TIPS KESIHATAN – BUAH OREN

Oren adalah buah sitrus yang paling terkenal dan telah lama diakui kerana mengandungi banyak vitamin C.

Bertemu kembali. (hehe…ada gaya macam pembaca berita tak?)

Sudah seminggu saya tidak berblogging. Ini kerana dalam masa seminggu itu saya telah dijangkiti virus selsema setelah sekian lama tidak dijangkiti selsema. Kali terakhir dijangkiti selsema mungkin dua tiga bulan sebelum kes H1N1. Sudah lama tidak diuji bab kesihatan, sekali diuji memang seminggu yang cukup menguji huhuhu…

Bercakap tentang selsema ni, saya nak beri tips merawat selsema secara tradisional. Tips ini saya selalu amalkan sejak umur 19 tahun.

Kisahnya, pada umur 19 tahun saya pernah berpenyakit di kawasan tekak. Penyakit biasa, tetapi tubuh saya mengambil masa yang agak lama bagi menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh. Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil ubat-ubatan yang dapat memberikan kesan yang lebih extreme dan pada masa yang sama ubat-ubatan sebegitu meninggalkan kesan sampingan jika diambil selalu atau dalam jangkamasa panjang atau overdose.

Melihatkan keadaan saya yang sebegitu, doktor telah menyarankan supaya saya berubat secara tradisional iaitu memakan buah oren sebagai menggantikan ubat.

Alhamdulillah, penyakit saya sembuh dua kali ganda lebih pantas tanpa perlu menanggung apa-apa kesan sampingan. Jadinya, bermula dari situlah saya akan makan buah oren sebagai ubat pertama sebelum mengambil pharmaceutical drug.

Berbalik kepada topik selsema tadi, sekiranya anda mengalami simptom-simptom jangkitan virus selsema seperti sakit tekak, cepat-cepat beli buah oren di kedai yang berhampiran dengan rumah anda.

Buah oren tadi perlu dimakan setiap hari sehingga simptom-simptom tadi hilang. Dosnya? Ikut suka anda. Kalau perlu, makan tiga kali sehari seperti mana anda makan antibiotik. InsyaALLAH, selsema anda akan beransur-ansur sembuh tetapi dalam kadar yang pantas.

Ini pastinya merupakan berita baik kepada seseorang yang suka makan buah oren atau minum jusnya. Buah oren bukan sahaja mudah didapati bahkan juga murah harganya. Harga buah oren yang paling mahal yang pernah bapa saya beli hanya RM1 sebiji.

Sebagai info tamabahan, vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenal pasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.

Kesimpulannya, mahu kesihatan baik dan mencantikkan kulit – makan buah oren.

Jadi apa tunggu lagi, “mohle kite makan buah oren!”

p/s: Tradisional, tradisional juga. Baru tadi kakak saya tanya soalan cepumas, “Nak beli Weight Gain tak?” – cara yang langsung tak tradisional untuk menambahkan berat badan, bagi manusia yang sangat ramping (macam baby doll dan saya hehe..).

So kalau anda adalah individu yang sangat ramping macam baby doll tu, apa yang anda nak jawab? Help me to answer that question, please..

Rujukan: www.gua.com.my

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
aisyahumyra.com
Ipoh, Perak
11/04/10

____________________________________________________________

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: