MUnSyI: MALAYSIAN UNIVERSITY SELECTION INVENTORY

Tak cukup masa untuk menjawab?

Semalam (24 April 2010) saya baru saja selesai menjalani ujian MUnSyI (Malaysian University Selection Inventory). Perasaan saya memang sangat-sangat lega, sebab persoalan tentang apeke bendenye si MUnSyI tu terjawablah juga semalam memandangkan saya tidak ada sebarang rujukan mengenai soalan MUnSyI.

Walaupun begitu secara amnya saya dapat juga gambaran tentang MUnSyI dalam laman web USM sendiri.

Maklumat ini memang sangat-sangat berguna sebab sekurang-kurangnya saya tahu ujian ini berkaitan dengan minat dan personaliti calon. Dalam erti kata yang lain saya tahu ujian ini tidaklah sesukar mana. Cumanya jawapan yang dipilih perlu sesuai dengan kursus yang dipohon, bagi meyakinkan pihak universiti bahawasanya pilihan kita itu adalah berdasarkan minat dan personaliti kita (walaupun realitinya tidak!).

Perlu diingat (kepada sesiapa yang membaca artikel ini) bahawa saya pun bukanlah arif benar tentang ujian MUnSyI memandangkan saya pun (setakat artikel ini ditulis) baru saja mendudukinya. Tapi berdasarkan apa yang saya faham, cara yang saya nyatakan di atas (“…jawapan yang dipilih perlu sesuai dengan kursus yang dipohon…walaupun realitinya tidak…”) adalah rumusan daripada apa yang saya faham tentang langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya anda mahu juga ambil kursus yang tidak sesuai dengan minat dan personaliti anda.

Soalan MUnSyI yang saya telah jawab semalam mengandungi 310 soalan yang perlu dijawab dalam masa sejam. Soalan-soalannya merangkumi minat, bidang pekerjaan, personaliti dan sebagainya.

Rata-rata calon-calon akan merungut tak cukup masa untuk menjawab soalan tersebut. Tapi alhamdulillah saya ada cukup masa untuk menyemak semua jawapan, malah masih berbaki beberapa minit sebelum masa menjawab tamat. Rahsianya? Kira masa yang anda boleh luangkan untuk menjawab satu soalan, dan jangan menjawab (dan menghitamkan jawapan) melebihi masa itu.

Cara pengiraan masa untuk menjawab satu soalan adalah seperti berikut. (Kira-kiranya mudah saja, tapi bagi mereka yang bidang kebolehannya selain subjek Matematik mungkin akan mengalami masalah untuk mengira)

Jumlah soalan: 310
Jumlah masa: sejam/60 minit

  • Kira masa dalam saat: 60 minit darab 60 saat = 3600 saat
  • Bahagikan masa dengan jumlah soalan: 3600 saat bahagi 310 soalan = 11.6129 atau 12 saat untuk satu soalan

Bagi mereka yang telah membuat pengiraan ini mungkin tidak ada masalah untuk mengurus masa menjawab soalan. Jadi, kepada calon-calon yang bakal menduduki ujian MUnSyI mungkin ilmu ini anda dapat manfaatkan.

Berbalik kepada pengalaman semalam, rasa rindu pada sekolah lama terubatlah juga. Lagi-lagi kebetulan pula sekolah memang menjalankan sesi pembelajaran seperti biasa untuk menggantikan cuti. Jadinya suasana semalam memang betul-betul real macam back to school! la.

Yang paling seronok sebenarnya sebab dapat jumpa beberapa orang ex-Ampang ( Mardhiah , Sri Nur Aimi , Syafiqah dan Shahrizal ) yang juga menduduki ujian yang sama. Bezanya, mereka adalah junior saya (yelah, kawan-kawan sebaya semua dah nak habis degree pun huhu..). Semoga ada peluang lagi untuk berjumpa mereka, ameen…

Jumpa anda di universiti!!

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
25 April 2010M = 10 Jamadilawwal 1431H
Ahad mari berehat!

____________________________________________________________

Advertisements

5 Comments

  1. Atieshu said,

    26/04/2010 at 12:58

    Kak, hehe saje nak tanya la kan…
    test ni macam test yang biasa sekolah bagi sebelum amik aliran masa form 4 dulu tu ke ??
    macam lebih kurang je 😛

  2. Noor Atikah said,

    26/04/2010 at 15:47

    Erm.. ha’a ade persamaan sikit
    lebih kurang jela
    tapi penyampaian soalannye lebih ringkas, mendalam dan matang..
    Soalannye seringkas tiga perkataan dalam satu ayat.
    Paling panjang pun tak sampai 15 perkataan dalam satu ayat.
    Contohnye: Anda pandai membaca air muka rakan anda. (sangat tidak setuju/tidak setuju/setuju/sangat setuju) 😀

  3. ekinray said,

    07/04/2011 at 23:14

    ai… sye nie nak amik ujian munsyi ari sabtu nie.. so nk tnye la.. soalan die cm mne ye.. hehehe.. nak wt pesediaan awl.. heheh em nak tnye.. ade x masuk matematik n sains?

    • Noor Atikah said,

      08/04/2011 at 09:59

      terima kasih atas respon..
      ok, ujian munsyi ni takde soalan matematik dan sains
      yang ada just soalan minat dan kecenderungan
      contoh 1: adakah anda menyukai aktiviti yang berkaitan dengan kerja sosial?
      contoh 2: anda suka mengetuai sesuatu projek/program (ya/tidak)

      harap telah menjawab soalan.. =)

      all the best untuk ujian 2!

  4. Noor Atikah said,

    08/04/2011 at 10:29

    contoh lain:
    1. Anda suka orang lain tahu bahawa anda bijak
    2. Anda adalah seorang yang ramah
    3. Anda akan menunggu orang lain menegur anda sebelum memulakan sebuah perkenalan
    4. Anda suka bekerja di belakang tabir

    See, kalau anda semua dapat lihat, soalan yang ditanya hanya mengenai minat, kecenderungan dan personaliti. Jawapan anda itu nanti yang akan dinilai oleh pihak U sama ada nilai (value) anda sesuai atau tidak dengan bidang pengajian yang anda pilih.

    Hipotesisnya, kalau bidang yang anda pilih itu memang bidang yang anda minati, lebih jujur anda menjawab soalan yang diberikan, lebih cerah peluang anda untuk berjaya…kecualilah kalau anda tahu cara untuk memanipulasikan jawapan, so maybe kalau anda x jawab dengan jujur pun anda still boleh berjaya..

    Apa pun, terima kasih banyak2 atas respon anda semua. Harap saya telah menjawab segala kemusykilan.. 🙂

    Selamat berjaya kepada mereka2 yang bakal menduduki ujian ini!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: