FIRST STEP

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamu’alaikum wbt kepada semua.

Mulakan langkah pertama!

“A thousand mile journey begins with a single step” atau “Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah” merupakan salah satu mutiara yang kerap kali dimanfaatkan di seluruh dunia.

Saya pernah bertanya pada diri, mengapa kata-kata begini dicipta? Apakah kesannya pada orang yang mengambil manfaat dari kata-kata ini?

Memulakan langkah bukan mudah, bertatih, jatuh dan bangun semula. Kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan, terasa diri kembara sendirian. Namun tanpa langkah yang satu itu tidak mungkin ada langkah seterusnya. Tanpa kekuatan untuk memulakan langkah yang satu itu, mana mungkin ada langkah kedua, ketiga dan seterusnya.

Memulakan langkah samalah seperti mendayung sampan. Dayungan pertama mungkin berat dan payah, tapi percayalah jika kita tetap kuat untuk teruskan dayungan itu, sampai ke tengah lautan pun sampan kita akan terus bergerak.

Mulakan dari satu, dua dan tiga. InsyaALLAH yang keempat, kelima dan keenam akan jadi lebih mudah. Jadi apa tunggu lagi, ambil sampan anda dan dayunglah sekarang!

Dengan nama ALLAH, saya mulakan langkah saya dengan satu niat di sini. Moga diberkati, moga direstui, moga dipermudahkan segala urusan dan moga nawaitu sentiasa memandu. Ameen.

Salam penuh keberkatan!

NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN

Bangi, Selangor

____________________________________________________________

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: