RAMBUT SAMA HITAM…

Perbezaan pandangan itu perkara biasa. Tapi jangan jadikan perbezaan pandangan itu yang menjarakkan sesuatu perhubungan.

**********
Kata orang, “Rambut sama hitam, hati lain-lain.”

Betul kan? Kita takkan tahu apa yang dalam hati dan fikiran orang lain. Segala apa yang kita buat semuanya ikut logik kita sendiri.

Ada kalanya tak masuk akal bagi orang lain, tapi kita tetap dengan pendirian sendiri sebab bagi kita itulah yang betul. Orang lain takkan faham sebab mereka bukan kita.

**********

Kalau anda menonton 8TV hari ini mesti anda familiar dengan statement di atas. Statement tu saya petik dari rancangan bertajuk, ‘Blogger Boy’. Saya tak pernah tonton pun Blogger Boy sebelum ni tapi itu saja rancangan TV yang paling best pagi hari minggu during that time. Random selection je.

And one more thing, statement tu pun ikut apa yang saya ingat je sebab saya malas nak catat time menonton tu hihi… Kalau saya ada masa untuk rewind saya akan edit statement tu.

(Ikut apa yang saya dah rewind, yang saya tonton tu episod 11 tajuk ‘Niat’. Melilau jugalah saya dalam web 8tv tu mencari episod nie… Rupa-rupanya in reality saya dah jauh ketinggalan sebab masa saya log in 8tv untuk cari episod ni, dah keluar episod 18 pun.. Tak up-dated betullah saya dengan 8tv nie huhu~)

Persoalan yang berbangkit, kenapa statement di atas saya catatkan di sini? Saya ingin tekankan di sini, bukan niat saya untuk promosikan Blogger Boy tapi apa yang terkandung dalam statement itu yang penting.

Apa yang ada dalam hati kita, kita saja yang tahu. Orang lain tak tahu. Jadi apa yang kita fikir tak semestinya orang lain akan setuju, sebab orang lain tu tak tahu apa yang kita fikir.

Kadang-kadang kita rasa apa yang fikir betul, tapi orang lain tidak. Sebab kita fikir ikut cara kita, dan orang lain fikir ikut cara mereka. Lain orang, lain cara fikirnya.

Walaupun apa yang kita fikir betul tapi dalam masa yang sama orang lain fikir salah dan apa yang orang lain fikir betul tapi dalam masa yang sama kita fikir salah, tidak semestinya perkara itu betul atau salah.

Apa yang penting, setiap manusia itu tahu menghormati pandangan dan pendirian masing-masing. Hormati pandangan orang lain, orang lain pasti akan hormati pandangan anda. What you give you get back!

Kalau anda adalah seorang yang negotiable, anda pasti punya ramai kawan sebab orang lain akan lebih senang untuk berkawan dengan seseorang yang tahu untuk menghormati dan menerima pandangan orang lain.

Orang yang susah untuk menerima pandangan orang lain selalunya ada sifat ego dan mementingkan diri sendiri. Sebab itulah orang tidak senang dengannya.

Tapi ini pandangan saya, berdasarkan pengalaman saya. Tidak semestinya betul, tapi tidak salah.

Apapun, orang yang cerdik adalah orang mengambil pengajaran daripada pelajaran yang dapat dikutip di sepanjang hidupnya. Renung-renungkan dan selamat beramal (tagline Dr. Izzi).

Salam penuh keberkatan!

P/s: Tiba-tiba teringin pula nak cuba guna shampu BAWANG; menghitamkan dan melebatkan. hehe..

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Ipoh, Perak

____________________________________________________________

Advertisements

1 Comment

  1. Noor Atikah said,

    12/05/2010 at 23:01

    Thank you for your support! đŸ™‚


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: