sangat sedar bahawa blog adalah medium yang mampu diaccess oleh masyarakat yang luas. Ia medium global. Medium di mana apa yang kita kongsi, kita bukan kongsi dengan masyarakat Malaysia sahaja, malah seluruh dunia. Tambah-tambah pula jika bahasa yang digunakan dalam blog tersebut adalah bahasa Inggeris.

Kalau tak percaya cuba tanya atok korang kat kampung. Mesti dia tahu apa itu blog. Apa? Tak tahu? Ate, ajo le die. Usoh kedekut ilmu!

Jadi apa yang saya tuliskan dalam blog bukanlah pandangan seluruh saya pada sesuatu topik yang saya bangkitkan. Ia adalah pandangan yang telah saya rombak, tapis dan tambah bagi menyesuaikan tulisan saya dengan tahap pembaca.

Apa yang saya boleh sampaikan dengan telus, saya akan berterus terang. Jika sebaliknya, better I keep it myself atau ambil pandangan orang yang lebih arif.

Ketiga, sekiranya apa yang saya tulis menyebabkan ada hati-hati yang terasa, saya dengan ini secara terbuka memohon kemaafan. Ingin saya tegaskan di sini, bahawa bukan masalah saya sekiranya anda tersalah tafsir apa yang anda baca dengan apa yang saya maksudkan dalam penulisan saya.

Dalam blog saya, oleh kerana saya yang menulisnya secara total jadi saya tahu bahawa dalam setiap entri tidak ada sebarang nama yang saya catatkan untuk diburukkan.

Setiap kritikan dalam mana-mana entri tidak pernah saya khususkan pada siapa saya tujukan kritikan tersebut. Saya tahu mungkin ada yang akan terperasan bahawa dirinya terlibat dengan kritikan saya itu. Tapi ingat, kalau apa yang saya tuliskan tiada kaitan dengan anda, tiada sebab untuk anda perlu terasa hati. Bukan susah pun untuk buat tak tahu. If it’s not about you, so why should you care?

Tapi boleh je saya jadi selfish dengan berkata, “Suka hati aku la, aku punya blog. Bukan aku minta duit korang pun nak buat blog ni!” …cumanya itu bukan saya hihi…

  • Kesimpulan.

Justeru saya ingin tekankan di sini, saya sesungguhnya tak goyah dengan sebarang pandangan terhadap saya. Anda di luar sana bebas untuk menilai diri saya berdasarkan sebarang penilaian yang anda fikir padan dengan saya. Sebab saya tahu bukan bidang kuasa saya untuk menyekat sebarang persepsi masyarakat terhadap saya. Saya sangat terbuka dengan kritikan membina.

Kritikan menjatuhkan? Suka hatilah labu… Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dah krojenye cenggitu, ape nak dikate lagi.

Nasihat saya, blog bukanlah pentas terbaik untuk anda menilai keseluruhan jawapan tentang teka-teki siapa saya, apa saya…atau apa-apa saja persoalan yang timbul tentang saya.

Jika ingin mengenali saya secara dekat, see me in personal. Lets see sehebat mana anda mengenali saya. Moh datang ghumah!

Akhir kata,

TAK MELIHAT bukan bermakna TAK NAMPAK.
TAK ENDAH bukan kerana TAK PEDULI.
DIAM bukan bermaksud TAK TAHU.
AKUR bukan biasan SETUJU.
Jangan membangga diri pandai MENILAI PERIBADI,
kerana RAHSIA HATI hanya ALLAH YANG LEBIH MENGERTI!

(Ramai ye yang suka ayat-ayat puitis ni. Tengkiu kat korang. I like! )

Best Regards,

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
8 Mac 2010M = 23 Jamadilawwal 1431H
Sabtu, buang malas dan jemu!

____________________________________________________________

Advertisements

1 Comment

  1. Noor Atikah said,

    20/05/2010 at 13:05

    Ingin saya tekankan di sini, post di atas saya tujukan kepada BEBERAPA INDIVIDU. Jadi, berkemungkinan besar ada beberapa perkara memang berkaitan dengan individu A dan tidak berkaitan dengan langsung dengan individu B, seterusnya vice versa.

    Justeru sekiranya terdapat beberapa perkara dalam post ini yang berkaitan atau looks similar dengan private email seseorang kepada saya, ingin saya tegaskan sekali lagi di sini bahawa KEBETULAN topik yang berkaitan dengan email itu adalah sama dengan post ini. Walaupun begitu, post ini tidak bermaksud untuk ditujukan khusus kepada penghantar private email tersebut.

    Jadi diharapkan post ini tidak dijadikan tapak untuk penghantar private email tersebut menilai ‘kekasaran’ bahasa email tersebut ditujukan hanya kepadanya.

    Maaf sekiranya terdapat salah faham berkenaan hal ini.

    Harap maklum.

    Kefahaman terhadap perkara ini amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

    Best regards,
    NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
    http://aisyahumyra.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: