RAHSIA KEJAYAAN KURA-KURA


Keluarga saya ada membela dua ekor kura-kura yang nama saintifiknya red-eared terrapin, macam yang dalam gambar tu. Kalau tak salah yang anda lihat tu male terrapin kerana corak di cengkerang belakangnya jelas dan lazimnya male terrapins lebih kecil berbanding female terrapins.

Sebagai pengenalan, kura-kura terbahagi kepada dua jenis; kura-kura air (terrapin) dan kura-kura darat (tortoise). Kura-kura yang saya bela dipanggil red-eared berdasarkan jalur merah/oren yang ada di sebelah matanya dan ia adalah sejenis kura-kura air.

“Apa keistimewaannya membela terrapins ni?” Saya rasa inilah soalan yang membelenggu pemikiran semua (yang tak berminat dengan terrapins la, yang minat tu dah tentu mereka fight balik hehe..). Saya pun pernah tertanya-tanya soalan serupa awal-awal membela terrapins ini.

Actually, akibat kebosanan selepas SPM adik bongsu saya yang pandai-pandai nak bela terrapins. Lepas tu bila dapat panggilan kemasukan ke PSIS, tanggungjawab membela terrapins ni jatuh pada saya pula huhu..

6 bulan jugalah saya bela terrapins ni di kolej independently. Makanannya, aquariumnya, kebersihannya dan ubatannya sayalah yang uruskan sendiri dan sebahagian besarnya menggunakan perbelanjaan sendiri.

Banyak kebaikannya bela haiwan ni, antaranya:
1) time management, pengurusan wang n pengurusan kasih sayang (lebih kurang macam bela anak angkat la)
2) pengajaran yang kita boleh kutip melalui kelakuan haiwan

Tahu tak, rupa-rupanya terrapins ni walaupun ia haiwan pemalu tapi hatinya cekal dan ia kuat usaha.

Tak percaya?

Biasanya saya akan lepaskan terrapins saya dalam washroom supaya ia boleh melata dan berjemur. Kedudukan washroom biasanya jauh lebih rendah dari kawasan lain untuk mengelakkan air melimpah jadi keberangkalian untuk terrapin sebesar tapak tangan untuk keluar hampir mustahil (sebab kaki terrapin pendek. Kesian..).

Apa yang terrapins saya buat?

Ia cuba untuk memanjat keluar sampailah berjaya. Walaupun 95% daripada ‘cubaan untuk melarikan diri’ berakhir dengan kegagalan, ia tidak pernah letih untuk berusaha. Kalau letih, rehat sekejap kumpul tenaga (mungkin juga kumpul strategi) kemudian usaha lagi.

Begitu juga kita, perlu hati cekal dan kuat usaha. Walaupun tahu kebarangkalian untuk berjaya itu rendah tapi ia bukanlah kredit untuk kita mengalah. Usaha, usaha, usaha, berdoa dan barulah bertawakal.

Semanis kejayaan itu adalah apabila diusahakan sepenuh hati dan usaha. Belajar dari kegagalan, bina strategi dan jangan putus asa. Diam-diam ubi berisi. Rahsia kejayaan kura-kura!

Tak percaya lagi?

Saya sarankan anda bertanya kawan-kawan lain yang juga membela terrapin, pasti mereka ada jawapan yang hampir sama.

Salam penuh keberkatan!

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Ipoh, Perak

____________________________________________________________

Advertisements

2 Comments

  1. 24/10/2010 at 09:19

    camna nak tahu jantina kura2 tu?

    • Noor Atikah said,

      27/10/2010 at 14:35

      oh mudah je nak tau jantina kura2 (red-eared terrapin)..

      1) terbalikkan kura2 tu. then tengok corak bawah cengkerang. kura2 jantan punya corak yang sedikit (hanya beberapa tompok) berbanding kura2 betina. corak bawah cengkerang kura2 betina memenuhi keseluruhan cengkerang bawahnya.

      2) corak belakang kura2 jantan nampak lebih jelas dan ‘cantik’.

      3) cengkerang belakang anak kura2 jantan berwarna hijau muda. cengkerang anak kura2 betina berwarna hijau tua.

      4) ekor kura2 jantan lebih besar dan panjang berbanding kura2 betina.

      5) saiz kura2 betina lebih besar daripada kura2 jantan.

      6) kuku kura2 jantan akan tumbuh panjang.

      untuk lebih info, boleh layari laman web ini:
      http://www.wikihow.com/Tell-if-a-Turtle-Is-Male-or-Female

      thank you for your respond 🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: