HARI INI YANG TENSION!

Sedihnya hari ini..

Saya masih belum boleh access exam result di Student Portal. Dengar cerita result sudah keluar, tapi biasalah.. kesilapan teknikal..

Pada bahagian ‘Examination’ di Student Portal cuma ada ‘Exam slip’, ‘Exam timetable’, ‘myAcademic Progress’ dan ‘Partial transcript’ sahaja. ‘Exam Result’ masih belum ada.

I have no idealah kalau di IPT lain keputusan peperiksaan akan keluar awal sebab di KUIS biasanya result akan keluar dua, tiga hari sebelum semester baru bermula. Kiranya mungkin hikmahnya pihak kolej mahu pelajar-pelajarnya datang ke kolej dengan penuh semangat untuk lebih berjaya (sebab dapat flying colors) dan semangat untuk berubah (sebab result layak buat kertas conteng je..). Husnudzoon..

Untuk edisi su’udzoon, mungkin saya akan komen begini, “Sila upgrade RAM efficiency anda. Sekian (tak boleh cakap banyak-banyak..).”

Sudahlah keputusan exam tak boleh access, blog saya di aisyahumyra.com pun tak boleh diaccess. Nasib badan huhu.. ServerFreak ada hantar email untuk explain tentang masalah ni.

Dear Customer,

Please be informed that currently all users who using ISP Streamyx is having slow connection due to detected a cable fault on the Southeast Asia-Middle East-Western Europe 4 (SMW4) submarine cable network between Alexandria in Egypt and Palermo in Italy linking Malaysia to Europe and the United States (US). The consortium will be carrying out repair works on site on Saturday, 24 April 2010 and it is expected to be completed on Sunday, 2nd May 2010.

During the restoration process, there will be some interruption to the traffic to Europe and the US carried through that cable. TM ISP is taking active steps to minimize disruptions; we have added additional links on other routes and coordinated with other international carriers in order to provide additional bandwidth for our customers.

Despite these initiatives, customers who using Internet services via ISP’s Streamyx nationwide may experience some degree of service degradation such as slow browsing while accessing international websites. Customers using Virtual Private Network (VPN) and other critical business applications linked to Europe and the US will be assured minimal degradation of service, if any.

To resolve your browsing speed issue, please follow instruction here to temporary use TM proxy…

Sedih la macam ni. Pergi makan kacang depan TV la lagi best! Huh!!

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from Facebook
29 April 2010M = 14 Jamadilawwal 1431H
Khamis senyum manis!

____________________________________________________________

MUnSyI: MALAYSIAN UNIVERSITY SELECTION INVENTORY

Tak cukup masa untuk menjawab?

Semalam (24 April 2010) saya baru saja selesai menjalani ujian MUnSyI (Malaysian University Selection Inventory). Perasaan saya memang sangat-sangat lega, sebab persoalan tentang apeke bendenye si MUnSyI tu terjawablah juga semalam memandangkan saya tidak ada sebarang rujukan mengenai soalan MUnSyI.

Walaupun begitu secara amnya saya dapat juga gambaran tentang MUnSyI dalam laman web USM sendiri.

Maklumat ini memang sangat-sangat berguna sebab sekurang-kurangnya saya tahu ujian ini berkaitan dengan minat dan personaliti calon. Dalam erti kata yang lain saya tahu ujian ini tidaklah sesukar mana. Cumanya jawapan yang dipilih perlu sesuai dengan kursus yang dipohon, bagi meyakinkan pihak universiti bahawasanya pilihan kita itu adalah berdasarkan minat dan personaliti kita (walaupun realitinya tidak!).

Perlu diingat (kepada sesiapa yang membaca artikel ini) bahawa saya pun bukanlah arif benar tentang ujian MUnSyI memandangkan saya pun (setakat artikel ini ditulis) baru saja mendudukinya. Tapi berdasarkan apa yang saya faham, cara yang saya nyatakan di atas (“…jawapan yang dipilih perlu sesuai dengan kursus yang dipohon…walaupun realitinya tidak…”) adalah rumusan daripada apa yang saya faham tentang langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya anda mahu juga ambil kursus yang tidak sesuai dengan minat dan personaliti anda.

Soalan MUnSyI yang saya telah jawab semalam mengandungi 310 soalan yang perlu dijawab dalam masa sejam. Soalan-soalannya merangkumi minat, bidang pekerjaan, personaliti dan sebagainya.

Rata-rata calon-calon akan merungut tak cukup masa untuk menjawab soalan tersebut. Tapi alhamdulillah saya ada cukup masa untuk menyemak semua jawapan, malah masih berbaki beberapa minit sebelum masa menjawab tamat. Rahsianya? Kira masa yang anda boleh luangkan untuk menjawab satu soalan, dan jangan menjawab (dan menghitamkan jawapan) melebihi masa itu.

Cara pengiraan masa untuk menjawab satu soalan adalah seperti berikut. (Kira-kiranya mudah saja, tapi bagi mereka yang bidang kebolehannya selain subjek Matematik mungkin akan mengalami masalah untuk mengira)

Jumlah soalan: 310
Jumlah masa: sejam/60 minit

  • Kira masa dalam saat: 60 minit darab 60 saat = 3600 saat
  • Bahagikan masa dengan jumlah soalan: 3600 saat bahagi 310 soalan = 11.6129 atau 12 saat untuk satu soalan

Bagi mereka yang telah membuat pengiraan ini mungkin tidak ada masalah untuk mengurus masa menjawab soalan. Jadi, kepada calon-calon yang bakal menduduki ujian MUnSyI mungkin ilmu ini anda dapat manfaatkan.

Berbalik kepada pengalaman semalam, rasa rindu pada sekolah lama terubatlah juga. Lagi-lagi kebetulan pula sekolah memang menjalankan sesi pembelajaran seperti biasa untuk menggantikan cuti. Jadinya suasana semalam memang betul-betul real macam back to school! la.

Yang paling seronok sebenarnya sebab dapat jumpa beberapa orang ex-Ampang ( Mardhiah , Sri Nur Aimi , Syafiqah dan Shahrizal ) yang juga menduduki ujian yang sama. Bezanya, mereka adalah junior saya (yelah, kawan-kawan sebaya semua dah nak habis degree pun huhu..). Semoga ada peluang lagi untuk berjumpa mereka, ameen…

Jumpa anda di universiti!!

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
25 April 2010M = 10 Jamadilawwal 1431H
Ahad mari berehat!

____________________________________________________________

JANGAN BERTANGGUH LAGI!

Nak jadi jutawan, perlu belajar dari jutawan!

Siang tadi saya ke klinik gigi menemani kakak. So oleh sebab saya akan jadi si penunggu jadi kakak saya suggest saya bawa sekali bahan bacaan. Yelah, adalah juga pengisian daripada jadi tunggul je di kerusi tu.

Apa yang saya nak ceritakan bukanlah tentang gigi kakak saya, tapi tentang buku yang saya baca tu. Tajuknya ‘Nota Jutawan, Nota Motivasi” dari Irfan Khairi.

Ada juga hikmahnya saya jadi penunggu tu. Akhirnya buku tu saya berjaya juga khatamkan di situ. Perasaan saya? Lega…

> Eleh, baca buku je kot… Kecoh la lu minah….

Saya bukan apa, dah lama sangat beli buku tu. Baru sekarang khatam baca.

Asalnya saya beli buku itu kerana saya mahu kaut sebanyak mungkin ilmu dari seorang usahawan berjaya. Sedikit sebanyak ada pemangkin untuk menggerakkan momentum motivasi dan semangat saya.

> Ala rilek la, takde masa lah, tu yang lambat habis tu…

Kalau sebelum baca buku tu mesti saya akan beri alasan seperti di atas. Tapi lepas baca buku tu, saya dapat belajar sesuatu.

Kata Irfan Khairi,

MENANGGUHKAN KERJA = PENCURI MASA + PENCURI HIDUP
(Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil procrastination)

Orang yang banyak beralasan bukannya tidak boleh capai matlamat, tapi matlamat itu lambat tercapai. Silap-silap haribulan terus tak dapat capai apa-apa. Sebab apa? Banyak beri alasan dan akhirnya kerja bertangguh. And peluang pun akan buat magic show, sekelip mata je hilang.

Ada 3 sebab utama kenapa kerja tertangguh:

  1. Terlalu banyak alasan
  2. Tidak serius dalam mengambil keputusan
  3. Tiada deadline dalam matlamat

Jadi, kalaulah anda orang yang banyak alasan sehingga kerja tertangguh tindakan paling bijak yang anda boleh lakukan adalah:

  1. Berhenti beralasan
  2. Serius dalam berkeputusan
  3. Tulis deadline untuk mencapai matlamat

Mudah saja kan?

Banyak masa saya sudah bazirkan hanya kerana saya beri banyak alasan untuk khatamkan buku itu. Kalaulah saya sudah khatam dari awal, sudah tentu ilmu-ilmu dari buku itu saya dapat aplikasikan lebih awal.

Lagi banyak masa terbazir alamatnya dalam sedar tak sedar banyak juga peluang berlalu begitu saja. Akibatnya, semakin terkebelakanglah kita…

Jadi saya nasihatkan anda, JANGAN BERTANGGUH LAGI!

* > = fikiran negatif

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from aisyahumyra.com
23 April 2010M = 8 Jamadilawwal 1431H
Jumaat penuh berkat!

____________________________________________________________

MOTIVASI: PALING SAYANG, PALING CANTIK

Rumput mana yang paling cantik?

Saya ada banyak koleksi kata-kata mutiara yang dikumpul melalui pelbagai media. Kebanyakan kata-kata mutiara ini datangnya dari orang-orang yang banyak menyokong saya selama ini (you guys are rock!).

Saya tertarik untuk berkongsi beberapa mutiara kata yang saya rasakan sangat berguna sebagai bekalan di sepanjang perjalanan yang kita tak tahu apa yang menunggu di hadapan.

Renungi mutiara ini.

~ Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada cikgunya…

PELAJAR: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yang PALING kita SAYANG? Macam mana juga KASIH SAYANG tu berkekalan?

CIKGU: Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi padang, jalan atas rumput di hadapan kamu. Pilih rumput yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang walau sekali! Dah petik yang cantik, bawa ke kelas.

~ Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

CIKGU : Kenapa tiada sehelai rumput pun yang dipilih?

PELAJAR: Tadi masa saya berjalan, saya cari rumput yang PALING CANTIK tanpa toleh ke belakang. Tapi sampai di hujung padang saya tak jumpa pun yang PALING CANTIK!

Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING CANTIK tanpa toleh ke belakang. Tapi sampai di hujung padang saya masih tak jumpa rumput yang paling cantik.

Mungkin ada yang di antara di belakang saya tadi ada rumput yang CANTIK. Tapi dah cikgu cakap tak boleh toleh ke belakang, jadi takdelah rumput yang saya petik.

CIKGU: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita dah temui seseorang yang kita sayang janganlah kita mencari yang lebih baik daripada itu.

Hargailah orang yang ada di depan kita sebaiknya! Jangan kita menoleh ke belakang kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlaku tidak berulang lagi.

Ingatlah, ORANG YANG PALING KITA SAYANG ITULAH YANG PALING CANTIK DAN PALING BAIK. (^_^)

Bingkisan dari Cik Cahaya Kasih Ilahi – MySpace.

Kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita mahu mencari yang baik sedangkan kita telah pun dapat yang terbaik.

ALLAH gives you nothing you wanted, but you received everything you needed.

Simple words, but reflect a big meaning..

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Exclusive post from: aisyahumyra.com
Ipoh, Perak
18 April 2010M = 3 Jamadilawwal 1431H
Ahad mari berehat!

____________________________________________________________

MOTIVASI: PERUBAHAN?

Lakukan sesuatu untuk satu perubahan hari ini

Ada orang yang memerlukan satu nasihat untuk berubah, ada orang yang memerlukan satu pengalaman untuk berubah, tapi yang paling malang ialah orang yang tidak berubah walau dengan nasihat atau pengalaman.

Siapakah anda di dalam situasi di atas?

Orang yang berubah dengan nasihat adalah orang yang bijak. Saya tafsirkannya sebagai bijak kerana nasihat ibarat batu loncatan. Tak payah rasai kesakitan akibat pengalaman juga tidak perlu bereksperimentasi pada permasalahan seperti pengalaman. Semuanya telah siap sedia untuk diimplementasikan.

Hanya persoalannya adakah anda take note dan endah pada nasihat itu atau tidak. Mahu belajar dari nasihat atau tidak.

Buat dapat untung, tak buat melepas peluang!

Orang yang berubah dengan pengalaman adalah orang yang beruntung.

Hah? Kenapa pula beruntung?

Tadi bukan ke saya ada sebutkan pengalaman itu menyakitkan, pengalaman itu datangnya dari eksperimentasi? Mana untungnya?

Bertenang, saya ada bukti pada pandangan ini.

Pernah dengar tak quotation ini:

Pengalaman adalah guru yang paling kejam kerana ia menguji terlebih dahulu sebelum memberi pengajaran.

Orang yang berpengalaman pendiriannya tegas, matlamatnya jelas, pandangannya tak mudah dicantas. Kerana apa? Kerana dia telah merasai bagaimana sakitnya bila jatuh, gembiranya bila berjaya, peningnya bersolusi pada pelbagai persoalan, pengorbanannya, kecekalannya, keperitannya… dan berbagai-bagai lagi di sepanjang kembara demi pengalamannya.

Pengalaman menguji, pengalaman juga mengajar. Pengalamannya menguji kemampuannya bertindak, mencari penyelesaian, membuat pilihan, mengurus emosi dan diri dan mencapai keputusan. Secara tidak langsung pengalaman mengajar seseorang menghargai sesuatu.

Sebab itulah orang yang berubah dengan pengalaman sangat beruntung. Ilmu dapat, pengajaran lekat.

Orang yang tidak berubah walau dengan nasihat atau pengalaman? Hidup sepi di dunia sendiri…

Semoga dibukakan hati, ameen..

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Ipoh, Perak
Exclusive post from: aisyahumyra.com
16 April 2010M = 1 Jamadilawwal 1431H
Jumaat yang penuh berkat!

____________________________________________________________

INFO KESIHATAN – DURIAN BELANDA (SOURSOP)

Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah ini mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Khasiat dari buah ini memberikan kesan anti tumor/kanser dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: jauh di pedalaman hutan Amazon tumbuh ‘pohon ajaib’ yang akan merubah cara masyarakat mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan ‘pohon ajaib’ dan buahnya ini:

  1. Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi tanpa rasa mual, berat badan turun dan rambut gugur seperti kesan terapi kemo
  2. Melindungi sistem imunisasi tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan
  3. Pesakit akan merasa lebih kuat dan lebih sihat dalam proses perawatan dan penyembuhan
  4. Menambahkan tenaga dan penampilan fizikal bertambah baik

Sumber berita yang mengejutkan ini adalah dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah durian belanda telah diuji di lebih dari 20 makmal sejak tahun 1970an sehingga beberapa tahun berikutnya. Hasil uji kaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah:

  1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, antaranya kanser usus besar, payudara, prostat, paru-paru dan pankreas
  2. 10000 kali lebih kuat dalam melambatkan pertumbuhan sel kanser berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo yang biasa digunakan
  3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan tidak membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon ini yang tumbuh di hutan Amazon telah mendapati beberapa bahagian pohon ini iaitu kulit, akar, daun, isi dan bijinya selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan di mana durian belanda secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan!

Durian Belanda atau soursop , buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser dengan 10000 kali lebih kuat daripada terapi kemo. Persoalannya, kenapa kita tidak tahu?

Ini kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini agar dana penyelidikan yang sangat besar yang dikeluarkan selama bertahun-tahun dan ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan menjadikan pohon ini sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Begitu mudah kesihatan dan kehidupan kita dikendalikan oleh orang berkepentingan yang memiliki wang dan kekuasaan!

Dibawah undang-undang persekutuan sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah dilarang untuk dipatenkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan yang sangat besar untuk membuat klon tiruan dari durian belanda agar ianya dapat dipatenkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana ia tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk tidak menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para penyelidik mendengar berita keajaiban durian belanda, mereka mula melakukan usaha penyelidikan. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga. Kisah lengkap tentang durian belanda, sumbernya dan bagaimana cara memanfaatkannya dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.

P/s: RESIPI JUS DURIAN BELANDA:

Bahan-bahannya:
200 gram isi durian belanda
500 ml air masak
50 ml susu krim

Praktikal:
1- Masukkan isi durian belanda, susu krim dan air ke dalam pengisar dan putar hingga hancur.
2- Sejukkan dalam peti sejuk.
3- Semasa menghidang masukkan sedikit isi durian belanda.

Rujukan: Internet, pakarhowto.com dan www.familiazam.com

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Ipoh, Perak
Exclusive post from: aisyahumyra.com
15/04/10

____________________________________________________________

TIPS KESIHATAN – BUAH OREN

Oren adalah buah sitrus yang paling terkenal dan telah lama diakui kerana mengandungi banyak vitamin C.

Bertemu kembali. (hehe…ada gaya macam pembaca berita tak?)

Sudah seminggu saya tidak berblogging. Ini kerana dalam masa seminggu itu saya telah dijangkiti virus selsema setelah sekian lama tidak dijangkiti selsema. Kali terakhir dijangkiti selsema mungkin dua tiga bulan sebelum kes H1N1. Sudah lama tidak diuji bab kesihatan, sekali diuji memang seminggu yang cukup menguji huhuhu…

Bercakap tentang selsema ni, saya nak beri tips merawat selsema secara tradisional. Tips ini saya selalu amalkan sejak umur 19 tahun. Read the rest of this entry »

AGENDA, OH AGENDA

Tak cukup masa atau tak pandai urus masa?

Huh~
Sudah lama saya tidak ber’blogging’ (bagi seorang blogger yang berdedikasi (ahaks!), 5 hari itu sudah cukup lama). Banyak betul agenda yang belum selesai. Antaranya:
  1. Habiskan baca buku-buku yang berlambak-lambak saya beli tapi baru baca tak sampai 10 pages.
  2. Habiskan baca eBook 101 Cara Promosi Perniagaan Internet Anda yang baru dibaca sampai point ke-13 (meanwhile saya masih lagi menunggu pakcik posmen menghantar CD Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Anda Yang Pertama! yang saya order minggu lepas…)
  3. YM dengan si Fitriah tentang HPA (dah sebulan pending disebabkan faktor masa)
  4. Jahit seluar slack (reshaping)
  5. Develop and manage my weblog
  6. bla.. bla.. bla..
  7. Read the rest of this entry »