BOLEH KE KITA BERCINTA?

Adakah cinta itu satu dosa?

Teringat saya pada suatu malam di kolej, perbualan antara saya dengan seorang rakan sekursus.

“Akak, kita nak tanya satu soalan boleh?” tanya rakan itu yang membahasakan dirinya ‘kita’, tiba-tiba memecahkan sepi malam.

“Apa dia?” tanya saya.

“Kak, boleh ke kita bercinta?”

“Boleh! Hahahaa…”

Bukan soalan itu yang menjadi sebab saya ketawa, tapi orang yang bertanya itu yang membuatkan saya tak mampu menahan lucu. Yelah, rakan saya ini terkenal dengan kerajinannya dan dia merupakan rakan study saya yang utama. Dan selaras dengan kerajinan tersebut, dia tidak bercampur dengan pelajar lelaki. Jadi, dia dengan cinta pada zahirnya nampak jauh. Sebab itu saya ketawa.

“Ish akak ni gelak pula. Lain kali kita tak nak tanya lagi soalan macam ni pada akak.”

“Kamu bercinta dengan siapa ni? Hahahaa…”

“Akak ni…”

“Maaf, maaf. Akak bukan sengaja nak gelakkan kamu. Cumanya tak sangka kamu akan tanya soalan begini.”

Saya diam sebentar, cuba meredakan kelucuan.

“Habis tu, tak berdosalah kalau bercinta?”

“Tak. Sebab cinta itu satu fitrah.”

“Oh.”

“Akak bukanlah alim sangat tentang perkara ini. Kalau nak penjelasan lebih mendalam, lebih baik kamu tanya pada yang lebih pakar. Apa yang akak sampaikan ini cuma secebis yang akak mulai faham tentang cinta.”

“Ok!” jawabnya ringkas. Tapi saya rasa hatinya sedang berbunga.

“Yang penting bagaimana kita pacu cinta kita itu.”

“Maksudnya?”

“Yelah, kalau fitrah cinta itu tidak dipacu dengan betul, jadilah dia cinta fitnah! Cinta yang hanya berpaksikan nafsu dan syaitan.”

“Contohnya?” tanyanya. Mukanya nampak keliru.

“Budaya bercouple. Kita ambil contoh paling mudah. Pandangan mata. Pernah dengar tak pandangan mata itu boleh jadi salah satu panahan dari panahan-panahan syaitan. Mustahil orang yang sedang bercinta akan memandang pasangannya dengan pandangan kosong. Dari mata turun pula ke hati. Sampai ke hati takut-takut jadi zina hati pula. Na’udzubillah.

Akak bukan nak jatuhkan hukum bercouple itu haram. Tapi bukanlah juga dengan terselindung mengatakan ia halal, tidak. Akak cuma nak kita sama-sama buka fikiran tentang masalah ini.”

“Kalau macam tu, persoalan jodoh kita hanya perlu sandarkan pada takdir dan ketentuan ALLAH?”

“Salah tu. Di sini aplikasikan konsep usaha-doa-tawakal. Perkara pertamanya usaha. Kalau hanya sandarkan pada takdir dan ketentuan ALLAH, kamu dah miss dua langkah pertama, usaha dan doa.”

“Kalau couple itu bukan usahanya, apa usaha yang terbaik?”

“Berkahwin. Salurkan cinta itu kepada satu ikatan. Apa gunanya bercinta kalau tak inginkan komitmen, iaitu harapan untuk hidup berkeluarga. Dalam erti kata lain, berkahwin.”

“Takkanlah baru berkenalan terus nak ‘jabat tangan Tok Kadi’?” tanyanya masih belum berpuas hati.

“Buat apa bercinta lama-lama but in the end putus bagitu saja. Di sinilah perlunya bantuan orang tengah. Yang paling dekat dengan kita, ibu bapa atau keluarga. Orang tengah itu membawa amanah dan kewibawaannya untuk melaksanakan urusan mencari jodoh kita. Perkataan mudahnya, merisik. Kalau di kampus-kampus ada juga kumpulan-kumpulan dakwah yang akan membantu mengaturkan jodoh. Di situ keaiban dapat dicegah, maksiat pula dapat dielakkan.”

“Habis yang sudah tercinta tapi belum bersedia atau belum cukup ‘haul’ untuk berkahwin pula macam mana nak selesaikan masalah ini?”

Terdiam saya mencari kata-kata terbaik untuk disusun.

“Berdoalah supaya dipermudahkan segala urusan. Sibukkan diri dengan aktiviti lain supaya tak terbeban sangat keinginan tersebut. Yang paling penting usaha, usaha dan terus usaha untuk mencukupkan ‘haul’ tersebut. Pada masa yang sama sediakan hijab antara kita dengan calon kita tersebut supaya akhlak tetap terjaga dan iman terpelihara.”

“Begitu.”

“Rasanya orang yang berpengalaman adalah yang lebih layak memberi nasihat. Kerana mereka lebih berilmu dan berpengalaman. Jadi nasihat-nasihat mereka lebih mudah sampai ke hati, lebih mudah difahami. Akak cuma jadi penyampai pada apa yang akak faham tentang persoalan ini. Tak semestinya betul, tapi tak salah. Semoga apa yang kita sudah bincangkan tadi dapat menjawab segala persoalan yang membelenggu fikiran kamu tu.

Mungkin post dari saifulislam.com ini dapat kamu jadikan rujukan serba sedikit berkenaan masalah ini. Rajin-rajinlah semak pandangan-pandangan orang berilmu ini supaya terbuka sikit ruang pemikiran kita.”

“Terima kasih kak. Akak, nak tanya lagi satu soalan boleh tak? Ini last.” Mukanya nampak ceria semula.

“Ok.”

“Akak pernah ke bercinta?” Wah, soalan cepumas.

Hahahaa… No comment!

Best regards,

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
26 Mei 2010M = 12 Jamadilakhir 1431H
Rabu, terus timba ilmu!

____________________________________________________________

MISI TAK MUSTAHIL

Terasa macam dah lama sangat saya tak update blog. Dua tiga menjak ni saya agak sibuk dengan misi tak mustahil, membangunkan online business yang dah agak lama tertangguh.

Pergh! Rupanya banyak juga perkara perlu saya selesaikan sebelum online business ni boleh stand alone. Antaranya, katalog produk, cara pembayaran, product description, links, iklan dan sebagainya. Lebih kurang macam nak buka kedai juga. Bezanya online business memerlukan hampir 100% kebijaksanaan kita mendominasi kelebihan internet dan kemahiran berkomputer untuk tackle pelanggan di luar.

Perniagaan yang saya maksudkan di sini ialah menjual produk dari HPA Industries Sdn Bhd. Bagi anda yang tidak familiar dengan syarikat ini, Kopi Pracampuran Radix merupakan salah satu produk ‘pelaris’ bagi syarikat ini.

Antara kelebihan Kopi Pracampuran Radix yang menggunakan Tongkat Ali sebagai herba utama ialah ‘afrodisiak’ untuk menambah fertaliti (kesuburan), melawaskan air kecil dan air besar, mengatasi masalah ‘firgit’ bagi wanita, menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot, mengaktifkan biosintesis ke atas hormon endrogen, berfungsi sebagai anti kanser dan mengandungi flavonoid sebagai anti oksidan. Begitulah serba sedikit penerangan tentang perniagaan baru saya ini.

Selain terganggu masa dengan perniagaan, adik lelaki saya juga ada bertandang di rumah. Eh, bertandang? Ya, bertandang sebab selalunya dia susah nak lekat di rumah. Ada saja aktivitinya di luar. Pastinya aktiviti utamanya adalah bersama dengan kumpulan nasyid Nusantaranya.

Justeru, apa kaitannya dengan masa saya? Kaitannya, bila dia balik pasti komputer akan diconquer. Jadi peluang untuk saya menghadap depan komputer agak limited dengan alasan dia jarang ada di rumah. Sebagai kakak mithali saya tak kisah untuk mengalah (haha…lawak pulak cakap macam ni!)

Selain dari itu… Eh, adik saya yang banyak alasan (sebab nak conquer komputer) atau saya yang beralasan banyak (sebab tak pandai urus masa)? Toing toing toing…

Best Regards,

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
24 Mei 2010M = 10 Jamadilakhir 1431H
Isnin

____________________________________________________________

SELAMAT HARI GURU KEPADA…

Pada 16 Mei kita semua meraikan Sambutan Hari Guru. Tak kira tua muda, semua hargai jasa guru. Makanya sangatlah berbangga para guru kita yang merasakan diri mereka dihargai jasanya sehingga diadakan sambutan dengan penuh gilang gemilang di seluruh negara.

Kalau para ibu rasa ‘sejuk perut mengandungkan kita 9 bulan 10 hari’ sebab kita hargai pengorbanan ibu, mungkin para guru pula rasa ‘ringan beban yang dikendong’ selama tanggungjawabnya mengajar kita menjadi harta masyarakat, bukan sampah masyarakat terbayar.

Sini sana saya dengar orang kita wish cikgu mereka, “Selamat Hari Guru, cikgu”, “Saya sayang cikgu”, “Cikgulah bintang hatiku!” (eh, tu bukan iklan Anmum Essential ke?)…dan bla bla bla lagi.

Saya bukanlah nak pertikaikan wish-wish tersebut. Baguslah masyarakat kita ringan mulut nak menunjukkan penghargaan terhadap cikgu mereka. Tapi harap-harapnya ucapan tersebut bukan sekadar menunjuk tapi seia sekata dengan lidah, hati dan perbuatan.

Maksudnya, ucapan tersebut bukan sekadar diucap kerana ‘sudah sampai masa’ atau sebab ‘orang lain pun ucap’ tapi kerana ia lahir dari hati kita yang memang sangat menghargai jasa guru tersebut. Dan sambutan Hari Guru dibuat untuk menzahirkan lagi apa yang dirasakan, macam budaya kita sambut Hari Ibu, Hari Bapa, Maulidurrasul dan sebagainya.

As for me, saya agak berat untuk ucapkan ucapan tersebut pada semua guru. Yelah, tak semua guru layak dihadiahkan dengan ucapan ‘selamat’. Oops! Saya ada hujah tersendiri, jadi jangan ‘naik angin’ dulu ye.

Pada pandangan saya, semua manusia di dunia ini layak digelar guru. Selama mana seseorang itu pernah mengajar sesuatu kepada sesiapa pun layak digelar guru. Tapi terdapat perbezaan antara guru sejati dengan guru yang hanya pada gelaran. Ciri-ciri guru sejati adalah:

  1. Ibu bapa yang tidak menswastakan 100% tugas mendidik anak kepada guru
  2. Seseorang yang mengajar bukan atas faktor duit yang diutamakan
  3. Seseorang yang mengajar sepenuh hati kerana tahu tanggungjawab mendidik merupakan pekerjaan mulia
  4. Seorang guru yang tidak menyalahgunakan tugasnya untuk kepentingan peribadi
  5. Seorang guru yang berperibadi mulia dan boleh dicontohi oleh pelajar
  6. Pendidik yang tidak mengamalkan politik dalam organisasi atau sekurang-kurangnya politik yang ‘tidak sihat’ iaitu menjatuhkan pendidik lain demi kepentingan sendiri

Mungkin anda semua pelik kenapa saya begitu memilih dan keras sekali untuk ucap Selamat Hari Guru. Hujah saya mudah saja. Saya pernah bertemu dengan ‘pendidik-pendidik’ yang tak layak langsung digelar GURU kerana buruk sekali kelaku yang ditunjukkannya.

Melihatkan ciri-ciri guru sejati yang telah saya sebutkan, mungkin anda boleh mengagak apa kelaku yang tidak berkenan sangat yang pendidik-pendidik tersebut pernah tunjukkan. Sebagai pelajar, rasanya ralat dan terkilan sungguh bila dapat kita tahu guru yang kita harapkan untuk mendidik bangsa menjadi manusia berguna merupakan manusia yang paling tidak layak diberi tanggungjawab itu. Sounds unbelievable, right? Believe it.

Apapun sekiranya anda merupakan pendidik, cubalah untuk berikan yang terbaik yang anda boleh berikan demi kebaikan anak bangsa. Jangan biarkan kelakuan buruk anda menjadi kudis yang boleh merosakkan imej guru-guru sejati yang lain. Kalau tidak sanggup tanggung beban itu, tak payah susah-susah isi borang perguruan from the start, ok!

Jadi, kepada sesiapa yang tidak tersenarai dalam senarai guru sejati boleh cuba lagi tahun depan untuk masuk pencalonan guru sejati bagi mendapat pengiktirafan ucapan Selamat Hari Guru…dari saya.

Akhir kalam, mari kita hayati lagu dari Mirwana yang bertajuk Terima Kasih Guru. Layan…

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

Selamat Hari Guru kepada semua guru sejati!

Best Regards,

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
18 Mei 2010M = 4 Jamdilakhir 1431H
Selasa, terus manfaatkan masa!

____________________________________________________________

JANGAN SEKADAR BUDAYAKAN MEMINTA MAAF

Sabda Nabi SAW, "Bolehkah aku memberitahu kamu apa yang dapat meninggikan bangunan dan mengangkatkan darjat?" Para sahabat berkata, "Ya, wahai Rasulullah!" Baginda bersabda, "Berlemah-lembut terhadap orang yang berlaku bodoh terhadapmu, berilah maaf terhadap orang yang membuat aniaya terhadapmu, berilah kepada orang yang bakhil terhadapmu dan bersilaturrahimlah terhadap orang yang memutuskannya darimu." (Riwayat at-Tabrani)

Akhirnya saya jumpa juga apa yang saya cari, alhamdulillah. Habis berdebu tangan cari benda ni di sebalik timbunan barang-barang yang mak saya longgok di belakang rumah.

Apa yang saya cari?

Ini dia, Majalah Anis (keluaran Kumpulan Karangkraf) bulan Disember 2003. Sayang betul majalah-majalah mendidik begini dilonggokkan di belakang rumah saja. Tapi apa boleh buat, rumah mak. Karang mak membebel pula kalau saya decorate rumah ikut kepala sendiri.

Kenapa saya bersusah payah cari majalah ini?

Jawapannya, mesej! Ya, ada mesej yang ingin saya cari dan kongsi dari majalah ini. Nak tahu apa mesej itu? Sila baca Artikel yang saya petik dari ruangan Kemudi Hati yang ditulis oleh Pahrol Mohamad Juoi halaman 22 yang bertajuk, “Tidak Sekadar Budaya Bermaaf-maafan: Hidupkan Budaya Taubat!”.

**********

“Sepatutnya dah selesai…kata dah kosong-kosong. Ni tidak, masih ungkit-ungkit lagi. Raya baru ni dah bermaaf-maafan, lepas raya dah nak sengketa lagi?”

“Kenapa jadi begitu?” balas saya dengan nada simpati. Wajah anak saudara berkerut, jelas menunjukkan dia resah.

“Entahlah Pak Ngah, kami dah bermaaf-maafan tapi masih macam ni… Nampaknya, maaf ini tak menjadi. Pak Ngah selalu ada idea…kenapa jadi macam ni?”

Saya ketawa. Memang di kalangan anak-anak saudara, saya dipandang begitu. Pak Ngah banyak idea, kata mereka.

Antara Hati, Tangan dan Lidah

“Maaf ni kerja hati, kerja tangan atau kerja lidah?” tanya saya. Nampak dia terkejut.

“Er, er…pada saya semuanya.”

“Betul. Mulut mengucapkan, tangan bersentuhan, hati merelakan… Masa minta maaf dulu, ketiga-tiganya buat tak?” tanya saya.

“Entahlah Pak Ngah, tangan dan mulut tu adalah. Tapi hati, tak pasti pulak. Kita bermaafan dalam suasana raya, ramai orang…sambil makan minum pulak tu. Tak perasan…”

“Wah, kalau gitu patutlah. Yang penting hati tu yang mesti rela-merelakan. Hati tu raja dalam diri. Tangan dan mulut tu hanya ‘orang suruhan’ saja. Kalau raja tak rela, tak cukup syaratlah maaf kita,” jelas saya.

“Pak Ngah, salah saya ke salah dia?”

“Hai, siapa yang meminta maaf, dia ke kamu?”

“Tak pasti Pak Ngah, hari raya biasalah…semua orang minta maaf.”

“Nilah masalahnya, tak jelas siapa yang minta maaf dan siapa beri maaf. Siapa yang bersalah, siapa jadi mangsa kesalahan. Kamu ada salah ke pada dia?”

“Memanglah Pak Ngah…saya yang bersalah.”

“Jadi, kamulah yang minta maaf dan dialah yang sepatutnya memberi maaf… Apa salah kamu pada dia?” saya cuba mancuit.

Malu Mengaku Salah…

“Laa… Malulah Pak Ngah.”

“Kamu boleh malu depan Pak Ngah, tapi jangan malu depan dia. Kamu kena sebut apa salah kamu, barulah dia boleh buat keputusan sama ada hendak atau tidak memaafkan kamu.”

“Hai, seganlan Pak Ngah…”

“Kalau segan, itu bukanlah minta maaf dalam erti kata sebenarnya. Jadi patutlah dia ungkit kembali!”

“Habis, semua orang tak buat gitu. Main salam dan sebut maaf… maaf… maaf je? Tak kan kita nak buat lain macam pulak. Nak sebut pulak salah kita satu-satu… Ei, susahlah Pak Ngah.”

“Memanglah susah. Sebab tu ganjaran ALLAH kepada mereka yang minta maaf ni sangat tinggi. Yang susahnya bukan nak sebut, nak salam, tapi nak tekan ego di hati kita. Mengaku yang kita ni bersalah… Yang tulah yang paling berat.”

“Pak Ngah, ceritalah sikit tentang bermaafan cara sebenar dalam Islam…”

“Tak mahu…” gurau saya.

“Saya janji…nanti saya amalkan.”

“Tak mahu…tapi Pak Ngah nak cerita hal lain. Cerita yang lebih global.”

“Lebih global? Apa tu Pak Ngah?”

Seperti biasa dia dah bersila depan saya. Saya memang sayangkan anak saudara yang satu ni. Dia “peminat” setia saya.

Cerita Taubat

“Nak cerita pasal taubat. Bermaaf-maafan ni satu juzuk daripada taubat. Baiklah, hal yang kita bincangkan dari tadi ni melibatkan dosa…betul tak?”

“Betul Pak Ngah. Dosa saya terhadap kawan saya tu.”

“Dosa manusia dengan manusia. Dosa dengan manusia kalau kita nak taubat perlu tempuh empat syarat… Pertama, menyesal. Kedua, berhenti melakukannya. Ketiga, tidak mengulanginya. Keempat, bayar atau ganti semula atau…”

“Maaf, Pak Ngah…yang keempat tu tak berapa faham saya. Banyak sangat ‘atau’nya.”

“Yalah sebab dosa kita terhadap manusia terbahagi empat, ada yang mengenai hartanya, agamanya, keluarga dan dirinya.. Dengan harta misalnya, kita curi duitnya, hutang tak bayar, tipu… Dengan agama, kita tuduh dia fasik, munafik… Dengan keluarga, kita aniaya ibu bapanya, adik-beradiknya. Dengan dirinya, kita umpat, fitnah, kita sakiti fizikalnya…” jelas saya agak panjang.

Dia termenung.

“Apa hal tiba-tiba menung je ni?”

“Mana saya tak susah hati, sekadar berjabat salam dan mengucapkan perkataan maaf tu jauh sangat daripada taubat… Terasa sangat budaya bermaaf-maafan sempena Hari Raya ni tak berapa betul…”

“Eh, jangan begitu. Dah betul, tapi masih banyak yang perlu dipertingkatkan. Kita kena hidupkan budaya taubat, tak cukup sekadar budaya bermaaf-maafan…”

“Idea Pak Ngah ni bernas. Tapi istilah taubat tu agak ‘tak glamor’ sikit. Selalu taubat ni orang kaitkan dengan Tuhan…”

“Itulah tujuan Pak Ngah, nak kaitkan semuanya dengan Tuhan. Bila sebut taubat, terasa ada kaitannya dengan Tuhan. Ni Pak Ngah nak beri satu kunci…”

Kuncinya

“Kunci apa Pak Ngah?” potongnya sedikit terkejut.

“Kunci perhubungan sesama manusia. Jika manusia sama manusia nak harmoni, maka tauhid wajib dijadikan asas dalam perhubungan itu. Nak minta maaf, perlu ada rasa tauhid…untuk menundukkan keegoan diri. Orang yang merasa kebesaran ALLAH sahaja dapat menundukkan keegoan dirinya. Begitu juga orang yang memberi maaf…bila terasa ALLAH Yang Maha Besar pun sanggup memaafkan insan, maka siapa pula diri kita yang kerdil ini untuk tidak memberi kemaafan?”

“Terima kasih Pak Ngah. InsyaALLAH, saya akan jumpa semula kawan saya tu… Nak taubat, nak sebut satu-satu kesalahan saya… Kemudian baru nak minta maaf.”

“Baguslah…budaya bermaafan sinonim dengan musin raya. Tapi budaya taubat…kena segera!”

**********

Amacam? Dapat sedikit info?

Sengaja saya tak edit artikel ni, supaya apa yang terkandung tak ditersalahtafsirkan oleh saya. Bila ilmu dikongsi, different heads akan menghasilkan different ideas. Jadi satu ilmu boleh menghasilkan seribu ilmu pula.

Satu perkara lagi yang ingin saya tambah, minta maaf perlukan keberanian. Berani sebut satu-satu kesalahan sendiri, berani berhadapan dengan orang yang telah kita sakiti, berani menempuh apa saja reaksi dari orang yang kita sakiti itu, berani tundukkan ego, dan macam-macam berani lagi.

Jadi, jom ramai-ramai jadi berani!

Best Regards,

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
13 Mei 2010M = 28 Jamadilakhir 1431H
Khamis, terus tersenyum manis!

____________________________________________________________

MESEJ UNTUK SEMUA

Tak kisahlah apa orang nak fikir tentang saya. Yang penting saya tahu siapa saya!

Ah, akhirnya apa yang saya risaukan selama ini terjadi jua! Aduiihh…

Teknologi mengaburi realiti! Kenapa? Sebab teknologi tak dapat melahirkan apa yang ada dalam hati, penyelesaian dari hati ke hati. Tak terlahir emosi dalam teknologi. Akibatnya, ada yang tersalah sangsi dengan teknologi!

Teknologi sangat daif untuk melahirkan penyelesaian hati ke hati. Kerana teknologi sangat mudah disalah tafsir. Kerana manusia selalunya menilai berdasarkan pandangan peribadi. Apa yang dibaca mengikut penilaian sendiri. Dan pandangan peribadi kadang-kala menidakkan realiti.

Habis tu apesal saya menulis blog sedangkan saya tahu kedaifan ini? Kenapa saya menggunakan blog sebagai medium untuk menulis? Sengaja cari penyakit? Atau dah takde kerja lain?

  • Kenapa saya menulis blog?

Ini jawapan saya.

Pertama, tujuan utama saya menulis blog bukanlah untuk berkongsi kisah hidup peribadi. Bukan dan bukan. Saya perahsia orangnya. Lagi-lagi tentang hidup peribadi. Mine our own business, ok!

Apa yang saya ingin kongsi hanya pendapat saya tentang sesuatu topik. Keseluruhannya berdasarkan pengalaman, pemahaman dan persepsi saya tentang topik itu. Yalah, negara demokrasi. Takkan kongsi pandangan pun salah.

Beri satu terima seribu. Satu ilmu seribu hikmah! – moto blog saya.

Sharing is caring dan lain-lain. Alah, takkan ayat-ayat begini tak pernah dengar kot.

Erm…ada sesiapa nak bantah? Hands up!

Kedua, online business. Nak cari duit. Semua masih in progress. Wait for my new updates…kalau nak tunggu la.

  • Apa yang saya tulis dalam blog?

Ini jawapan saya.

Pertama sekali apa yang saya coretkan dalam blog cuma secebis luahan dari saya. Ia bukan luahan keseluruhan perasaan hati sebab saya tak mahu jadikan blog tempat melonggokkan seluruh emosi apatah lagi untuk menagih simpati.

Jadi apa yang anda baca bukanlah mewakili keseluruhan luahan hati saya. Masih ada banyak lagi rongga-rongga persoalan yang tidak saya perjelaskan, dan tak mungkin akan saya luahkan dalam blog. Nak berkongsi dengan orang lain apatah lagi. Sebab pada saya, apa yang saya rasa, saya seorang saja yang faham.

Kata pakar motivasi, “Manusia perlu didengar kata-katanya sepertimana dia perlukan makanan.” Maksudnya sejauh mana pun saya pendam masalah dalam hati, sampai satu tahap saya perlu luahkan juga. Sebab itu saya berblogging. Walaupun tak semua yang dapat saya curahkan dalam blog, tapi sedikit sebanyak saya dapat rasa beban tu semakin ringan.

Kedua, saya sangat sedar bahawa blog adalah medium yang mampu diaccess oleh masyarakat yang luas. Ia medium global. Medium di mana apa yang kita kongsi, kita bukan kongsi dengan masyarakat Malaysia sahaja, malah seluruh dunia. Tambah-tambah pula jika bahasa yang digunakan dalam blog tersebut adalah bahasa Inggeris.

Kalau tak percaya cuba tanya atok korang kat kampung. Mesti dia tahu apa itu blog. Apa? Tak tahu? Ate, ajo le die. Usoh kedekut ilmu!

Jadi apa yang saya tuliskan dalam blog bukanlah pandangan seluruh saya pada sesuatu topik yang saya bangkitkan. Ia adalah pandangan yang telah saya rombak, tapis dan tambah bagi menyesuaikan tulisan saya dengan tahap pembaca.

Apa yang saya boleh sampaikan dengan telus, saya akan berterus terang. Jika sebaliknya, better I keep it myself atau ambil pandangan orang yang lebih arif.

Ketiga, sekiranya apa yang saya tulis menyebabkan ada hati-hati yang terasa, saya dengan ini secara terbuka memohon kemaafan. Ingin saya tegaskan di sini, bahawa bukan masalah saya sekiranya anda tersalah tafsir apa yang anda baca dengan apa yang saya maksudkan dalam penulisan saya.

Dalam blog saya, oleh kerana saya yang menulisnya secara total jadi saya tahu bahawa dalam setiap entri tidak ada sebarang nama yang saya catatkan untuk diburukkan.

Setiap kritikan dalam mana-mana entri tidak pernah saya khususkan pada siapa saya tujukan kritikan tersebut. Saya tahu mungkin ada yang akan terperasan bahawa dirinya terlibat dengan kritikan saya itu. Tapi ingat, kalau apa yang saya tuliskan tiada kaitan dengan anda, tiada sebab untuk anda perlu terasa hati. Bukan susah pun untuk buat tak tahu. If it’s not about you, so why should you care?

Tapi boleh je saya jadi selfish dengan berkata, “Suka hati aku la, aku punya blog. Bukan aku minta duit korang pun nak buat blog ni!” …cumanya itu bukan saya hihi…

  • Kesimpulan.

Justeru saya ingin tekankan di sini, saya sesungguhnya tak goyah dengan sebarang pandangan terhadap saya. Anda di luar sana bebas untuk menilai diri saya berdasarkan sebarang penilaian yang anda fikir padan dengan saya. Sebab saya tahu bukan bidang kuasa saya untuk menyekat sebarang persepsi masyarakat terhadap saya. Saya sangat terbuka dengan kritikan membina.

Kritikan menjatuhkan? Suka hatilah labu… Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dah krojenye cenggitu, ape nak dikate lagi.

Nasihat saya, blog bukanlah pentas terbaik untuk anda menilai keseluruhan jawapan tentang teka-teki siapa saya, apa saya…atau apa-apa saja persoalan yang timbul tentang saya.

Jika ingin mengenali saya secara dekat, see me in personal. Lets see sehebat mana anda mengenali saya. Moh datang ghumah!

Akhir kata,

TAK MELIHAT bukan bermakna TAK NAMPAK.
TAK ENDAH bukan kerana TAK PEDULI.
DIAM bukan bermaksud TAK TAHU.
AKUR bukan biasan SETUJU.
Jangan membangga diri pandai MENILAI PERIBADI,
kerana RAHSIA HATI hanya ALLAH YANG LEBIH MENGERTI!

(Ramai ye yang suka ayat-ayat puitis ni. Tengkiu kat korang. I like! )

Best Regards,

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
8 Mac 2010M = 23 Jamadilawwal 1431H
Sabtu, buang malas dan jemu!

____________________________________________________________

CERITA ORANG TIKAM ORANG

Beberapa hari lepas one of my sis called me untuk mengadu masalahnya. Hal berkaitan kawan-kawan. Biasalah, hidup dengan masyarakat memang mendedahkan kita dengan masalah. Tak thrill lah hidup kalau tiada masalah, kan?

Berikut merupakan perbualan saya dengan sis tersebut. Perbualan ini telah saya tapis dan modify bagi mengelakkan timbulnya sebarang su’uzoon (prasangka buruk).

*****

Sis:

Sis ade masalah lah dengan seorang budak bilik Sis ni.

Saya:

Apa sajalah masalah Sis ni. Apekehenye?

Sis:

Kakak, dalam bilik Sis ni Sis memang rapat dengan semua. Apa saja masalah kami, kami akan selesaikan sama-sama. Sampai satu tahap, rahsia-rahsia kami pun kami akan kongsikan sama-sama. Dipendekkan cerita, kami memang rapat dan percaya antara satu sama lain.

Saya:

Ok, teruskan.

Sis:

Suatu hari, kawan-kawan Sis, A dan C datang bawa satu cerita. Katanya salah seorang kawan sebilik Sis ni, B bercerita perkara buruk tentang Sis.

Saya:

Apa yang B dah buat?

Sis:

B fitnah Sis. Ikutkan apa yang Sis faham melalui cerita A dan C, B tak puas hati dengan Sis. Jadi mungkin untuk memuaskan rasa tak puas hati tu, B reka-reka cerita. Cakap begitu dan begini tentang Sis. Mungkin bab fitnah tu Sis boleh terima lagi. Tapi ada satu perkara yang buat Sis sedih sangat.

Saya:

Apeke bendenye?

Sis:

B buka semua rahsia Sis. Kakak, Sis rasa sedih sangat. Kenapa sampai begitu sekali B sanggup buat pada Sis? Apa salah Sis pada B? Habis satu aras dah tahu tentang rahsia Sis tu. Sis rasa malu, kak. Sis malu. Sanggup B buka aib Sis depan kawan-kawan lain. Pedih sangat hati ni. Depan Sis B bukan main suci lagi. Baik macam malaikat. Tapi belakang Sis rupa-rupanya B ni musuh dalam selimut!

Saya:

Sabar dik. Hmm… Nampaknya apa yang Sis alami tu, pernah juga akak alami. Kes orang tikam belakanglah ni. Memang orang begini bertopengkan muka suci. Sebab itulah kadang-kadang don’t judge a book by its cover. Akak faham apa yang Sis rasa. Dada rasa perit, kan?

Sis:

Betul kak, perit sangat. Rasa macam tak boleh nak maafkan kesalahan B ni.

Saya:

Betul tak B ni lahir bulan **, B ada gigi ** dan selalunya orang yang macam B yang akak pernah jumpa sangat pentingkan diri sendiri dan perasan bagus. Betul tak?

Sis:

Betul, betul! Macam mana kakak tau?

Saya:

Sebelum akak jawab soalan tu, Sis pernah dengar tak kata-kata ini:

Memaafkan memang mudah tapi melupakan tak semudah memaafkan.

Akak tak salahkan Sis kalau Sis masih tak boleh melupakan apa yang telah B buat pada Sis. Sebab itulah wujudnya kata-kata:

Belajar daripada pengalaman.

Kerana pengalaman tidak boleh dilupakanlah, manusia sentiasa belajar daripadanya. Perkara paling baik yang Sis boleh buat pertama sekali ialah memaafkan. Akak tahu memaafkan B pada sikap yang Sis fikir paling terkutuk yang dilakukan oleh B agak payah, tapi Sis perlu cuba untuk memaafkan. Jangan sesakkan hati ini dengan rasa amarah. Nanti memakan diri, dik.

Sis:

Tadi kakak cakap kakak pun pernah alami pengalaman macam Sis. Jadi sekarang kakak dah maafkan kesalahan orang yang tikam belakang kakak tu?

Saya:

Honestly, belum. Tapi akak dapat nasihat dari seorang kawan. Katanya, baca Surah Yasin dan niatkan sedekah pada orang yang buat jahat pada kita itu. Niatkan juga untuk lembutkan hati kita, supaya lebih mudah untuk memaafkan, lebih mudah untuk melupakan. Niatkan untuk ketenangan hati kita. Jangan fikir, “kenapa pula kita perlu bersedekah pada orang yang tikam kita dari belakang?”

Sis:

Kalau Sis nak fikir juga macam mana?

Saya:

Bak kata Ustaz Hasrizal dalam status di profil Facebooknya:

Kelemahanmu sebagai manusia adalah ruang untuk Allah berbelas ampun terhadapmu, bukan peluang engkau mengulang dosa terhadap-Nya… Demikian juga kelemahanmu sebagai manusia adalah ruang orang lain memaafkanmu, bukan peluang untuk engkau bersalah laku tanpa malu!

Sis:

Tak fahamlah.

Saya:

Begini, jangan membalas kejahatan dengan kejahatan. Sebabnya kalau kita balas kejahatan dengan kejahatan maka kita pun sama macam mereka. Sama jahat macam mereka. ALLAH Maha Adil, Sis. Apabila kejahatan dibalas dengan kebaikan, insyaALLAH hasilnya pasti yang lebih baik. Jangan pertikaikan janji ALLAH.

Sis:

Apa yang perlu Sis buat sekarang, kakak?

Saya:

Pertama, elakkan bergaul rapat dengan B. Ini bukan bermakna Sis putus kawan dengan B, tidak. Ikutkan pengalaman akak, selalunya orang yang banyak mengumpat tidak boleh dipercayai. Sebab, hari ini di depan kita mungkin dia mengumpat orang lain. Esok-esok di depan orang lain mungkin dia akan mengumpat kita pula. Hati-hati dengan orang begini.

Kedua, diam itu lebih baik. Maknanya jangan berkongsi rahsia dengannya. Yang lepas biarkan lepas. Jangan panjangkan masalah. Kadang-kadang ada baiknya Sis belajar cara-cara mengenal perwatakan seseorang melalui tarikh lahir, bulan kelahiran, sifat fizikal dan sebagainya.

Sis:

Tapi bukan semua orang boleh kita baca perwatakannya melalui tarikh lahir, bulan kelahiran, sifat fizikal…

Saya:

Betul, Sis. Akak tak kata kita perlu percaya semua yang tercatat itu betul. Manusia boleh berubah mengikut keadaan. Tapi ini adalah salah satu cara untuk kita meramal siapakah orang yang berkawan dengan kita itu. Kalau mengikut tarikh lahir kawan kita itu seorang yang sensitif, kita perlu kawal kata-kata kita. Kalau mengikut sifat fizikal kawan kita itu seorang yang tidak boleh dipercayai, jangan pandai-pandai cerita rahsia padanya.

Sis:

Oh, begitu.

Saya:

Actually, ada sesuatu yang kita boleh banggakan bila ada orang tikam dari belakang ni. Sebabnya mereka buat begitu sebab mereka rasa terancam dan cemburu. They see us 1, 2 or 3 steps ahead so mereka tak senang tengok kita lebih baik dari mereka. Jadi cara mudah untuk mereka langkah kepala kita ialah dengan menjatuhkan kita. Cara mudah yang sangat keji.

Apa pun pengalaman mendewasakan, Sis. Tak rugi Sis dapat pengalaman ditikam dari belakang ni. Pengalaman ini mengajar Sis untuk jadi lebih kuat. Mungkin in the future Sis akan berhadapan dengan masalah yang lebih berat dari ini. Ini baru permulaan, Sis. Sis pun baru 19 tahun. Banyak lagi perkara yang Sis perlu belajar. Jadi, sentiasalah bersedia dengan cabaran yang akan datang.

*****

Begitulah perbualan saya dengan sis tersebut.

Don’t jugde a book by its cover? Boleh percaya ke? Apa pendapat anda?

Pada saya, it depends on macam mana anda menilainya.

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
5 Mei 2010M = 20 Jamadilawwal 1431H
Rabu, mari tambah ilmu!

____________________________________________________________

HOW TO SET RELATED POST PLUGIN IN WORDPRESS

Exclusive post from aisyahumyra.com

Bagaimana untuk set ‘related post plugin’ untuk wordpress?

Ok, pertama sekali sebelum saya beri detail untuk add ‘related post plugin’, ini serba sedikit info tentang ‘related post plugin’.

‘Related post plugin’ ialah plugin untuk memudahkan anda membuat carian entri yang berkaitan dengan entri yang anda sedang tulis. Plugin ini akan secara automatik didisplayed di bawah setiap entri anda. (Take note bahawasanya plugin akan displayed berbeza mengikut tema yang anda gunakan)

Nak tahu cara untuk add plugin ini? Sila patuhi arahan berikut:

  1. Download plugin ini dan unzip atau exract
  1. Masukkan folder ini dalam folder wp-content/plugins anda. Contohnya seperti di bawah:
  2. Activate plugin tadi melalui ‘WordPress admin’

    Dalam 'Plugins', klik 'Installed'

Selepas anda activate plugin tadi…

Pling!! ‘Related post plugin’ anda dah siap.

Adakah post ini membantu anda?

Inform me if you need more tutorials from aisyahumyra.com ok!

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
4 Mei 2010M = 19 Jamadilawwal 1431H
Selasa

____________________________________________________________

SAYA DAN MY BEST BUDDIES

Friend and best friend are two different person...

Wahh!! (melepaskan kebosanan hehe..)

Hari ini saya nak cerita tentang my best buddieslah. Bukan apa, baru-baru ini saya dapat hadiah free calls from Celcom for Xpax users yang menyambut hari lahir to 8pax numbers. Yup, saya baru saja menyambut hari lahir yang ke-23 pada 21 April lepas.

Kebetulan hari lahir saya jatuh pada bulan saya cuti semester jadi peluang itu selalunya saya akan gunakan untuk sesuka hati kacau my best buddies, at least dapat jugalah melepaskan rindu dan bosan hihi…

Lazimnya saya akan menulis post baru setiap kali menyambut hari lahir. Malangnya pada hari lahir saya yang lepas saya tidak menulis walau satu post pun. Nak tahu kenapa? Sebabnya…

  1. Rasanya perjalanan sepanjang tahun ke-22 saya berlangsung dengan agak teruk dan sedih. Jadi saya agak blur dan tiada mood untuk menulis.
  2. One of my best buddies, Nurhaneeta Hamdan terlalu sibuk dengan Latihan Industrinya (LI) huhu..
  3. My another best buddy pula, Mazlina Mazelan terlupa langsung my birthday.
    Sedihnya… Ini semua sebab Nur Arianna Dania. Siapa pulalah Nur Arianna Dania ni. Takpe, nanti saya cerita.

Kedua-dua sahabat baik saya ini sudah saya kenali sejak dari sekolah lagi. Saya mula berkenalan dengan Nurhaneeta semasa di tingkatan dua di SMKSA, Ipoh. Kami rakan sekelas (2 Bestari 2) tapi pada masa itu kami tidaklah serapat seperti hari ini. Kami mula rapat semenjak saya sertai Lembaga Pengawas Sekolah semasa di tingkatan empat.

Sejak berkenalan, hubungan kami belum pernah putus. Whenever kami rasa ‘hilang’ atau sunyi, pasti saya atau Nurhaneeta akan saling berhubung. Setidak-tidaknya hilang sikit rasa sunyi itu.

Nurhaneeta pada pandangan saya merupakan seorang yang sensitif dan lemah lembut. Secara kebetulan, jujurnya saya tidak begitu suka berkawan dengan orang yang sensitif tapi entahlah kenapa saya masih tegar berkawan dengan Nurhaneeta sampai sekarang.

Mungkin itulah yang membuat Nurhaneeta begitu istimewa. Makin kelat, makin melekat!

Mazlina pula saya telah kenali sejak dari darjah satu (1 Markisa) lagi di SKSR, Ipoh. Memang sahabat lama saya.

Jujur sejujur-jujurnya, semasa di darjah satu saya paling menyampah dengan si Mazllina ni hihi… Kenapa? Adalah sebabnya. Tapi serious memang saya menyampah betul dengan Mazlina dulu (pengulangan ayat menunjukkan ayat penegasan!) haha…

Habis tu macam mana pula saya boleh rapat sampai jadi best friend pula dengan si Mazlina ni?

Jawapannya….saya pun tak tahu macam mana dan kenapa!

Seriously, Mazlina dan saya bezanya macam langit dengan bumi. Macam kutub utara dengan kutub selatan. Macam malam dengan siang. Macam garam dengan gula. Tapi perasan tak, langit pasangannya bumi, utara pasangannya selatan, malam pasangannya siang dan garam pasangannya gula. Begitulah saya dan Mazlina.

Mazlina ialah seorang yang berfikiran terbuka dan totally bukan seorang yang sensitif. Jadi saya bebas untuk bercerita dengannya apa saja tanpa risau dia akan terasa hati. Mazlina juga tak segan-silu untuk berkongsi apa saja yang dia tahu dengan saya. Itu salah satu perkara yang saya senang dengan sahabat saya yang seorang ini.

Setiap kali cuti semester pasti saya akan bertandang di rumah Mazlina dengar dia berceloteh. Tapi sejak Mazlina berkahwin (14 Mac 2009) dan sekarang dah ada anak, Nur Arianna Dania, saya sudah jarang ke sana. Busy sangat dengan Nur Arianna Dania sampai birthday saya pun boleh lupa. Nasib badan…

Makin jauh perjalanan, makin berbeza hala tuju masing-masing. Saya dengan kehidupan saya, sahabat-sahabat saya dengan kehidupan mereka. Semua ini menjarakkan kami. Harap-harap tak sampai terputuslah persahabatan ini, even sebab busy atau Nur Arianna Dania hihi…

Aih, rindu kat korang. Korang rindu aku tak?

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
3 MEI 2010M = 18 Jamadilawwal 1431H
Isnin

____________________________________________________________