ISTIMEWA BUAT SAHABAT

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" -Saiyidina Ali KW (rujukan dari ILUVISLAM.COM)

**********
Aizat – Sahabat

Sahabat, mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat, ingatlah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat, aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

Kembalilah, oh sahabatku
Kembalilah…

**********

Tiba-tiba hati rasa syahdu mendengar lagu Sahabat dari Aizat. Lagu ini terasa dekat dengan diri.

Buat sahabat-sahabatku:

“Terima kasih yang tidak terhingga kerana menjadi sahabatku.
Terima kasih kerana menjadi pendorongku di waktu aku hilang arah.
Terima kasih kerana tidak jemu-jemu menjadi pendengarku.
Terima kasih kerana bersamaku ketawa di waktu aku gembira dan menangis di waktu aku sedih.
Terima kasih dengan ilmu yang dikongsi.
Terima kasih dengan rezeki yang disyukuri.
Dan terima kasih kerana menerimaku seadanya.
Terima kasih, wahai sahabat.”

(Jarak bukan ukuran, umur bukan sempadan, pandangan bukan membataskan – yang penting kita sahabat. Sahabat, aku sangat menyayangimu!)

Buat yang pernah menjadi sahabatku:

“Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku.
Terima kasih kerana pernah membuatkanku ketawa gembira dan menangis sedih.
Terima kasih kerana pernah berada di sampingku dan meninggalkanku.
Anda masih dihargai walau persahabatan itu hanya seketika.
Sekali lagi, terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku.”

Lagu ini untuk anda!

Salam penuh keberkatan!

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Ipoh, Perak
31/03/10

____________________________________________________________

Advertisements

5 Comments

  1. ??????????? said,

    27/04/2010 at 22:57

    MAAFKAN DIRI INI ATAS SEGALA ‘KESAKITAN’ YG TELAH KUBERIKAN…
    TAPI PADAMKAN SAHAJA SEGALA KENANGAN ANTARA KITA…
    BIARLAH IA HANYA TINGGAL MENJADI SEJARAH ATR KAU DAN AKU…

    MAAF KERANA TIDAK BISA MENJADI SEORG KWN YG BAIK UNTUKMU……

  2. ppl said,

    29/04/2010 at 21:18

    Jgn tegar mengatakan “Allah ingin menguji” tp bertanyalah kpd diri “MENGAPA Allah ingin menguji”….

    RENUNGLAH KE DLM DIRI,MUHASABAH DAN MENGINSAFI DIRI, BUKANNYA MENYALAHKAN ORG LAIN..MASIH ADA LG INDIVIDU YG MERENDAHKN HATINYA MEMOHON KEMAAFAN MESKIPUN HATINYA TELAH LAMA MEMENDAM RASA DAN DIA JUGA ADALAH ‘MANGSA’..

    BILA HATI SUDAH TIDAK TERTAHAN MEMENDAM RASA,PERASAAN SAYANG YG DULUNYA PERNAH ADA, SEDIKIT PN TIDAK MAMPU MEMADAMKAN SEGALA KEMARAHAN..LALU PERHUBUNGAN YG PERNAH TERJALIN DULU TELAH DILONTARKAN SEJAUH2 NYA DR INGATAN..

    SEMOGA DIKAU PULIH DR ‘KELUKAAN ITU’…
    YG PERGI TAKKAN MUNGKIN AKAN KEMBALI LAGI………..

  3. 17/05/2010 at 07:24

    Terima kasih atas informasi menarik


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: